Siapa ejen Israel sebenarnya?

Anwar diheret ke JK khas elak komplot APCO terdedah

Dulu, berdegar-degar menuduh Anwar ejen Israel. Tapi sekarang,baru kita tahu siapa pak turut Israel yang sebenarnya. Tu la, bila dah terkantoi guna khidmat syarikat Israel, mula la gelabah. Nak jawab isu ni tak boleh. Sampai macam-macam tindakan terpaksa diambil untuk sekat rakyat tahu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz cakap kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

Langkah itu dibuat setelah baru-baru ini Anwar mendedahkan dokumen yang mengaitkan Apco-1Israel-1Malaysia.

Sebelum itu Pakatan Rakyat telah menyelar pihak kerajaan kerana menggunakan khidmat syarikat perunding komunikasi, APCO yang dikatakan mempunyai kaitan menjayakan misi One Israel.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," kata Anwar.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Isu APCO itu dijangka akan memenuhi kempen PRK Hulu Selangor. Tindakan terdesak kerajaan untuk menutup mulut Anwar bagi menyelamatkan mereka dalam pilihanraya nanti.

Begitulah taktik BN untuk menyekat kemaraan PR. Untuk elak rakyat tahu perkara sebenar, sampai terpaksa heret Anwar ke Jawatankuasa Khas supaya Anwar digantung daripada sidang Parlimen.


2 ulasan:

Jamal Rafaie berkata...

Wallahua'alam..

Susah nak cakap siapa yang ejen israel ni..

Yang terbukti.. Ahli politik, susah nak percaya..

greensaff berkata...

betul2..