HarakahMuda : Media Baru Pemuda PAS

1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .
2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan tindakan semasa .
4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah - tengah masyarakat .

5. Harakah Muda boleh dikunjungi dan disertai di jalur [ http://www.facebook.com/HarakahMuda ] dan sebarang maklumat dan perkongsian berita , artikel dan lainnya boleh terus ke e mailnya [ harakahmuda@yahoo.com ] .

6. Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu - alukan agar Harakah Muda dengan slogannya [ Harakah Muda : Informasi untuk Semua ] akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara .
7. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim , saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama " Harakah Muda " ke tengah - tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan " menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah " sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan .

9. Tentunya orientasi Harakah Muda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah" . Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS negeri , kawasan dan cawangan . Sementara itu , Harakah Muda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia .
10. Nota Tambahan : Buat masa ini Harakah Muda memerlukan 2 orang wartawan sukarelawan dan 2 orang juru gambar sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk memantapkan media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia . Kepada siapa yang berminat dan ingin mengorbankan sedikit masa , tenaga dan mungkin kewangannya bagi menjayakan hasrat ini boleh hubungi saya atau setiausaha Dewan pemuda Malaysia sdr Khairil Faizi Ahmad Kamil .
 
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/10/media-baru-pemuda-pas.html
 

Utusan umpama Penipu yang marah ditipu

“Paku dulang, paku serpih;

Mengata orang, dia yang lebih”

Mungkin itulah peribahasa yang paling tepat untuk diberikan kepada Utusan Meloya Melayu apabila mereka mengeluarkan satu artikel mengecam pelajar UTP yang menghantar gambar ke ruangan Salam Perantau di akhbar tersebut.


Utusan dengan jelas marah apabila mengetahui mereka tertipu (wlpn sebenrnya mereka tidak check gambar) oleh satu gambar (atas) yang dihantar seorang pelajar UTP. Pelajar tersebut menghantar satu gambar untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dalam ruangan tersebut. Tetapi, dalam ucapannya, ditulis gambar itu adalah gambar pelajar-pelajar yang sedang menuntut di University of Toronto, walaupun tempat belajar pelajar tersebut ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak.

Tronoh jadi Toronto

Bagi palajar mahupun staf di UTP, adalah sudah menjadi kebiasaan nama Tronto digunakan untuk merujuk kepada Tronoh. Jadi, adalah tidak janggal apabila dalam perbualan seharian mereka, apabila UTP dipanggil University Tronto.

Nama itu adalah nama popular bagi warga UTP umpama nama artis-artis Melayu tempatan yang menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya, Ella yang nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, Nash = Nasaruddin, Ogy =Fauziah, Jay Jay = Mohd Fauzi , Amy = Suhaimi , Abby Abadi = arbaeyah, Betty Benafe = Ibtisam , Kaer AF = Wan Mohd Khai, Joe Flizzow = Johan, deja moss = Sharifah Hadijah serta sekian ramai lagi artis yang menggunakan nama popular yang lain.

Pentadbiran UTP sudah minta maaf

Walaupun maaf telah diminta dan diberi, namun Utusan seolah-olah tidak berpuas hati lalu mengeluarkan artikel tersebut seolah-olah semua warga UTP adalah PENIPU!
Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. 
Perkara ini sangat-sangat biadap dan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab telah dilakukan Utusan . Adakah perkara tersebut terlalu besar sehingga satu artikel khusus dikarang bagi mengutuk UTP, walaupun hanya seorang yang terlibat dalam perkara tersebut? Dan salahkah pelajar UTP yang juga sebahagian besarnya adalah perantau menghantar gambar ke ruangan Salam Perantau?

Tutup kelemahan

Mengkin itulah caranya Utusan menutup kelemahan mereka, yang mana menggambarkan ketidakprofesionalan mereka dalam melaporkan satu berita tanpa menyelidiki sumber itu benar ataupun salah. Nampaknya, mereka cuba membersihkan imej mereka yang terkenal dengan berita-berita bohong, tipu dan penuh putar belit itu dengan mengambil langkah mudah.

Utusan Penipu Besar

Umum sebenarnya mengetahui bahawa Utusan bukanlah akhbar yang boleh dipercayai. Banyak berita-berita yang disiarkan dalam akhbar tersebut adalah putar-belit fakta, malah ada yang palsu.

Di sini saya senaraikan beberapa contoh artikel yang menggambarkan bahawa Utusan adalah Penipu Besar.


Bukti Utusan Penipu Besar

1) Memanipulasi gambar (dorang selalu manipulasi gambar)

gambar sebenar di akhbar lain...
gambar di Utusan pula....


2) banyak berita yang fakta diputar belit









3) Berita Palsu


gambar ular besar dilaporkan kononnya wujud



4) Penyamaran (juga dilakukan walaupun mereka marah student UTP menyamar student Toronto)



Jadi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Utusan adalah akhbar haprak dan tak boleh dipakai.

JOM BOIKOT UTUSAN!


Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN

Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

Seorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

“Kalau (Razaleigh) bijak, dia boleh (pengaruhi) BN atau Umno supaya bersetuju untuk menyemak semula pendirian mereka tentang isu royalti minyak," katanya lagi.

Bagaimanapun, timbalan presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perkiraan yang baik dengan melantik Tengku Razaleigh ke jawatan tersebut, katanya.

"Ia juga akan beri sedikit perlindungan kepada Muhyiddin sekiranya BN tewas," katanya lagi.

Bagi penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Mohammad Agus Yusoff pula berkata, 'faktor Ku Li' tetap memainkan peranan dalam pilihan raya kali ini.

“Ia bergantung kepada (ruang) autonomi yang diberikan kepadanya untuk mengetuai (jentera pilihan raya). Kalau hanya 'pengarah kosong', dia masih boleh boikot kalau dia mahu," kata Agus.

Katanya, pilihan raya kali ini bukan saja penentu untuk sokongan Umno di Galas, tapi juga kepada Tengku Razaleigh sebagai wakil parlimen Gua Musang.

"Dia sangat berpengaruh (sebab) itu kan kawasan dia?" katanya dan menambah Tengku Razaleigh kini perlu menjelaskan pendiriannya dalam dasar-dasar kerajaan.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza berhubung isu-isu dasar dan pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk veteran Umno itu menjelaskan pendiriannya.

Tengku Razaleigh yang masih berada di luar negara setakat ini masih berdiam diri sama ada akan menerima jawatan tersebut walaupun timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sebaliknya.

Beliau dijangka kembali negara ini pada 9 Oktober depan.

PRK Galas selepas AGM Umno?


Pilihan raya kecil DUN Galas hujung Okt selepas AGM Umno?

September 28, 2010
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (empat kanan) mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, 46, di Masjid Kampung Baru di sini, semalam. - Bernama
ANALISIS, 28 Sept — Selepas ‘berehat sementara’ selama empat bulan daripada siri ribut pilihan raya kecil — parti-parti politik nampaknya tiada pilihan kecuali menghadapi satu pilihan raya kecil. Kali ini pilihan raya kecil ke-12 sepanjang pascapilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Dua pilihan raya kecil yang lalu masing-masing kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Sibu pada April dan Mei dimenangi oleh calon MIC-BN dan DAP-PR.
Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.
Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti undi diperoleh calon PAS  65. BN yang menurunkan calon Umno mengecilkan jurang majoriti berbanding pilihan raya umum 2008.
Bertolak daripada senario itu, Galas juga menjadi tumpuan ramai khususnya ketika kebanyakan pihak mula bercakap-cakap tentang pilihan raya umum tergempar. Jika sebelum ini pilihan raya umum negeri Sarawak dijangkakan akan diadakan bila-bila masa mulai sekarang dan bakal menjadi petanda atau ukuran populariti sebelum Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum ke-13, keputusan DUN Galas kemungkinan akan menggantikan kedudukan itu.
Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimennya.
Berdasarkan peruntukan pilihan raya ruang bagi mengadakan mana-mana pilihan raya kecil (kecuali DUN Sarawak) adalah sehingga Mei 2011 iaitu dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.
Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim
Sulaima akibat barah usus.
Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.
“Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.
“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” kata Wan Ahmad.
Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.
Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.
Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri dairpada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).
Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE).
SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.
Memetik alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini, sudah pasti pilihan raya kecil hanya akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober ini. Dari tarikh perhimpunan ini SPR masih mempunyai masa kira-kira sebulan lagi untuk mengadakan pilihan raya lebih-lebih lagi sebelum sambutan Aidiladha, 17 November.
Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.
Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.
Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.
PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini, kata beliau.
Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil inin juga dijangka menarik ia merupakan salah satu  kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.
Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh Umno Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan Umno bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.
Beberapa jam sebelum Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir, laporan Bernama menyebut bahawa Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.
Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober
bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.
Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno semalam.
Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadpai pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas sementara kita masih menanti satu dua lagi pilihan raya - kerana sebab teknikal - sebelum tempoh Mei 2011 tiba.

Gambar Yang Menyebabkan Pimpinan Umno Meracau Dalam Tidur

Gambar ini memaparkan kepada kita akan hormatnya
seorang Raja terhadap seorang ulamak yang selama ini
difitnah dan dibenci oleh pemerintahan BN.
Pernahkah anda melihat sebelum ini,seorang Raja memberi
laluan kepada seorang ulamak seperti gambar di atas..??Maka
dengan kuasa Allah,seseorang itu mampu dinaik dan
dijatuhkan hanya dengan kehendakNya.
Mungkin inilah suasana yang paling memilukan dan menghiris
hati juak-juak Umno dalam misi merampas kembali Kelantan dan
mereka hanya mampu menelan air liur yang selama ini dikulum.

Umno tidak sokong Ibrahim di PRU-13, letak calon di Pasir Mas

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim - Perkasa.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya semalam.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
Kemudian beliau mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat Bebas.
Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 tetapi hanya memperoleh 415 undi dan hilang wang deposit.
Pengkalan Pasir adalah kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Pasir Mas.
Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, Ibrahim menubuhkan Perkasa atas matlamat mahu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pertubuhan itu yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara menggesa pentadbiran Najib mempertahankan dasar ekonomi pro-Melayu dan Bumiputera meskipun kerajaan mahu meliberalisasikan ekonomi negara.
Dua minggu lalu Ibrahim mencabar agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia dan mengemukakan satu resolusi berkaitan Perkara 153 Perlembagaan kerana gagasan itu bukan bererti kesamarataan hak.
“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli  Perkasa adalah dari Umno.
“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.
Tengku Adnan mengingatkan pemimpin-pemimpin Perkasa bahawa BN perlu memenuhi keperluan dan kehendak semua kaum dan tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana kaum jika mahu terus mentadbir negara ini.
Ketika ditanya nasihat kepada Ibrahim dan Perkasa, Tengku Adnan dengan nada penuh harapan berkata:
“Tolong perlahan sikit.”
“Apa saja yang anda lakukan, tolong fikir dengan baik. Apakah hasilnya? Apa yang anda mahukan untuk Malaysia? Anda mahukan perang saudara?” tanya Tengku Adnan yang sudah menjangkakan reaksi balas ahli Perkasa.
“Saya tahu bahawa apabila saya mengatakan begini, ahli Perkasa akan serang saya,” katanya lagi.

MENYUSUL LAGI


Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS

PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar  9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno  masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi.

Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.

Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.

Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

“Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta,” katanya.

Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.

“Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007,” katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28456:daftar-pemilih-dap-dan-umno-terus-dahului-pas-&catid=1:utama&Itemid=50

Tok Guru Nik Aziz Jumpa Lailatul Qadar?


"ADA orang kata Tok Guru Nik Aziz dah jumpa Lailatulqadar, apa pendapat kamu?" seseorang bertanya saya, lepas solat terawih kelmarin.
Termenung juga saya, bagaimana nak menjawabnya?
Sambungnya lagi, "Kerana ada kitab menyebutkan, tanda-tanda kahadiran malam itu ialah, apabila terlihat nur terang benderang menyelinap di semua tempat dan cerok yang gelap gelita. Ada juga yang mengatakan terdengar ucapan salam dan kata-kata dari malaikat. Ada juga yang melihat pohon-pohon kayu dan segalanya tunduk sujud, rebah menyembah Allah SWT. Air sungai pun berhenti mengalir.. segalanya ganjil-ganjil. Di situlah permohonan doa sesiapa yang bertuah menemuinya akan dimakbulkan Allah." Jelasnya bersungguh-sungguh.

Saya harap kawan saya itu mambaca huraian ini. Mari kita renung beberapa tafsir tentang Lailatul Qadar, seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Qadr. Terdapat beza pendapat tentang status surah ini. Samada Makkiyyah (diturunkan di Makkah) atau Madniyyah (diturunkan di Madinah).

Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. 'Kitab Al-Itqan' memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan Al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah.
Surah Al-Qadr menegaskan bahawa Al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198).

Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan semua sekali malam Lailatul Qadar, pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258).

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud.

Pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti 'qadr' itu ialah 'kemuliaan'.
Kedua, bermaksud 'penentuan' kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuh oleh Rasulullah SAW dalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad SAW. Itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan Nabi didalam gua Hira. Pada malam itu manusia diberi kemuliaan, dikeluarkan dari zulumat atau kegelapan kepada nur atau cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan, bermaksud malam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid. Penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam (Hamka, J. 10, hlm. 8068). Malam yang membawa lembaran baru, turun wahyu ke dunia setelah terputus sekian lama.

Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar, samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan.

Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209). Pendapat lain dari setengah ulama menyatakan, Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika Al-Quran mulai diturunkan pertama kali.

Mengenai Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan itu, adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah SWT. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya Al-Quran (Hamka, hlm. 8071). 

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula Al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu. Iaitu, memperingati dan memuliakan malam Al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.
Hari kebesaran dalam Islam banyak yang diperingati dan menjadi amal ibadat seperti berpuasa pada 10 Muharam atau Asyura kerana mengenangkan beberapa kejadian pada Nabi-nabi yang terdahulu pada tarikh tersebut. Begitu juga dalam manasik haji telah dikaitkan dengan kejadian zaman lampau. Seperti Sa'i antara Bukit Safa dan Marwah, mengenangkan betapa sukarnya Hajar mencari air untuk anaknya Ismail, di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan. Kita juga disunatkan melontar Jamrah bagi memperingati perdayaan syaitan kepada nabi Ibrahim kerana akan menyembelih puteranya Ismail atas perintah Allah.

Apabila dikaitkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar dapatlah diambil kesimpulan bahawa semua ibadat tersebut mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri. Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar, seperti yang disebutkan (kata kawan saya) di atas, dapat lihat kejadian yang ganjil-ganjil... Yang menurut Hamka 'semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggung jawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya'.

Terdapat beberapa hadis menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan. Cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam keberapa ianya berlaku.

Kitab 'Fath al-Basri' menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, dinukilkan oleh As-Syaukani di dalam `Nailul-Authar'nya. Maka dianjurlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisi penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat kuat menyatakan, Lailatul Qadar itu ialah pada 10 malam akhir Ramadhan. Ertinya sejak malam 21, Nabi SAW lebih memperkuat ibadat dari malam-malam sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Abdullah bin Mas`ud dan Asy-Sya`bi dan Al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan. 

Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath dari ayat 41 surah an-Anfal bermaksud; "dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan.." 

'Hari bertemu dua golongan' ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan' ialah hari turunnya al-Quran pertama, yang disebut juga 'malam yang diberi berkat' sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan.

Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya Al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula, meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun. 

Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27. 

Ada diceritakan terdapat dikalangan sahabat Rasulullah merasa hairan dengan cerita seorang lelaki dari bani Israel beribadat sepanjang malam kemudian berjihad menentang musuh diwaktu siang dan melakukannya selama 1,000 bulan. Dalam cerita lain menyatakan seramai 4 orang dari bani Israel beribadat kepada Tuhan selama 80 tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran.

Datang Jibrail kepada nabi bertanyakan samada umatnya hairan dengan ibadat mereka itu. Allah telah turunkan yang lebih baik dari itu, lalu dibaca surah Al-Qadr. Dinyatakan juga bahawa pemerintahan nabi Sulaiman dan Zulqarnain selama 500 bulan. Maka Tuhan jadikan amalan pada malam Lailatul Qadar (bagi mereka yang mendapatnya) lebih dari tempoh kedua pemerintahan tersebut dan lebih baik dari seribu malam amalan lelaki bani Israel itu.

Wah, lumayan sungguh!

Dalam tafsir 'Ruh al-Maani' ada dinyatakan setengah ulama Al-Shafie berpendapat ada beberapa malam istimewa. Iaitu malam paling afdal ialah malam kelahiran nabi Muhammad SAW. Diikuti malam Lailatul Qadar, malam Israk dan Mkraj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).

Mengikut Anas dari nabi menyatakan, bahawa Allah SWT telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya. Keistimewaan lain berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh' ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama.

Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa AS turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammad SAW. Ada juga pendapat mengatakan roh-roh orang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada 'Rahmat' dari Allah. 

Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi, sibuk dengan urusan Allah SWT untuk mengucap `salam' kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka dari nur atau cahaya, maka tidakl timbul masalah kesesakan lalulintas. Malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi tempat kdiaman orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung.

Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat hal ini, mereka bertasbih memuji Allah SWT justeru bersyukur kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad SAW. Pada malam tersebut Allah SWT telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin masih hidup dan juga kepada yang telah mati.
Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa menunaikan solat maghrib dan isyak berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isyak! 

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.

Dan sesiapa saja boleh menjumpainya, tidak semestinya Tok Guru Nik Abdul Aziz atau orang-orang seperti beliau, macam yang ditanyakan kawan saya di atas tadi.
Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL 30 Ogos 2010.

K'tan saman Petronas berhubung royalti minyak

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.

Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.