Ramalan greensaff tepat, BN rampas Hulu Selangor

Pakatan Rakyat Kalah

Pada 27 Mac yang lalu, greensaff telah meramalkan bahawa PR akan kalah pada pilihanraya kali ini berdasarkan keadaan politik semasa negara. Seperti yang dijangka greensaff sebelum ini, keputusan PRK Hulu Selangor yang telah diumumkan memihak kepada BN.
(rujuk : http://greensaff.blogspot.com/2010/03/premortem-prk-hulu-selangor.html )

Terdapat beberapa faktor sebelum PRK dan semasa PRK ini berlangsung yang menyumbang kepada kekalahan PR di Hulu Selangor. Nantikan analisis postmortem PRK Hulu Selangor oleh greensaff.

p/s : kepada semua penyokong Pakatan Rakyat,diharap bersabar dan menerima keputusan ini.

BN rampas Hulu Selangor - BH

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Tiada ulasan: