Analisis PRK Hulu Selangor (1) : MIC vs UMNO

Antara keras kepala Samy dan maruah UMNO
oleh Greensaff

Sehingga saat ini,kemelut Barisan Nasional dalam memlih calon mesih belum berkesudahan. UMNO mendesak kerusi itu kembali deserah kepada mereka manakala MIC awal-awal lagi menamakan G.Palanivel akanmewakili MIC.

Di pihak UMNO, mereka telah mengadu kepada Najib supaya kerusi itu ke pangkuan mereka. MIC pula telah memberi amaran supaya jangan membelakangi prinsip kongsi kuasa dan pembahagian kerusi yang ditetapkan.


Ini semua sudah tentu memeningkan Najib sebagai Pengerusi BN. Najib terpaksa meminta supaya ahli-ahli UMNO bahagian berkenaan bersabar. Sedikit masa diperlukannya. Nampaknya Najib seakan-akan menerima desakan UMNO Hulu Selangor bila tolak ansur sebegitu diberikan. Sepatutnya Najib terus memberi jawapan tegas berkenaan pembahagian kerusi yang ditetapkan dan dipersetujui semua komponen BN itu tidak boleh dipertikai.

Sebagai Presiden UMNO,sudah tentu Najib juga ingin melihat calon dari parti ’keramat’nya bertanding di situ. Lebih-lebih lagi apabila beliau melihat UMNO akan mempunyai peluang cerah untuk menang.


Tapi,dalam masa yang sama, Najib sebagai Pengerusi BN harus menjaga hati parti-parti komponen yang lain. Janji dalam pembahagian kerusi pilihanraya tidak boleh dikebelakangkan. Najib sebenarnya dalam dilema. Pening untuk memilih calon PRK ditambah pula pening untuk membuat rombakan kabinet setelah secara tiba-tiba Soi Lek jadi Presiden MCA.

MIC akan beri kerusi kepada UMNO??

Melihat keadaan sekarang, hampir mustahil untuk MIC menyerahkan kerusi itu kepada UMNO. Presidennya, Samy Vellu telah awal-awal lagi mengumukan timbalannnya yang juga calon kerusi tersebut pada PRU lepas,G.Palanivel akan bertanding mewakili MIC.

Ketika keluarga Allahyarham Datuk Dr. Zainal sedang berkabung atas kematian wakil rakyat Hulu Selangor itu, Samy tanpa segan mengumumkan perkara tersebut. Ketika itu BN belum membuat sebarang kenyataan mengenai PRK tersebut. Samy juga melangkaui Pengerusi BN kerana mesyuarat mengenainya belum lagi dibuat,tetapi kenyataan media sudah dbuat Samy.
Kenapa Samy bertindak sedemikian??

Samyvellu sudah dapat membaca langkah UMNO. Sebab itu dia awal-awal lagi buat kenyataan sedemikian. Ini untuk memastikan MIC dapat betanding di situ di samping untuk menunjukkan kepada kaum India bahawa dialah ’hero’ mereka.

Samyvellu seboleh-bolehnya mahu kerusi itu kekal milik MIC. Lebih-lebih lagi kerusi itu pernah disandang Timbalannya sejak 1990. G.Palanivel merupakan orang kanan kesayangannya. Jadi, Samy akan buat apa saja untuk mempertahankan kerusi itu daripada terlepas dari Palanivel.

Kesimpulannya, Samy seorang yang keras kepala. Kerusi Presiden MIC pun enggan dilepas walaupun didesak banyak pihak dalam MIC sendiri supaya beliau berundur. Jadi,ingatan kepada UMNO, berunding dengan Samy bukanlah sesuatu yang mudah!


p/s: mengapa UMNO terlalu inginkan untuk bertanding di Hulu Selangor?
ikuti analisis seterusnya.


Tiada ulasan: