Analisis PRK Hulu Selangor (4) : Tarikh PRK Sebelahi BN

Strategi Menangkan Barisan Nasional
oleh greensaff

Tarikh Pilihanraya Kecil bagi parlimen P94 Hulu Selangor telahpun diumumkan. SPR telah menetapkan bahawa 25 April 2010 sebagai tarikh pembuangan undi pada PRK kali ini. Jika kita perhatikan, tarikh tersebut jatuh pada hari hari AHAD. Iaitu pada hujung minggu.

Pemilihan tarikh untungkan BN

Pemilihan tarikh ini dijangka untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Dengan mengadakan pilihanraya pada hari cuti, maka ia akan menambah peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari tersebut.

Hulu Selangor mempunyai 3 DUN yang semuanya dimenangi BN. Jika peratusan mengundi meningkat, ia akan memberi kelebihan kepada BN. Dengan cara ini, BN berharap mereka dapat mengatasi majoriti yang diperoleh PR pada PRU12 yang lepas, iaitu 198 undi.
Strategi ini akan banyak membantu BN. Cara sebegini akan dilakukan di kerusi yang BN yakin boleh menang. Manakala perkara sebaliknya pula akan dilakukan jika kerusi itu di kawasan yang akan memihak kepada PR.

Jika di kerusi yang disandang PR, pilihanraya akan dilakukan pada hari bekerja bagi mengurangkan bilangan yang keluar mengundi. Cara ini berkesan bagi mengurangkan majoriti yang dimenangi PR.

Di kerusi yang disandang wakil PR, mereka akan meletakkan tarikh PRK pada hari bekerja. Buktinya sperti berikut:

PRK Permatang Pauh:

-Pilihanraya Kecil Permatang Pauh merupakan PRK yang pertama selepas PRU12. PRU tersebut menyaksikan tsunami politik telah berlaku. Ketika kerusi ini dikosongkan, gelombang perubahan rakyat masih dirasai BN.

Anwar Ibrahim bertanding di kerusi ini. Lawannya daripada BN merupakan Adun dalam parlimen berkenaan, yang tiada tandingan dengan Anwar.

Jadi, PRK ini dilakukan pada 26 Ogos 2008 iaitu pada hari RABU. BN telah menjangkakan mereka akan menghadapi masalah untuk memenangi kerusi tersebut. Kerusi ini merupakan kerusi tradisi dan kubu kuat Anwar Ibrahim selama 17 tahun sebelum beliau dipecat dari kerajaan.

BN dapat menghidu bahawa mereka akan kalah dengan majoriti besar. Namun, taktik mengadakan PRK pada hari bekerja itu digagalkan oleh kerajaan Pulau Pinang, apabila Lim Guan Eng , mengumukan cuti pada hari tersebut bagi membolehkan pengundi keluar untuk mengundi.

Hasilnya, BN kalah dengan majoriti besar. Malah, majoriti yang diperoleh Anwar bertambah lebih 2000 undi.

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

-Kedua-dua kerusi ini merupakan milik PR pada PRU 12. Walaupun taktik yang sama digunakan di kedua-dua tempat ini, namun gagal disebabkan sentimen simpati rakyat kepada PR dan kebencian kepada BN yang membuak-buak ketika itu. Kedua-dua PRK ditetapkan pada tarikh yang sama 7 April 2009, iaitu hari SELASA.

Di Parlimen Bukit Gantang, PRK berlaku ketika isu rampasan kuasa kerajaan Pakatan Perak masih lagi hangat. MB rakyat Perak, DS Nizar yang dicalonkan PAS di situ mendapat undi simpati yang banyak seterusnya memenangkan beliau.

Di DUN Bukit Selambau pula, PRK diadakan kerana dikosongkan wakil rakyat sebelumnya. Wakil rakyat tersebut meletak jawatan kerana diugut BN supaya melompat parti. Jadi,beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang baru selain daripada beliau ingin bebas daripada tekanan BN.

Harapan BN untuk melihat peratusan mengundi berkurang di kedua-dua kerusi tersebut gagal apabila semangat rakyat untuk menolak BN terlalu tinggi menyebabkan mereka keluar beramai-ramai untuk membuang undi. Rakyat yang simpati terhadap peristiwa tersebut memberikan kemenangan kepada calon PR.

Taktik BN sekali lagi gagal. Namun, jika tidak menggunakan taktik tersebut, BN dijangka kalah lebih besar. Strategi sebegini juga digunakan di kerusi PR yang lain iaitu di DUN Manek Urai dan DUN Permatang Pasir. Kedua-dua PRK bagi DUN ini diadakan pada hari SELASA.

Taktik BN memenangkan calon mereka menjadi

Jika kerusi yang disandang BN kosong, PRK bagi kerusi tersebut akan diadakan pada hari cuti iaitu pada hujung minggu. Di Kuala Terengganu, taktik sebegini digunakan kerana kerusi ini asalnya milik BN. Tarikh PRK ditetapkan pada 17 Januari 2009, hari AHAD. BN mengharapakan rakyat yang mengundi mereka pada PRU 12 di Parlimen ini akan keluar untuk mengundi mereka lagi dalam PRK.

Namun, taktik sebegini ibarat ’senjata makan tuan’ apabila kerusi tersebut terlepas kepada PR melalui calon PAS, Wahid Endut. Ini kerana gelombang penolakan rakyat pada pilihanraya sebelumnya, PRK Permatang Pauh telah merebak ke Kuala Terengganu.
Pun begitu, taktik ini berjaya di Bagan Pinang. Kerusi yang disandang BN ini telah kosong akibat kematian wakil rakyatnya. Jadi, tarikh pilihanraya ditetapkan pada 11 Oktober 2009 iaitu pada hari AHAD.

Kali ini, strategi kotor ini berjaya memenangkan calon mereka, TS Isa Samad. Malah, taktik ini berjaya menambah majoriti mereka daripada 2000 undi kepada 5000.

Kesimpulannya, SPR akan terus digunakan BN dalam usaha mereka untuk memenangi kerusi Perlimen Hulu Selangor.


p/s : siapa calon BN?
ikuti analisis seterusnya..

Tiada ulasan: