Analisis PRK Hulu Selangor (2) : UMNO dan sindrom 'eligerephobia'

'Eligerephobia' UMNO hilang di Hulu Selangor??
oleh greensaff
Memahami 'Eligerephobia'....

Eligerephobia merupakan sejenis penyakit baru yang ditemui. Sindrom ini menyebabkan pengidapnya takut untuk menyertai pilihanraya. [note : perkataan election (pilihanraya) berasal dari perkataan Latin, eligere yang bermaksud 'to choose']. Malah penghidap sindrom ini juga akan takut bila mendengar perkataan 'pilihanraya'.

Dalam bahasa Melayu, ia boleh ditakrifkan sebagai 'fobia pilihanraya'. Atau dengan bahasa mudah, sawan pilihanraya.

UMNO juga merupakan pengidap sindrom ini. Malah, UMNO merupakan pengidap eligerephobia yang pertama di dunia. Apa tidaknya, ketika menguasai kerajaan pusat serta seluruh jentera kerajaan, media, kewangan dan pasukan keselamatan, UMNO takut untuk menyertai pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil.

Secara tidak sedar, selepas kalah teruk PRU12 2008, UMNO seakan-akan sawan apabila mendengar perkataan 'pilihanraya'. Lebih-lebih lagi apabila kalah berturut-turut kepada Pakatan Rakyat pada piliharaya kecil Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Permatang Pasir.
Derita yang dialami UMNO itu lebih teruk apabila mereka ditewaskan di Perlimen Kuala Terengganu,kerusi yang asalnya milik mereka. Rentetan daripada itu, UMNO awal-awal lagi menyatakan untuk tidak bertanding di DUN Penanti apabila kerusi itu kosong. Kali pertama dalam sejarah dunia bila parti yang mempunyai majoriti di Parlimen menolak untuk bertanding pilihanraya.

Begitu juga keadaannya di Perak. Desakan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN amat ditakuti. UMNO sedaya upaya mempertahankan tindakan rampasan kuasa di Perak, bagi mengelakkan Pakatan Rakyat membubarkan DUN Perak seterusnya memberi laluan kepada pilihanraya semula.

Tapi sebaliknya berlaku kepada UMNO apabila mendengar kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong. Adakah ini bermaksud fobia UMNO itu sudah hilang?

Eligerephobia UMNO hilang???

Bukan sebab itu. UMNO nampak berani kali ini kerana mereka dapat menjangka laluan mereka untuk menang agak mudah di Hulu Selangor. Tidak sesukar di Permatang Pauh, Bukit Gantang mahupun ketika ingin mempertahankan Kuala Terengganu. Ini kerana ketiga-tiga kerusi DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN.

Bukti yang menunjukkan bahawa sindrom ini masih lagi dihidapi UMNO ialah mereka tidak mahu pilihanraya kecil berlaku di DUN Titi Tinggi, Perlis. Simptom eligerephobia UMNO itu juga dapat dilihat bila mereka cuba sedaya upaya menidakkan pilihanraya DUN Kota Siputeh, Kedah. Mereka juga enggan membubarkan DUN Perak walaupun berdegar-degar mengatakan rakyat Perak menyokong rampasan kuasa yang dilakukan.
UMNO berani di Hulu Selangor kerana dalam keadaan sekarang, keadaan mereka lebih kepada posisi offensif, berbeza dengan PR yang dalam keadaan defensif sekarang ini kerana terpaksa mempertahankan kerusi milik mereka. Sebab itu meraka berani untuk bertanding, malah berusaha merebut kerusi itu daripada MIC.

Tetapi, andaikata semua DUN di Parlimen tersebut dimenangi PR, lebih-lebih lagi jika PR menang dengan majoriti besar. Sudah pasti UMNO akan membiarkan MIC bertanding di situ. Membiarkan rakan mereka dalam BN itu dilanyak hidup-hidup oleh PR. Mereka akan menjadikan parti komponen ketiga terbesar BN itu sebagai kambing hitam.

Mengapa UMNO nak bertanding???

Seperti diketahui umum, UMNO sangat-sangat ingin bertanding di kawasan tersebut. Gian UMNO seakan tidak dapat ditahan. Dikhabarkan, ketika Allahyarham Datuk Zainal Abidin sedang sakit lagi, kerja-kerja turun padang telah dilakukan.

Ini menunjukkan semangatnya UMNO untuk menawan kerusi tersebut. Mereka betul-betul ingin menjayakan kempen rampas Selangor. Sebaik-sahaja berita kematian wakil rakyat tersebut, gendang perang segera dipalu. Desakan supaya kerusi itu diserah kepada UMNO dibuat serta-merta.

Kenapa UMNO nak sangat?? Confirm menang?

Sebabnya senang sahaja. Seperti disebutkan sebelum ini, UMNO berasa mereka boleh menang. Lebih-lebih lagi ketika ini PR diuji dengan insiden lompat parti oleh beberapa MP mereka. UMNO percaya yang mereka dapat menewaskan PR dengan mudah jika isu ini diguna dalam kempen BN nanti.
Selain itu, UMNO masih belum habis merayakan kemenangan sulung mereka dalam pilihanraya kecil semenanjung di DUN Bagan Pinang pada Oktober tahun lepas. Dengan kemenangan di DUN itu sahaja, mereka berasa seluruh rakyat Malaysia telah menerima mereka. Walaupun sudah 5 bulan berlalu, deti-detik manis kejayaan mereka masih lagi dirasai dan dikenang. Sehinggakan mereka lupa bahawa undi tentera yang memenangkan mereka.

Jika UMNO menang di P94 Hulu Selangor, mereka akan bising seluruh Malaysia dengan mengatakan PR akan menghadapi kehancuran. Mereka akan kata BN sudah diterima rakyat. Kekalahn PR akan dikatakan kerana tidak membela rakyat. Semua media talibarut akan mencanang berita-berita seperti ini sampailah pilihanraya seterusnya.

Kesimpulannya, UMNO lebih suka jika yang menang di Hulu Selangor adalah mereka dan bukannya MIC. Walaupun sama-sama dalam BN, mereka tidak berapa senang jika MIC yang mendapat gelaran pemenang. Ini kerana, bila menang, senang untuk mereka menjaja nama UMNO di seluruh negara untuk menghadapi PRU13 nanti.


p/s : UMNO perlu berhadapan dengan MIC sebelum mereka dapat bertanding di Hulu Selangor. Bolehkah mereka mendapatkan kerusi tersebut??

ikuti analisis seterusnya...


Analisis PRK Hulu Selangor (1) : MIC vs UMNO

Antara keras kepala Samy dan maruah UMNO
oleh Greensaff

Sehingga saat ini,kemelut Barisan Nasional dalam memlih calon mesih belum berkesudahan. UMNO mendesak kerusi itu kembali deserah kepada mereka manakala MIC awal-awal lagi menamakan G.Palanivel akanmewakili MIC.

Di pihak UMNO, mereka telah mengadu kepada Najib supaya kerusi itu ke pangkuan mereka. MIC pula telah memberi amaran supaya jangan membelakangi prinsip kongsi kuasa dan pembahagian kerusi yang ditetapkan.


Ini semua sudah tentu memeningkan Najib sebagai Pengerusi BN. Najib terpaksa meminta supaya ahli-ahli UMNO bahagian berkenaan bersabar. Sedikit masa diperlukannya. Nampaknya Najib seakan-akan menerima desakan UMNO Hulu Selangor bila tolak ansur sebegitu diberikan. Sepatutnya Najib terus memberi jawapan tegas berkenaan pembahagian kerusi yang ditetapkan dan dipersetujui semua komponen BN itu tidak boleh dipertikai.

Sebagai Presiden UMNO,sudah tentu Najib juga ingin melihat calon dari parti ’keramat’nya bertanding di situ. Lebih-lebih lagi apabila beliau melihat UMNO akan mempunyai peluang cerah untuk menang.


Tapi,dalam masa yang sama, Najib sebagai Pengerusi BN harus menjaga hati parti-parti komponen yang lain. Janji dalam pembahagian kerusi pilihanraya tidak boleh dikebelakangkan. Najib sebenarnya dalam dilema. Pening untuk memilih calon PRK ditambah pula pening untuk membuat rombakan kabinet setelah secara tiba-tiba Soi Lek jadi Presiden MCA.

MIC akan beri kerusi kepada UMNO??

Melihat keadaan sekarang, hampir mustahil untuk MIC menyerahkan kerusi itu kepada UMNO. Presidennya, Samy Vellu telah awal-awal lagi mengumukan timbalannnya yang juga calon kerusi tersebut pada PRU lepas,G.Palanivel akan bertanding mewakili MIC.

Ketika keluarga Allahyarham Datuk Dr. Zainal sedang berkabung atas kematian wakil rakyat Hulu Selangor itu, Samy tanpa segan mengumumkan perkara tersebut. Ketika itu BN belum membuat sebarang kenyataan mengenai PRK tersebut. Samy juga melangkaui Pengerusi BN kerana mesyuarat mengenainya belum lagi dibuat,tetapi kenyataan media sudah dbuat Samy.
Kenapa Samy bertindak sedemikian??

Samyvellu sudah dapat membaca langkah UMNO. Sebab itu dia awal-awal lagi buat kenyataan sedemikian. Ini untuk memastikan MIC dapat betanding di situ di samping untuk menunjukkan kepada kaum India bahawa dialah ’hero’ mereka.

Samyvellu seboleh-bolehnya mahu kerusi itu kekal milik MIC. Lebih-lebih lagi kerusi itu pernah disandang Timbalannya sejak 1990. G.Palanivel merupakan orang kanan kesayangannya. Jadi, Samy akan buat apa saja untuk mempertahankan kerusi itu daripada terlepas dari Palanivel.

Kesimpulannya, Samy seorang yang keras kepala. Kerusi Presiden MIC pun enggan dilepas walaupun didesak banyak pihak dalam MIC sendiri supaya beliau berundur. Jadi,ingatan kepada UMNO, berunding dengan Samy bukanlah sesuatu yang mudah!


p/s: mengapa UMNO terlalu inginkan untuk bertanding di Hulu Selangor?
ikuti analisis seterusnya.


Jom Heboh versi halal

Apabila Ulama Menjadi Umara
http://peguampas.blogspot.com/

Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas .

Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?Apa yang malang manusia barat mengaitkan hiburan dengan keseronokan yang tidak dikawal.

Industri hiburan barat menghiburkan manusia dengan meminta manusia mengikut selera hawa nafsu manusia . Tiada had dan batasan dibenarkan. Hiburan barat adalah berdasarkan falsafah hedonism – keseronokan yang tidak dibatasi oleh sebarang sekatan dan kawalan. Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja merangsang industri hiburan barat malahan ia juga menjadi pengawal kepada industri hiburan tersebut.

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan .

Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak.

Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.Justeru itu tindakan Kerajaan Kelantan membenarkan konsert jom heboh baru-baru ini bagi saya adalah satu tindakan yang positif dan patut dipuji.

Sebelum ini kita juga dapat melihat Negara Iran yang dipimpin oleh golongan ulama telah berjaya membawa revolusi industry perfilemen negara itu – dari industri glamour kepada industry yang membina. Perfilemen Iran menunjukkan bahawa sesebuah filem itu masih mampu menang award meskipun tiada arak dan adegan seks di dalam filem.

Bagi yang tidak senang dengan Pas, tindakan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz membenarkan sure heboh di bumi serambi Mekah dilihat seolah-oleh menempelak kenyataan Mufti Perak sebelum ini yang mengatakan jomheboh atau sure heboh adalah haram.Jika itu kritikan yang ditujukan kepada Kelantan , jawapan kita mudah sahaja. Haram atau tidak haramnya sesuatu perkara bukan hanya kerana namanya .

Sebagai contoh adakah kasino itu haram kerana namanya kasino ? Bagaimanakah jika kasino menukar programnya dari yang berbentuk permainan dengan wang taruhan ( judi ) kepada permainan semata-mata tanpa ada unsur judi. Adakah ketika itu kasino masih haram hanya kerana namanya Kasino !

Sewaktu saya bersama dengan Presiden Pas bertemu para pelajar di Australia suatu ketika dahulu, Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang memberikan satu contoh yang menarik kepada pelajar tentang kaedah hukum dalam Islam. Contoh yang beliau berikan adalah melibatkan makan nasi.

Beliau mengatakan hukum makan nasi boleh jadi harus atau wajib atau haram mengikut keadaannya. Asal hukum makan nasi adalah mubah ( harus ). Bagaimanapun ia boleh bertukar menjadi wajib jika apabila seseorang itu dalam kebuluran dan hanya ada nasi sahaja dan tidak ada makanan lain di hadapan beliau. Makan nasi ketika itu jadi wajib kerana ingin menjaga nyawa. Makan nasi juga boleh jadi haram jika makan di waktu siang semasa berpuasa di bulan Ramadhan..
Hal yang sama juga boleh berlaku kepada sure heboh. Sure heboh boleh jadi harus atau haram mengikut keadaan . Jika program sure heboh dipenuhi maksiat sudah tentu ia haram. Tetapi jika kandungan maksiat di program itu dapat dibuang atau dielakkan adakah hukum program itu akan terus berkekalan haram hanya kerana namanya sure heboh. Sudah tentu tidak.Kita percaya bahawa apabila Mufti Perak mengatakan sure heboh haram ianya bukan kerana namanya tetapi kerana isi kandungan program tersebut.

Program sure heboh sebelum ini termasuk di Perak sendiri tidak dikawal .Para penonton lelaki dan wanita dibenarkan duduk bersama-sama . Artis wanita dibenarkan terkinja kinja menyanyi di pentas dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mufti Perak yang tidak bersandarkan kuasa politik tidak dapat berbuat apa-apa apabila sure heboh berkunjung ke negeri Perak sendiri. Beliau terpaksa akur melihat fatwanya dilanggar oleh orang-orang politik di negeri itu. Konsert sureheboh di Perak terpaksa mengikut gendang TV 3 sebagai penganjur program itu.

Keadaan yang sama tidak berlaku di Kelantan. Di Kelantan pihak penganjur terpaksa ikut gendang Kerajaan yang dipimpin oleh Ulama’. Apabila Kelantan bersuara tiada artis wanita – maka TV 3 ikut. Tiada percampuran lelaki dan wanita- sekali lagi TV 3 ikut. Inilah bezanya apabila Ulama yang bersandar dengan kuasa dengan ulama yang tidak mempunyai kuasa.

Ulama tiada kuasa hanya dapat menyatakan ini haram itu haram tanpa dapat berbuat apa-apa jika manusia tidak endahkan fatwanya. Apabila TV 3 tidak endah fatwa Ulama yang tiada kuasa maka ulama seperti Mufti Perak tidak boleh buat apa-apa . Apabila ulama ada kuasa ia boleh bertindak dengan lebih aktif dan efektif.
penonton lelaki-perempuan diasingkan di Jom Heboh Kelantan 2010

Ia boleh ‘dictate” pihak penganjur supaya tunduk kepada peraturan Kerajaan negeri. Akhirnya ulama yang ada kuasa boleh menawarkan rakyatnya hiburan alternatif yang terbaik kepada sure heboh yang diharamkan oleh ulama yang tiada kuasa.


Mohamed Hanipa Maidin,
AJK PAS Pusat.



Bahang PRK Hulu Selangor

'APCO' peluru pertama Pakatan serang BN

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


Calon PKR seakan pasti

Dr Halili calon PKR??
PKR cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat. Seorang lagi calon masih belum ditentukan.

Seorang pemimpin kanan cabang tersebut memberitahu Malaysiakini, nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.“Kedua-duanya (Razali dan Dr Halili) sama-sama kuat, terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya,” kata sumber tersebut.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan kelahiran Batang Kali.Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.PKR putuskan Ahad iniSementara itu, beberapa nama lagi turut disebut-sebut bertanding mewakili PKR bagi kawasan parlimen tersebut.

Mereka adalah: Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim (kanan), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Syed Shahir Syed Mohamud (kiri) dan ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.Tidak jelas sama ada usaha melobi Zaid dan Syed Shahrir sebagai calon sedang dilakukan atau tidak.

Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan, terdapat beberapa pemimpin Pemuda PKR yang sedang giat mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan terhadap Shamsul Badrul (kiri). Difahamkan petisyen itu akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR untuk dipertimbangkan. Usaha ini juga bagaimanapun tidak dapat disahkan buat masa ini.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Amin (kiri) dan peguam N Surendran (kanan) turut disebut-sebut dipertimbangkan sebagai calon.Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh pula dilaporkan berkata tiga hingga lima nama akan dipertimbangkan dalam mesyuarat majlis tersebut Ahad ini.

Di pihak BN pula, juga masih tidak jelas sama ada kerusi tersebut akan ditandingi oleh MIC atau Umno. Parti India itu setakat ini telah mencadangkan timbalannya Datuk G Palanivel (kanan) bagi mewakili BN.Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kelmarin dilaporkan berkata, BN menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi menentukannya.


Anugerah Darjah Kebesaran

MB Kelantan dahului senarai

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.
Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.


Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.


Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman..(tokoh tarbiah PAS).

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.
Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya

http://www.harakahdaily.net/

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura PAS

NIK AZIZ TERAJUI BADAN TERTINGGI PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk lima tahun lagi iaitu sesi 2010-15.Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.
Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.Spekulasi tercetus minggu lalu apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.
Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti. Hormati keputusan, Nik Aziz terima.

Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri. Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.

Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.“Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

“Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

Premortem PRK Hulu Selangor (3)

Pertarungan 'Sudden death'...???

[update 9.00pm 29/3] Antara BN dan PR,kedua-duanya mahukan kemenangan. PR mahu menang untuk menyatakan bahawa BN totally ditolak rakyat. Kemenangan ini juga memberi isyarat bahawa pemerintahan PR di Selangor berjaya. Tambahan pula, PR adalah penyandang kerusi ini. PR tidak mahu kehilangan kerusi mereka di parlimen lagi setelah kehilangan 4 kerusi secara ’percuma’ dek tindakan keluar parti oleh beberapa MP PKR.
Di sebelah BN pula, mereka juga memerlukan kemenangan. Menang untuk menyatakan bahawa rakyat sudah menerima mereka. Menang untuk memulihkan semangat mereka jika dapat merampas kerusi PR setelah kalah di banyak PRK apatah lagi apabila kerusi mereka dirampas di Kuala Terengganu.

BN juga menagih kemenangan ini setelah dimalukan PR pada PRK-PRK sebelumnya..(kecuali Batang Ai dan Bagan Pinang). Mereka mahu buktikan bahawa idea 1Malaysia Najib disenangi rakyat. Jika mereka menang, harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat pada PRU 13 masih lagi bersinar.

Kekalahan akan memberikan tekanan yang besar tidak kira kepada PR mahupun BN. Jika PR kalah,bermakna rakyat tidak mempercayai wakil rakyat PR yang suka keluar parti. Jika BN kalah, mereka harus bersedia untuk meninggalkan Putrajaya pada PRU 13.

Apa pun,memang adat petandingan dalam pilihanraya,semua pihak yang bertanding mahu kemenangan. Tidak kira mereka kerajaan,pembangkang mahupun calon bebas.

BAGAIMANA UNTUK BN MENANG????

Bagi BN, mereka mempunyai peluang cerah untuk menang disebabkan 3 kerusi DUN dalam Perlimen tersebut kepunyaan mereka. Mereka perlu menyelesaikan beberapa kemelut sebelum layak digelar pemenang.

PERTAMA, isu calon. Terdapat beberapa pertelingkahan antara MIC dan UMNO untuk meletakkan calon. MIC mahu status quo dikekalkan manakala UMNO mahu calon melayu dari UMNo diletakkan pula di situ.

Bagi UMNO,mereka kalah di peringkat Parlimen disebabkan rakyat tidak sukakan Palanivel dan MIC. Masyarakat setempat mahukan wakil Melayu. Jika kemelut ini dapat dirungkai, jentera BN akan berjalan lancar. Tetapi andainya tidak, mereka bakal hadapi undi protes buat kali kedua.
Kepimpinan BN wajar untuk mempertimbangkan cadangan ini jika tidak mahu dimalukan lagi. Semangat jentera UMNO akan bangkit jika calon dalam kalangan mereka. Lagipun,kawasan ini majoriti Melayu.

KEDUA, untuk BN menang, seperti biasa,mereka akan gunakan semaksima mungkin media yang sememangnya bawah kawalan mereka. Canangan untuk memburukkan PR adalah amat mudah dengan ’skuad tambahan’ ini. Dengan bantuan media ini, jentera BN dilihat tidak perlu bekerja banyak.

KETIGA, pelbagai isu akan dibangkitkan PR pada sesi kempen nanti. BN harus menyediakan jawapan yang konkrit bagi menangkis serangan itu. Tetapi, jika jawapan yang diberikan itu adalah jawapan sekadar untuk berhelah, BN harus bersedia menerima kekalahan.
BN harus sedar yang pengundi di Hulu Selangor bukan seperti budak tadika yang boleh ditipu hidup-hidup. Rakyat sekarang mempunyai pelbagai sumber lain yang mereka lebih mempercayainya. Rakyat memerlukan hujah yang nyata dan tepat. Jika BN senang kalau dTV1,TV2 dan TV3 menyebelahi mereka, mereka harus sedar, TV Selangor dan madia alternatif yang lain lebih dipercayai.


PAKATAN PERLU BERSTRATEGI
Secara psikologi,PR berada dalam tekanan kerana kerusi ini milik mereka. Mempertahankan kemenangan lebih susah daripada bertanding di kawasan lawan.
Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat juga mempunyai peluang untuk menang. Cuma harus diingat kawasan ini bukanlah seperti Permatang Pauh mahupun Kuala Terengganu. Rekod yang PR memenangi kawasan ini baru sekali iaitu pada 2008 yang lalu.

Untuk menang, PERTAMA, kesepakatan antara komponen PR mestilah padu. Kesepakatan yang ditunjukkan dalam siri ceramah ’Selamatkan Malaysia’ dan pada Konvensyen PR yang lalu harus dikekalkan. Jika tidak,rakyat akan melihat mereka tidak mempu untuk menggantikan BN.

Semua jentera parti tidak kira PKR, PAS mahupun DAP mesti degerakkan sepenuhnya. Kobarkan semangat jentera untuk menumbangkan BN. Kesepakatan yang sebelum ini dtunjukkan PR amat menarik perhatian rakyat. Walaupun berbeza ideologi,mereka mesih boleh duduk bersama. Sebagai bukti, kesepakatan yang ditunjukkan mereka telah membuahkan hasil pada PRK-PRK yang lepas.

KEDUA, calon yang diletakkan haruslah orang tempatan. Desas desus yang disebar bahawa PKR akan meletakkan Zaid Ibrahim harus difikirkan semasak-masaknya. Walaupun beliau sudah dikenali ramai,tetapi pandangan dan kehendak akar umbi harus diambil kira. Jangan disebabkan kesilapan memilih calon,mereka terlepas satu lagi kerusi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga dikatakan disebut-sebut sebagai pilihan calon. Namun,Anwar patut mendengar dahulu pendapat ahli cabang Hulu Selangor. Cadangan untuk meletakkan calon PAS juga perlu ditangguhkan. Bak kata Hadi Awang, PKR didahulukan. Sikap toleransi yang ditunjukkan beliau harus dituruti ahli-ahli yang lain.

KETIGA, pekung UMNO-BN harus dibuka seluas-luasnya. Banyak isu yang boleh dibangkitkan PR supaya rakyat menolak BN. Isu-isu nasional dan tempatan harus diperjelaskan sebaik mungkin oleh penceramah dan jentera penerangan PR. Banyak isu yang boleh dimainkan seperti APCO, GST, kehilangan enjin F-5E, kapal selam Scorpion, isu Perak, rasuah dalam UMNO, PKFZ, royalti Kelantan, isu arak, kemelut MCA dan banyak lagi.

KEEMPAT, PR juga harus menangkis serangan daripada BN. BN semestinya akan mengunakan isu lompat parti MP PKR. PR harus bersedia dengan jawapan yang lengkap bagi menjawab hentaman yang bakal tiba. PKR juga harus bersedia dengan serangan daripada bekas wakil rakyat mereka yang kini ibarat 'attack dog' UMNO.
KELIMA, isu dakwaan liwat Anwar juga pasti akan digunakan dalam usaha mewujudkan political image Anwar yang buruk. Hal ini kerana,masyarakat secara umum melihat PKR itu Anwar,dan Anwar itu PKR. Jadi untuk mengurangkan undi kepada PKR,imej Anwar harus dicoreng sehitam-hitamnya.

Jadi,untuk PR mengatasi isu itu, VCD fatwa Dr. Yusuf Qaradhawi harus dicetak sebanyak mungkin dan diedar secara percuma kepada pengundi. Biar rakyat tahu bahwa dunia tidak mempercayai konspirasi itu.

Kesimpulannya,kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 pada PRK kali ini. PR mempunyai kelebihan kerana berlaku pertelingkahan antara MIC-UMNO serta isu-isu nasional yang membelit BN. Manakala BN pula mempunyai kelebihan dari segi jentera media dan penduduk Felda yang ramai yang sememangya pengundi tegar mereka.

Tetapi,pilihanraya ini seperti pertarungan 'sudden death'. Jika BN menerima kekalahan,mereka harus sedar bahwa hayat mereka sudah hampir kepada ajal. Jika PR pula kalah,mereka harus bermuhasabah dan melupakan hasrat untuk menduduki Putrajaya kerana rakyat menolak parti yang mempunyai wakil-wakil rakyat yang tidak konsisten serta tidak tetap prinsip.



Premortem PRK Hulu Selangor (2)

P94 Hulu Selangor : Kerusi Hangat


Berdasarkan analisis yang dibuat semalam,menunjukkan BN mempunyai peluang cerah untuk merampas P94. Hal ini kerana jumlah majoriti undi yang terkumpul di ketiga-tiga DUN tersebut adalah 6,179 undi. Tetapi di peringkat Parlimen PKR menang dengan majoriti 198 undi. Undi BN 'lari' begitu banyak di petiundi parlimen.

Mengapa jadi begini?

PERTAMA,kalau ikut apa yang dilapor agendadaily (portal berita umno),cerita yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka. Ada juga benarnya,kalu tidak masakan undi BN boleh lari sebegitu banyak di Parlimen. Bukannya sedikit, tetapi 5,981 undi. Hampir 6000!


Berita yang tersebar dapat dilihat kebenarannya apabila UMNO mendesak kepimpinan BN pusat supaya kerusi itu diberikan kepada UMNO. Tapi,mahukah MIC menyerahkannya?? Terpulanglah kepada mereka.

KEDUA, besar kemungkinan juga ini disebabkan oleh undi protes kaum India terhadap MIC (lebih2 lagi G.Palanivel adalah Timb. Presiden MIC) yang mencakupi 19% pengundi di parlimen tersebut. Semasa PRU12, terdapat isu hangat yang melanda kaum India iaitu isu HINDRAF. MIC dilihat gagal membela nasib mereka menyebabkan protes diterjemah dalam peti undi.

Ini juga adalah pendapat yang boleh diterima kerana undi kaum India sebanyak 12,000 di sini.

KETIGA, undi yang diberikan kepada PKR melalui Dr. Zainal mungkin kerana menifestonya di peringkat nasional ketika itu dilihat lebih menguntungkan rakyat. DS Anwar menjanjikan penurunan harga minyak sebanyak 50 sen berbanding manifesto BN yang hanya menawarkan Selamat,Aman dan Makmur.

BN menawarkan manifesto 'selamat' ketika rakyat bimbang tentang keselamatan terutama pada masa itu hangat tentang isu kanak-kanak hilang (i.e nurin jazlin). Perkara sebaliknya dilakukan PKR di kala rakyat resah dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian, mereka tampil dengan manifesto yang begitu bergaya dan menggiurkan..yang pasti membuat sesiapa sahaja terkesima. Jika harga minyak diturunkan 50sen merupakan anugerah yang tidak terkira oleh rakyat.

Rakyat juga ketika itu melihat kepimpinan negara cukup lemah kerana gagal menstabilkan ekonomi ketika krisis harga minyak. Rakyat secara umum mengharapkan Anwar untuk membetulkan keadaan dan lebih cenderung untuk meyakini kepimpinan beliau berdasarkan prestasi semasa beliau menjadi TPM. Justeru,undi diberi kepada PKR di Parlimen untuk mengangkat Anwar sebagai PM. Dan jika dilihat, PKR mendapat kerusi terbanyak di Parlimen selepas PRU 2008.

Faktor KEEMPAT adalah faktor calon. Dr Zainal sendiri telah dikenali rakyat setempat. Beliau sebelum menyertai PKR merupakan Timb. Menteri Besar Selangor. Perkhidmatannya yang baik semasa menjawat jawatan itu pada 1999 memberikan kredit kepada beliau apabila berdepan masyarakat setempat.


Sebelum itu,beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun. Jadi bagi orang UMNO,tiada masalah untuk memberi undi kepada beliau. Hal ini kerana ramai juga ahli UMNO yang melakukan protes terhadap kepimpinan pusat di bawah Pak Lah. Bagi umno (yang kuat perkaumannya), lebih baik undi Dr Zainal kerana beliau orang Melayu berbanding mengundi G.Palanivel.

KELIMA, jika dilihat dari segi keputusan pilihanraya,banyak kertas undi yang tidak dipulangkan dan undi rosak. Undi rosak sebanyak 1466 manakala kertas yang tidak dikembalikan sebanyak 223. Jika dicampur, ia merangkumi 1,689 undi.

Ini bukanlah sesuatu yang sedikit. Ia 3.5% daripada keseluruhan undi!! Bukan peratusan yang kecil bagi sesebuah pilihanraya. Jelas di sini dapat kita lihat bagaimana undi protes dilakukan oleh pengundi di Hulu Selangor.

Kesimpulannya, PR tidak berada dalam zon selesa walaupun kerusi itu disandang PKR sebelum ini. Jika umno dapat mengatasi masalah calon,undi protes dan membawakan manifesto yang menarik..tidak mustahil kerusi itu kembali ke tangan mereka dengan majoriti besar.


p/s : Adakah PR mampu mempertahankan kerusi mereka ini?? Bagaimana strateginya??

ikuti analisis berikutnya esok..


Premortem PRK Hulu Selangor (1)

Pakatan Rakyat akan kalah?

Pertama sekali,jangan terkejut dengan hipotesis ini. Apa yang ditulis adalah pandangan peribadi greensaff semata-mata berdasarkan analisis dari pilhanraya sebelum ini dan keadaan semasa politik negara.

Sejarah P94 Hulu Selangor

Secara tradisi,kerusi ini merupakan milik PAS. PAS sejak merdeka,tidak pernah gagal untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. Tetapi semuanya menemui jalan buntu dan tidak dapat menewaskan BN.

Calon yang diletakkan PAS di situ bukanlah calang-calang. Pada PRU 2004, PAS meletakkan Dato' Ismail Kamus untuk bertanding tetapi tewas kepada G.Palanivel dengan majoriti 14,483.

Namun, pada PRU12 2008, kerusi itu diberikan kepada PKR.

PKR melalui calonnya Datuk Dr Zainal membuat kejutan dengan menang kerusi tersebut tetapi majoriti hanya 198 undi. Bagi Umno, untuk mendapat balik 200 undi bukan satu halangan bagi Barisan Nasional.

Kenapa saya berkata begitu?

Baiklah,yang pertama, jika diperhatikan,ketiga-tiga DUN di parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Barisan Nasional. Dan jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Maknanya,Dr Zainal mendapat undi protes mereka yang menyokong tiga calon BN di 3 DUN..iaitu sebanyak 5,981 undi.

Kedua, isu yang membelit PKR bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Isu MP PKR yang keluar parti pasti akan digunakan habis-habisan oleh BN untuk melanyak PR. Seakan sesuatu yang pasti, BN akan menggunakan calon ini untuk mendedahkan pekung PR sebanyak-banyaknya pada waktu kempen nanti.

Dan amaran ini telah diberi oleh Timb. Pengrusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BN dilaporkan 'cukup senjata' untuk melawan PR di Hulu Selangor.

Ketiga, halangan besar PR dalam memenangi kawasan ini adalah empat kawasan Felda yang ada dalam kawasan Hulu Selangor Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Seperti yang diketahui, felda kebiasaannya adalah kubu UMNO.

Sudah pasti UMNO akan kempen habis-habisan di sana. Dan felda telah memberikan kredit kepada UMNO dan mebuatkan mereka dalam keadaan selesa.

Keempat, kalau diperhatikan keadaan semasa, mood rakyat lebih memihak kepada BN. Majlis anjuran UMNO, Juara Rakyat mendapat sambutan 10,000 orang di Bukit Sentosa pada 9 Januari. Ini jauh lebih ramai berbanding ceramah Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pakatan Rakyat dihadiri 5,000 orang pada malam 26 Mac.

Najib dilihat lebih disenangi orang2 UMNO berbanding Pak Lah. Mungkin ini adalah hasil laporan media yang mencanang habis-habisan kempen 1Malaysia. 1Malaysia dilaporkan sebagai 'berjaya' oleh media menyebabkan mood rakyat tidak menyebelahi PR.

Kelima, Umno telah sekian lama melancarkan kempen rampas Selangor, 'Selangor Bangkit' dalam usaha mendaptkan kembali kuasa. Pelbagai perkara didedahkan untuk menghasut rakyat Selangor agar tidak mempercayai kepimpinan TS Khalid,walaupun kadang-kadang perkara itu tidak betul dan memakan diri sendiri.
Jika masih ingat, Umno telah mengganggu pentadbiran Selangor dengan bermacam-macam isu seperti Kandang Khinzir, Air Percuma, Kepala lembu dan sebagainya. Jadi, kesempatan yang ada pada kempen PRK ini nanti pasti akan dugunakan sepenuhnya untuk memburukkan imej kerajaan Selangor di bawah pimpinan PKR. Ingat,UMNo akan melakukan apa sahaja cara untuk merampas kerusi ini.

Kesimpulannya,BN berada dalam keadaan selesa berbanding PR walaupun kerusi itu disandang PKR sebelumnya. BN juga dilihat mampu untuk merampas P96 Hulu Selangor sebagaimana PAS merampas kerusi mereka di Kuala Terengganu.

p/s : Mengapa undi diberi kepada PKR pada PRU12 walaupun G.Palanivel telah mewakili kawasan itu dengan majoriti selesa selama 2 penggal berturut-turut????
nantikan analisis seterusnya esok.

Wallahua'lam.







Pelantikan Baru Majlis Syura

TGNA Umum Sedia Lepaskan Jawatan Mursyidul Am PAS



Selepas lebih 23 tahun memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu.

Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS."Saya mujur (setuju) benar, kalu tak beri tugas kepada saya.

Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. -TV9

Cerita Pimpinan PR

INILAH PEMIMPIN RAKYAT

Salam warahmah

aku tertarik satu cerita yang dipaparkan oleh seorang sahabat di alam maya disebuah laman forum Selatan Online atau dulunya dikenali TKODaily. Diatas persetujuan beliau aku paparkan dilaman blog ini. Ceritanya agak menarik untuk dijadikan teladan berpanjangan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Terima kasih sedara Jeragang (nickname di Selatan Online). Kisahnya begini

Malam tadi, aku pergi dengar ceramah Pakatan Rakyat di Flat PKNS kat Bandar Sunway…. Kawasan ini termasuk dlm DUN Seri Setia dalam Parlimen Kelana Jaya…. Dlm PRU12, PR sapu bersih dua kerusi Dun dan satu Parlimen. (nota : Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya ialah Mat Taib @ Mike Tyson... ex-MB Selangor yg tak reti bahasa orang putih, yg pernah kena tahan di Australia kerana bawak duit berkilo-kilo).

Aku saksikan semangat setiakawan, kerjasama, dan perpaduan di antara pemimpin2 Pakatan Rakyat di kawasan ini cukup erat. Yang menyampaikan ucapan ada 4 orang.... semua best... dan, semuanya hensem2 belaka.

1. Sdr Halimey abu Bakar... AMK PKR K.Jaya / Ahli Majlis MPPJ.
2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad.... ADUN Seri Setia
3. YB Gobind Singh Deo.... Ahli Parlimen Puchong.
4. YB Ir Nizar Jamaludin.... MP B.Gantang (MB Perak yang sah).

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Seri Setia. Turut hadir termasuk YDP PAS Kelana Jaya, Timbalan YDP PAS, dan Ahli Parlimen Kelana Jaya (aku tak reti nak sebut namanya, tapi dialah yg tukang rakam video Lingam correct correct correct dulu).

Itulah pertama kali aku dengar pidato YB Gobind Singh Deo. Dia memang klaasss...! Kalau bapanya Karpal Singh agak tidak lancar bila berucap, terutama bila cakap Melayu agak tergagap-gagap.... tetapi anak dia Gobind Singh mampu berucap dengan fasih, suara yg jelas, dan cukup meyakinkan sekali.

Satu lagi kan... Gobind Singh ni memang macho... walaupun perawakannya nampak tegas, tapi sebenarnya dia kelakar... Aku sempat berjabat tangan dgn dia semalam, fuuuh... rasa mcm bersalam dgn Sunjay Dutt pulak... aku teringat masa geng Pemuda UMNO pakat kepung ayah dia, Karpal Singh di luar dewan Parlimen dulu.... lepas Poh Kuan (MP Batu Gajah) call, dia terus hungga keluar dari dalam dewan, singsing lengan baju cabar balik puak Pemuda Umno sial tu....! Yeaaah... hero sudah mari....! tu dia... sebijik macam Anil Kapooor, wa cakap lu....!!

Bayangkanlah.... hero mana yg tak marah...! Karpal Singh tu bapak dia sendiri.... dahlah tua, uzur pulak tu... tak boleh berjalan, pakai kerusi roda je.... yg mengiringi Karpal Singh masa tu cuma YB perempuan... yang mengepung bapak dia pemuda Umno... ramai pulak tu....! ishhhh...!

Kalau ada orang kepung bapak aku macam tu, dah tentu aku pun mengamuk.... mentelah pulak yg mengepung tu balaci Umno yg bangang.... haiiish, ini anak jantan dia Arjun Rapal sudah mari....!!

“Nehi babuje..! Mujhako tum dil mein chhupaana..!! tum ho meri har khushi heir...!”

Anjing biasa berani kacau anak kucing saja... Ini bapak rimau siapa berani kacau....???? Korang langkah mayat Altantuya dulu sebelum sentuh bapak aku....!!!

Berbalik kpd ceramah malam tadi.... di antara ucapan Gobind Singh yg aku ingat....

“Saya cakap terus-terang... Saya dari DAP... tetapi kami dari DAP sudah sepakat berjanji akan berjuang habis-habisan utk menghancurkan BN dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia akan datang....!! dalam politik, idola saya nombor satu bukan ayahanda saya, bukan pemimpin DAP.... idola saya ialah Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz...!!! Itu hari Umno ada buat lapuran polis pasal tok guru... ada ura-ura mahu tahan tok guru, mahu dakwa tok guru... heey Umno BN....! kalau you mahu kacau Nik Aziz, saya berani cakap... saya letak saya punya diri depan tok guru laaah...!!! kalau you berani usik tok guru Nik Aziz, ini saya ni... saya janji akan pertahankan tok guru dgn tubuh saya..!!!!! (sambil tangan menepuk dada)......”

Patutlah Pakatan Rakyat menang besar di kawasan ini... Tak hairan....! Aku kagum dgn semangat setiakawan dan persefahaman yg ditunjukkan oleh para pemimpin parti2 komponen PR.... sporting habis....!

Nampak keikhlasan dan keakraban hubungan sesama pemimpin parti begitu terserlah... tidak ada dengki, tidak ada politiking, mereka saling mengenal dan amat mesra sekali... PAS tidak bertanding pun, samada DUN atau Parlimen, tapi semua orang kuat PAS datang...

YDP Pas ialah Ir Izham Hashim... bukan koman-koman punya orang woi...! Seorang Engineer lulusan United Kingdom.... satu Universiti dgn DS Nizar Jamaludin, tapi Izham junior 2 tahun..... Dia pun datang, tapi agak lewat sedikit kerana ada mesyuarat exco bersama Datuk Hasan Ali... Lepas mesyuarat exco, terus bergegas ke tempat ceramah... Padahal bukan dia pun penceramah, tapi dia datang semata-mata utk meraikan rakan2 lain (PKR & DAP) yg berceramah di kawasannya..... terharu sungguh aku tengok keikhlasan dia orang bersatu utk melawan UMNO.... dahlah hensem giler orangnya...! Sungguh..!

Rupa-rupanya... punyalah sporting sang Jurutera YDP Pas ni.... Masa majlis mengumumkan calon sebelum PRU12 dulu, yg bertanding ialah Nik Nazmi Nik Ahmad – PKR.... tapi, dengan rela hati dan niat suci, majlis pengumuman calon itu dibuat di rumah Ir Izham, YDP Pas....! Hei kena ingat! Masa tu Pakatan Rakyat belum dibentuk lagi secara rasmi..... Semuanya atas dasar persefahaman semata-mata, tidak ada dengki-mengki langsung...!

Yang pasti, aku tengok Dun Seri Setia ni terlebih orang yg berkebolehan dan berkemampuan utk jadi wakil rakyat.... ramai yg layak utk jadi YB... Alhamdulillah, mereka orang baik, orang cerdik, dan tidak berebut2 utk jadi calon.... Semuanya akur dgn keputusan yg ditetapkan oleh parti masing-masing... Ya lah, Kelana Jaya ni kawasan bandar... pemikiran dia orang pun agak menengah lah sikit.... Kalau kawasan kampung pedalaman hulu pueh seperti Kuala Lipis ke, Kuala Berang ke, Raub ke, Tanah Merah ke..... aku ingat ada yg jadi mayat sbb berebut nak jadi calon kot....! Tapi kalau UMNO lah.... hehehe...!

Itu belum kira Ketua AMK Kelana Jaya merangkap Ahli Majlis MPPJ, sdr Halimey Abu Bakar.... yang inipun salah seorang yg lebih dari layak utk jadi YB....

Gobind Singh kabo, kalau masuk dewan parlimen.... nampak ketara perbezaan antara YB PR dgn YB BN.... senang sangat nak kenal yg mana PR yang mana BN.... tak payah tengok lain, tengok kasut pun dah boleh tahu..... YB PR semua pakai kasut biasa sangat... Kasut YB BN semua shining-mining....!

Sebelum ni. dia kena gantung setahun, tak boleh masuk dewan, gaji pun tak dapat.... sbb bangkitkan kes Altantuya Mongolia dlm dewan.... Bila tempoh pergantungan tamat, dia masuk parlimen balik masa persidangan baru ni, ada YB PR bagitahu... “Singh, ini hari you kasi hentam itu Bayan Baru (Zahrain)...!”

Gobind Singh jawab.. “no problem... mau kasi hentam itu kodok, takde masalah lah...! Pekan (Najib) pun I tak takut nak hentam...!”

Rupa2nya, si Zahrain ni, sepanjang dua tahun jadi YB.... dialah satu-satunya YB PR yg tak pernah berbunyi mulut sepatah haram pun dlm parlimen selama ni... betul2 jadi tunggul kayu mati.... tiba2 Gobind diberitahu, Bayan Baru akan buat ucapan hari ni... Zahrain akan buat satu pendedahan besar yg mungkin akan melingkupkan terus PKR.... Gobind cakap, kami pun tunggu lah, nak dengar juga apa yg dia nak kelentong.... Bila sebut pendedahan besar ni, kita mesti ingat rasuah besar2 lah....

“Kita ingat nak expose pasal corruption... rupa2nya dia duk cerita hal 16 September 2008 dari awal sampai akhir.... satu kes rasuah pun tak ada sebut.... Saya cakap sama YB PR, apa ini...? Ini mcm punya wakil rakyat, you mau suruh I hentam ka...? Buang masa saja laaah...!” hahahaha...!

Lepas tu dia cerita pasal isu Musa Hasan kata ada pihak ketiga dlm PDRM... ini isu besar... saya tanya Menteri (Hishamudin) mohon penjelasan... ada ka patut, Hisahamudin jawab itu kes tak ada hal lah, esok dia pergi jumpa, peluk cium Musa Hasan, selesai lah masalah...!!!

Tengah syok ceramah, tiba2 trek..! trek tek tek..! trek tek tek tek tek...! h/phone dlm poket Gobind berbunyi... dgn selamba dia cakap, alamak, Menteri Dalam Negeri telefon... semua hadirin diam, Gobind terus matikan ringing (reject call) sambil berkata ‘nanti call balik lah...!’ Lepas tu dia pandang ke arah orang ramai.... “bini aku lah...!!!” (hahahaha...!)

Lepas tu dia cerita kes saman Kerajaan Malaysia terhadap Karpal Singh yg didakwa membuat kenyataan bahawa “Karpal berpendapat, satu saman haruslah difailkan terhadap kerajaan haram Perak dan Sultan Perak perlu dimasukkan sebagai salah seorang defendan..” Gobind Singh sendiri yg ambik kes itu sebagai peguambela bapak dia... saksi terakhir pihak pendakwa ialah anggota polis yg menjadi pegawai penyiasat kes itu....

Gobind Singh soal Pegawai penyiasat tu... “Adakah anda setuju bahawa yg dituduh tidak melakukan apa-apa kesalahan....?”

Polis itu menjawab dgn yakin.... “ya, setuju...!”

Haaaah...? Hakim pun terperanjat. Hakim minta Gobind ulang sekali lagi soalan itu. Dia pun ulang sekali lagi, jawapan saksi tetap sama.... “Ya, saya setuju...!”

Habis nak bicara apa lagi...? Tak ada kes lah...! Pegawai yg menyiasat pun mengesahkan tidak ada kes, tapi Ghani Patail yg sedang cari enjin jet hilang di Venezuela kata ada kes...!!!

Satu lagi kan... tengok gaya Gobind Singh bila jumpa DS Nizar, cara dia bersembang dan gelak2.... nampak mcm kamceng habis dia dua orang tu....

Orang pertama yg berucap semalam ialah sdr Halimey Abu Bakar... orangnya masih muda, hensem, tinggi, berkulit cerah, bertubuh sasa, dan perawakannya sangat menyenangkan hati... aku pernah jumpa dia sebulan yg lalu ketika gotong royong membasmi denggi di apartment tempat aku... sebagai seorang Ahli Majlis MPPJ, dia datang ke bandar Sunway semata2 utk bersama penduduk menjayakan gotong royong tersebut, walaupun dia tinggal kat Subang Airport.

First time tengok dia, aku terfikir... fuh, bagusnya dia ni... kalau jadi wakil rakyat pun okey...! Masa dia mula2 sampai, bersalam dan bertegur sapa dgn semua orang.... memang tak nampak kekok langsung... lepas tu dia berucap sekejap sebagai merasmikan gotong royong tersebut.... Aku respect cara dia bergaul dgn para penduduk.... betul2 macam seorang kawan atau jiran je... bukan sebagai ‘orang besar’ yg datang jumpa rakyat marhein mcm puak2 UMNO duk amalkan tu... bukan langsung...!

Hehehe...! Teringat pulak masa PRK K.Terengganu dulu.... masa kempen, calon Pas Wahid Endut... bila nampak budak kecik, dia terus dukung... spontan je... tak nampak kekok langsung... sebab, itulah sikap dia yg sebenar, bukan buat-buat... calon BN, Wan Farid...? hahaha...! dia buat2 gosok kepala budak pun, menangis selok budak tu... budak kecik pun tahu dia tak ikhlas...!!

Macam tu lah dgn sdr Halimey... aku duk ingat, dia cuma datang sekejap utk tunjuk muka dan rasmikan gotong royong je... Rupa-rupanya dia buat kerja sekali, kutip semua sampah2 ke serata blok... sampai berpeluh2, dan dia tak balik sehingga gotong royong tu selesai...

Sebelum start, dia pun makan karipap dan kuih seri muka sama ngan kita orang, minum air teh dan teh o sama-sama.... lepas gotong royong, diapun makan mehoon goreng dgn air mineral mcm kita orang... Masa kitorang bersurai barulah dia pun bersurai (balik) sama....

Masa ceramah semalam, Halimey cerita.... dua tiga minggu sebelum Zahrain keluar parti, anak Zahrain menelefon dia bertalu-talu... nak jumpa Halimey sebagai Ahli Majlis berkenaan dgn permohonannya nak buat satu projek besar.... Cadangan projek tu sudah ditolak oleh MPPJ kerana tak sesuai dan bersebelahan dgn sekolah... Jadi, nak jumpa buat apa lagi...? Mungkin nakk cerita dlm selimut lah, mcm yg puak2 UMNO duk amalkan selama 52 tahun tu.... Alhamdulillah, kami mempunyai seorang Ahli Majlis yg cerdik dan ada maruah... Halimey mengelak, mengelak, mengelak, dgn memberi seribu alasan....

Tup tup.... bapak dia (Zahrain) umum keluar PKR.... ambik nak...! Nasib baik Halimey tak layan anak bapak yg berkepala UMNO tu.... lepas Zahrain keluar, anak dia terus senyap, tak telefon terus dah..... Selamaaat...!


Halimey cerita jugak berkenaan PIBG SK Kg Lindungan jemput dia utk lepaskan budak merentas desa di sekolah.... jemputan bukan atas dasar dia pemimpin PKR, tetapi atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis MPPJ yg mempunyai hubungan yg rapat dgn semua penduduk di situ... Itu saja...! Lepaskan pelajar lumba lari di luar pagar sekolah... bukan dlm sekolah pun... tak ada bendera parti langsung pun...! Tapi, last minute, gurubesar sekolah tu cakap... “saya tak berani lah encik Halimey, sebab saya baru di sini...!” Ek eleh, baik tak payah jadi gurubesar...! PIBG dah jemput Halimey, nak takut apa...? Ini mcm punya cikgu besar pun masih ada lagi ka...!

Yang lebih menampakkkan kecerdikan guru besar itu ialah... dua minggu lepas tu, umno masuk ke sekolah tu buat program juara rakyat, guru besar bukan main berani pulak....! Siap masuk dalam kawasan sekolah.... siap tarok banner lambang umno dlm sekolah...! Ish berani betul guru besar tu.... kalaulah aku ni incredible hulk, kes2 mcm ni lah yg buat aku marah dan bertukar jadi hijau ni.....

Mr Macggie...! Please don't make me angry.... You don't like if I'am angry........"!!! Grrrrrrr...!!!

YB Nik Nazmi... orang kedua berucap... masih sangat muda belia, tubuh pun kecik molek... tapi smart, nampak cute je...! Mula2 tengok dia, dlm hati aku kata, pengundi Seri Setia memang orang cerdik... dia orang tak pandang tu semua... Pengundi kawasan ni kenal siapa Nik Nazmi... Rupanya dia seorang lawyer... bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim... Sekarang dia juga menjadi setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor....

Aku rasa, kalau Nik Nazmi bertanding di kawasan kampung di Jerantut ke, Rompin ke, Segamat ke.... tobat tak menang..! Pengundi di kampung, pemikiran dia orang agak sekolah rendah sikit.... tak berapa reti nak nilai ketokohan orang.... yang dia orang tahu, calon BN baik sebab bagi duit 100 inggit...!

Masa Nik Nazmi berucap, baru terserlah ketokohannya.... nampak kematangan dan kemachoannya...! Yang sempat saya ingat, Nik Nazmi sebut pasal kes Saiful yg diliwat 8 kali tapi doktor sahkan masih dara tu...!

“Saya jawab senang je.... Saiful kerja bancuh kopi di pejabat PKR tak sampai 6 bulan pun... Saya jadi setiausaha sulit DS Anwar selama 2 tahun...! Saya lagi hensem dari Saiful...! Tubuh saya lagi kiut...! Tak ada apa pun...! Pintu belakang saya tak pernah kena usik pun...! Saiful tu tegak, dekat 6 kaki, masuk akal ke kena liwat sampai lapan kali, oleh orang tua yg sakit belakang...?”

Penceramah terakhir ialah DS Nizar.... berapi-api....! Memang sedap.... masa dia cerita kejadian sebenar tragedi Dun Perak masa BN bentang dan luluskan bajet dlm masa 20 minit, semua pakat diam.... sedih dan geram...! Rasa nak lempang je muka Zamry botol kicap tu tauw...!!!

Nizar sebut sikit pasal kes tuduhan liwat Anwar.... Katanya, Najib memang jahat sejahat-jahatnya... Kalau tak caya, cuba suruh Najib jadi Imam solat sekali.... mampuih dia tak berani....! Nak pimpin orang solat ni berat tau.... Kejahatan dan dosa besar yg dilakukan oleh seseorang menyebabkan dia tak akan berani jadi Imam solat jemaah.... Sebab tu, mana ada pemimpin UMNO yg sanggup jadi Imam? Semua terbabit dgn kerja jahat dan dosa besar, sebab tu semua tak berani jadi Imam..... DS Anwar no problem... pergi mana2, dlm negeri luar negeri, dia selalu diminta jadi Imam.... Apa masalah...? Eh kaki nombor ekor pun tak sanggup jadi Imam, you ingat kalau Anwar kaki liwat, dia berani ke naik mimbar masjid baca khutbah, lepas tu memimpin solat....?

Lepas dengar ceramah semalam, aku dapat semangat baru..... Mari kita kuburkan UMNO di bumi Malaysia...! Kita pakat tanam BN hidup-hidup masa PRU13 nanti...! Allahuakbar...!!


dipetik dari : http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/

TRIBUTE UTK SAHABAT

SEMOGA ISTOQAMAH DALAM PERJUANGAN
Artikel ini khas buat sahabat-sahabatku yang dirudum pelbagai ujian dalam perjuangan.
Semoga dapat mengubat sedikit duka dan seterusnya membangkitkan kembali semangat pejuang.

لايكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كتسبت

Maksudnya :
Allah tidak memebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.
Surah al-baqarah ayat : 284

“Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan uijian dan menjadikan sakit hatimu,yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganya…Itulah yang Dia mahu sebenarnya.”

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap dugaan yang diberikan kepada hambanya, tujuannya adalah untuk melihat tingkat keimanan hambanya sekaligus hamba itu merupakan di antara golongan terpilih di kalangan hamba-hamba yang disayangiNya.
Bersyukurlah engkau wahai sahabatku seandainya Allah memberi dugaan tidak kiralah dugaan yang hebat dan berat mahupun hanya sekecil kuman. Setiap dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah sesuai dengan kesanggupan hambanya dan mempunyai hikmah yang terselindung.
Bersabarlah wahai sahabatku dalam menghadapi liku-liku ujian, sesungguhnya engkau adalah insan yang terlalu bertuah dan dari golongan yang terpilih untuk mengahadapi dugaan ini.
Sabar itu sungguh indah wahai sahabatku, dan sabar juga merupakan sebahagian daripada imanmu. Untuk mendapat cintaNya cukup susah sekali, perlu lalui semua ranjau penghidupan dan menerima sagala ujian dunia ini sebagai jalan untuk menuju cintaNya.
Sabar itu amat penting wahai sahabatku, matahari tidak langsung muncul di atas langit melainkan terbit kemudian naik sedikit demi sedikit hingga semakin terang cahayanya.Tanaman juga tidak tumbuh dengan serta merta.Ia memerlukan kesabaran dan perawatan. Ini menunjukkan bahawa setiap sesuatu itu perlu dilalui dengan penuh kesabaran untuk mencapai hasil yang penuh dengan kenikmatan Allah.

Dialah yang Maha Esa dan Dzat tempat bergantung seluruh makhluk. Allah itu Maha sabar, Dia didurhakai oleh hambanya dengan tidak menunaikan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini namun Allah tetap memaafkan selagi mana hambanya itu ingin bertaubat padaNya.
Oleh itu, bersabarlah dan serahkanlah padaNya, mengadu dan bergantung haraplah hanya padaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar segala rintihan hambanya dan sesungguhnya Allah rindu akan rintihan hambanya.

Sebagai motivasi buatmu wahai sahabatku, inginku nukilkan kisah hidup insan yang paling dicintai dan merupakan kekasih oleh Allah s.w.t.
Beliau lahir dalam keadaan yang yatim tanpa seorang ayah, kemudian disusuli pula dengan kematian ibu yang dicintaainya , ayah saudaranya yang banyak membela dan menolongnya, isteri yang dicintainya dan anak-anak kesayangannya.
Beliau digelar al-amin iaitu orang yang jujur dan boleh dipercayai tetapi setelah mula berdakwah beliau dianggap sebagai pembohong dan gila.Beliau ditertawakan, diejek bahkan mengganti panggilan beliau dengan panggilan yang tercela.
Harga diri beliau dicemarkan oleh golongan munafik dan mereka membuat fitnah yang dasyat terhadap isteri beliau. (boleh rujuk bahtera penyelamat,fathi yakan..bab munafiq yang benci).Beliau berjuang dalam menegakkan agama seringkali tidak menemukan makanan sehingga beliau meletakkan dua batu pada perutnya untuk menahan rasa lapar.

Ujian yang paling hebat bagi beliau ialah semasa beliau mula berdakwah di Thaif yang mana penduduk Thaif melempari Rasulullah dengan batu –batu dan sebahagian ada mengatakan “Apakah Allah tidak menemukan orang yang lebih baik dari kamu untuk diutuskan kepada kami?”
Ada juga yang mengatakan “Demi Allah,meskipun aku melihatmu bergantung pada kaabah dan engkau bersumpah bahawa engkau adalah seorang nabi,aku tidak akan mempercayaimu!”.
Dalam perang uhud pula, beliau jatuh ke dalam gaung yang mana beberapa batang gigi beliau tercabut dan mukanya berlumuran dengan darah. Namun semangat yang ada dalam diri beliau, tentera Islam menang dalam peperangan itu. Betapa hebatnya ujian yang Allah berikan kepada insan ini.

Adakah engkau kenal siapakah insan yang hebat ini????. Beliau ialah Nabi kita, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Hebatnya kekasih Allah ini, apabila mendapat ujian baginda akan sujud dan berkata “pendengarankau, penglihatanku, sumsumku, dan tulangku tunduk patuh kepadaMu”.
Baginda tidak pernah merungut bahkan berpaling dari Allah, malah ujian ini membuatkan baginda lebih kuat dan semangat dalam berdakwah.
Pernahkah engkau bertemu dengan seseorang yang mendapat ujian seperti Rasulullah s.a.w? Nabi merupakan insan yang paling dicintai Allah, tapi demikian baginda menerima terlalu banyak ujian berbanding insan-insan lain. Sebagai insan yang mempunyai akal, kembali semulalah pada fitrah kejadian manusia,berfikirlah andai Rasulullah yang paling dicintai Allah menerima dugaan sehebat ini,bagaimana pula dengan kita???

Oleh yang demikian, bersabarlah dengan ujian yang mendatang pada diri kita. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datngnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah,sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Pesan almarhum ustaz Fathi Yakan :
"sesunggunya sikap baik sangka terhadap Allah subhanhu wa Ta'ala,percaya akan keadilan rahmat dan qudratNya adalah sebaik-baik hiburan bagi para pendakwah di jalan Allah."
SEMOGA THABAT DALAM PERJUANGAN.
wallahua'lam.
.

The making of Logo Smart Group

KRONOLOGI LOGO SMART GROUP

Alkisah bermula tym cuti hari tu. First tym cuti xde program. Lau x...ada je hal. N x lekat kat umah.
So aku guna masa yang ada utk wat logo Smart Group.

Lama da pikir sal logo ni. N bos aku pun da runsing pk sal ni.
Coz SG Day da dekat. Baju xsiap ag. Nk wat baju kna ada logo.
So..buat la logo dulu.....

first skali wat huruf S.. Utk perkataan 'SMART'.









Then wat huruf G.









Tapi bila digabungkan..firstly nampak OK. Tapi bila mak aku tengok..dia baca 'HAI'. Then dia tanya apende 'hai' tu. Aku jawab..bukan hai..tp SG. Then macam2 dia komplen..

then tlintas satu idea.
Lau tulis Smart group dalam jawi camne ea...mesti "SIIN' dengan "GA" kan..

So...xjadi..then tiba2 dapat idea...wat huruf 'ga'..tp ni xde titik lagi..













pastu dok pk camne nak wat huruf G ni..jadi la SIIN gini..















bila digabung..











then pk...xkan gini jer..
pastu decorate sikit..












aku ase cam xlawa je..
then tuka kaler SG tu..












tukar lagi.......











lagiiiiiiiiiiii.............











lagi and lagi....












x cantik gak....tukar lagi.....
then jadi gini......ase OK la sikit....












decorate logo tadi....
in making........












1st jadi gini.......ase da Ok...tp xlawa sangat..












Pastu..jadi la yang last ni...
jeng.....jeng.........












then ..bila dibincang balik....jadi la gini....










Alhamdulillah..akhirnya siap logo ni.
Huh..wat logo pun letih.