Cerpen untuk dibaca oleh Musa Hassan

KPN sedia arah anggota polis undur


Mula2, baca dulu berita di bawah. Berita dilaporkan oleh Malaysiakini berkenaan kenyataan TS Musa Hasan tentang kes polis tersalah tembak remaja 14tahun sehingga mati.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
http://www.malaysiakini.com/news/130559

kemudian baca cerpen di bawah:

Cerpen Mikro: Merajuk

Kak Kiah ketua pengasuh di kota NoWhere. Di kota ini hanya ada sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Macam tadikalah kiranya juga.

Minggu lepas, seorang pengasuh di bawah kendalian Kak Kiah, nama dia Kak Melah; telah membelasah seorang bayi berusia 15 bulan sampai mati.

Kepada emak bayi tersebut yang menangis dan melalak teresak-esak, Kak Kiah memberitahu yang anaknya itu jahat dan suka main tembak-tembak dengan pistol pasar malam."Budak-budak lain, termasuk saya tak boleh nak lena."

Kak Kiah beritahu lagi yang bayinya itu payah tidur, ia suka merayap dan mengelak diri bila disuruh berhenti seketika dari bermain 'ultraman-ultraman'.

"Kami suruh berhenti kejap bermain sebab nak suapkan cikodok. Tapi budak tu tak nak berhenti. Memang budak jahat. Dia buat tangan silang macam ultraman kemudian dia ketuk hidung Kak Melah. Jadi Kak Melah nak pertahankan diri, dia pun katuk baby tu sampai mati. Nak buat macam mana, tak tahulah pulak dia nak mati."

Bila makin ramai orang marah Kak Kiah dan pengasuh-pengasuhnya yang garang itu, segera dengan muka cembeng dan menuntut simpati Kak Kiah memberitahu, "Kak Kiah tak nak jaga lagilah budak-budak ni. Carilah pusat asuhan lain kalau ada. Kak Kiah dan lain-lain tak nak jaga. Biar budak-budak ni mampus atau kena culik dek orang jahat. Hah sekarang nak suruh Kak Kiah jaga ke tak? Cakap? Cakap? Nak suruh jaga ke tak? Bukan main pandai je kritik Kak Kiah. Tak tahu ke Kak Kiah penat ni. Budak-budak ni jahat tak ingat tau."

Ibu bapa yang tadi bising-bising memang tiada pilihan lain di kota NoWhere. Mereka tersentak lalu terdiam. Dan Kak Kiah, Kak Melah termasuk lain-lain pun terus berkhidmat dengan penuh dedikasi di tadika tersebut.

[cerpen dipetik dr blog Faisal Tehrani.]

Patut la BN menang....

Kartun PRK Hulu Selangor


(klik pada gambar untuk besarkan)

Tidak sia-sia Ezam masuk UMNO

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.


Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.


Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


sumber: malaysiakini

Postmortem Hulu Selangor - 5 Faktor PR kalah

Faktor-faktor utama kekalahan
Kekalahan PR pada pilihanraya ini adalah disebabkan beberapa faktor. Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kepada kekalahan ini, namun saya memilih untuk mengulas lima faktor ini sahaja.

1.Felda

Ini merupakan antara faktor utama kekalahan PR kepada BN pada PRK kali ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kawasan felda yang merupakan kawasan Melayu adalah kubu kuat UMNO. PKR banyak kalah dengan undi Melayu.

PR masih gagal untuk mengimbangi BN di kawasan felda. Jika diperhatikan, jentera BN memang berkubu di kawasan felda dari awal hinggalah habis kempen. Mereka jaga felda ini sebaik mungkon dariapada dimasuki PR. Banyak aktiviti kempen mereka berlegar di kawasan felda.

Kelewatan PR memasuki felda melalui ANAK untuk menjanjikan pembelaan warga felda dilihat gagal menarik warga setempat. Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Anwar sendiri mengepalai jentera PR untuk menggempur felda pada satu majlis anjuran ANAK bersama generasi felda. Namun mereka sedikit terlewat. Mungkin kelewatan masuk itu sebahagian daripada strategi, namun ia strategi yang gagal.

ANAk cuba menembus dominasi BN di Felda

Kelawatan itu menyebabkan warga felda gagal menerima maklumat tentang apa yang diperjuangkan PR untuk warga felda. Hasilnya, PKR yang awalnya mendahului ketika undi dalam peti undi di kawasan Cina dikira, akhirnya tersungkur apabila peti undi di kawasan Melayu felda dibuka.

2. BN Tabur Wang

Kekalahan ini disebabkan jutaan ringgit telah dibelanjakan di Hulu Selangor terutama untuk warga Felda. Selain daripada peruntukan RM 32 juta untuk projek perumahan, BN telah menjanjikan RM90 juta untuk projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya.


Najib di Felda sungai Buaya


Seramai 100 peneroka Felda Sungai Buaya juga telah dijanjikan RM50,000 sebagai pampasan tanah. Mereka telah diberikan RM1000 tunai.

Selain itu, empat buah sekolah turut dijanjikan termasuk 2 sekolah cina. Projek mengatasi masalah peparitan tidak ketinggalan daripada disuap BN kepada pengundi untuk memancing mereka. Itu belum dikira projek-pojek mi segera seperti turapan jalan, baiki rumah dan sebagainya.


Najib menghadiahkan basikal kepada anak warga Hulu Selangor


Ratusan juta ringgit yang melimpah ke Hulu Selangor ini sedikit sebanyak mengaburi mata rakyat. Pertimbangan yang dibuat pada hari mengundi banyak dipengaruhi oleh duit yang ditabur itu.

3.Isu kempen

Jika diperhatikan, BN seawal hari penamaan calon lagi menyerang PR dengan mencalar kredibiliti calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan isu arak. PR sejak itu berada di kedudukan defensif.

Peluru APCO yang digunakan PR untuk menyerang BN dilihat kurang berjaya menarik perhatian pengundi. Rata-rata pengundi kurang terkesan dengan isu tersebut walaupun isu ini dicanang pada setiap ceramah PR.

Pengakuan Zaid berkenaan arak juga mempengaruhi undi Melayu. Masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan tersebut walaupun Zaid telah menyatakan beliau telahpun bertaubat daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Walaupun BN mengurangkan penggunaan isu peribadi di pertengahan kempen (disebabkan bimbang akhlak mereka dikait sama) , namun rakyat telahpun terkesan dengan isu tersebut. Imej Zaid yang dilabel ’liberal’ juga membimbangkan pengundi Melayu.




Isu nasional PR yang banyak menggunakan dilihat kurang berjaya. Walaupun PRK ini merupakan kerusi Perlimen, namun isu tempatan seperti masalah penduduk felda, masalah perparitan, masalah jalan dan isu tanah peneroka dilihat lebih releven bagi masyarakat tempatan.

Berbanding dengan PRK sebelum ini, PR berada di kedudukan ofensif. Dan terbukti kedudukan ofensif ini berjaya memenangkan PR.

4.Faktor situasi semasa

Pilihanraya ini diadakan ketika PKR dirudum pelbagai masalah ahlinya yang melompat parti. Empat orang Ahli Parlimen mereka yang keluar parti dalam masa yang hampir sama telah memberi imej yang buruk kepada PKR selain daripada beberapa Adun mereka yang telah keluar sebelum itu.

Pada waktu hampir tiba pilihanraya, Adun Bakar Arang pula mengumumkan keluar parti. Selain itu, Bendahari PKR cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang juga mencatat nama dalam senarai keluar parti. Rentetan situasi ini, satu tamparan hebat telah diberi kepada PKR. Selain daripada mempunyai nama besar di Hulu Selangor, Dr. Halili adalah merupakan doktor pribadi Anwar.


Dr. Halili mengumumkan masuk UMNO


Di samping itu, beberapa orang ahli parti yang keluar parti sewaktu kempen berlangsung juga (Pemuda selangor, Kelantan dan Wanita Perak) sedikit sebanyak memberi impak negatif. Walaupun rakyat mengetahui mereka ini mungkin dibeli, namun rakyat melihat PKR gagal dalam menjadikan ahli mereka yang mempunyai integriti dan kredibiliti.

Jadi, amat payah untuk rakyat memilih seorang wakil rakyat daripada parti yang sebegitu. Mereka tidak mahu wakil rakyat mereka mengulangi perkara yang telah dilakukan oleh MP-MP sebelum ini.

5.Jentera pilihanraya tidak padu seperti sebelum ini

Jentera yang padu sememangnya amat penting untuk melawan gerombolan BN yang serba-lengkap. BN turun menggunakan semua kekuatan yang ada. Dari pihak media, SPR, jabatan-jabatan kerajaan hinggalah kepada menteri-menteri kabinet dan Perdana Menteri mereka turun berkampung di Hulu Selangor.

Jadi, PR harus bersedia dengan jentera yang padu bagi mempertahan Hulu Selangor. Namun, apa yang dilihat adalah kurangnya kesepakatan dalam team PR.

Pada awalnya, PKR seakan ingin melakukan semua kerja menggempur Hulu Selangor secara bersendiri, kalau adapun, hanya sedikit yang diberi kepada Pas dan DAP. Semacam mereka tidak tahu, PKR tidak akan menang tanpa bantuan rakan-rakan PR.

PAS umpamanya, adalah amat berpengalaman dalam pilihanraya, serta mempunyai kekutatan ahli yang ramai serta rela berkorban demi jemaah. Namun, PAS hanya digunakan setelah serangan bertali arus BN tidak mampu disanggah PKR. Bila PKR lemah dek keluarnya Dr Halili dan macam-macam masalah, barulah kalut mencari PAS.

Selepas beberapa hari berkempen, barulah PAS menurunkan kekuatan sebenar. Daripada 2000 orang, kepada 7000 orang. Namun, agak terlambat untuk menggerakkan jentera ke seluruh Hulu Selangor yang mana kawasannnya lebih besar dari Melaka.

Ini dibuktikan dengan tiadanya kempen PR di beberapa buah perkampungan Melayu yang jauh sedikit ke pedalaman. Usahkan kempen, bendera dan poster juga tidak kelihatan. Bila tinggal dua tiga hari sebelum pengundian, barulah ada kelihatan bendera-bendera PKR.




PR harus ingat, mereka harus meyakinkan rakyat bahwa mereka adalah gabungan yang padu. Tapi, jika pada waktu piliharaya kecil begini, kebersamaan dalam PR sewaktu dalam kempen sukar dilhat, bagaimana rakyat akan meyakini PR?

Contohnya, Zaid dibiarkan kempen bersendiri untuk berjumpa penduduk tanpa diiringi pemimpin Pas mahupun DAP. Manakala setelah PKR diumum kalah, tiada seorang pun wakil PAS bersama Zaid ketika beliau berucap menenangkan penyokong di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru.


Majlis selepas kalah


Kesimpulannya, kekalahan ini bukanlah sesuatu yang harus diratapi, namun ia adalah peluang untuk pimpinan dan ahli-ahli PR bermusabah diri masing-masing. Check balik apa yang dijanjikan pada PRU lepas yang belum ditunaikan. Padukan kerjasama Pakatan, dan rancang strategi bagaimana untuk mengadapi BN pada PRU akan datang.

Insyaallah, Putrajaya on track. Tiada apa yang perlu dikesalkan bila terlepas Hulu Selangor. Pahit kekalahan ini akan ditebus dengan kemanisan kemenangan PRU 13. Takbir.


Laporan Utusan yang meloyakan

Bukti 1Malaysia hanya omong kosong

dipetik dari utusan:

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekali lagi menampakkan Barisan Nasional (BN) memperolehi undi yang mengecewakan daripada pengundi-pengundi Cina.
Walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 2008, namun ia tidaklah menyeluruh, sebaliknya menunjukkan bahawa masih terdapat penolakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).


Ini jelas apabila di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru yang pengundi Cina adalah majoriti (8,146 pengundi), BN tewas. Keputusan paling rendah dalam pilihan raya kecil berkenaan juga datang dari DUN tersebut iaitu bagi peti undi Rasa, apabila BN hanya mendapat 49 undi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) 319 undi.

Sama ada hendak diakui atau tidak, MCA dan Gerakan masih gagal meyakinkan pengundi Cina untuk kembali kepada BN. Keadaan itu berbeza dengan DAP yang dilihat pemimpinnya mendapat sambutan hangat di DUN tersebut.

Pendirian pengundi-pengundi Cina di dalam memilih BN masih lagi berada di tahap yang rendah dan segala-galanya kerana di Hulu Selangor, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menabur 'racun' di situ.

Antara lain beliau mahu pengundi Cina meminta apa sahaja kepada kerajaan BN tetapi menyebelahi PKR ketika mengundi. Mungkin inilah yang dilakukan oleh pengundi-pengundi Cina di Hulu Selangor.

Walaupun pelbagai tuntutan termasuklah mendirikan sekolah jenis kebangsaan Cina diluluskan oleh kerajaan BN tetapi keseluruhan mereka tidak membalasnya dalam bentuk undi.
Mereka tetap tertarik dan terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang sudah pastinya mengamalkan politik sempit dalam memastikan pengundi Cina tidak menyebelahi BN.


Keadaan itu menunjukkan apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 50 peratus pengundi Cina akan menyebelahi BN tidak menjadi kenyataan, sebaliknya dakwaan pembangkang bahawa mereka menguasai 75 peratus undi kelompok tersebut adalah benar.

Oleh itu timbul persoalan, apakah selepas ini dalam kempen-kempen pilihan raya, BN perlu memberi tumpuan kepada pengundi Cina dan memenuhi apa sahaja tuntutan mereka tetapi tidak mendapat apa-apa undi?

BN perlu faham bahawa parti itu bernasib baik kerana pengundi Melayu dan India memberikan sokongan padu kepadanya. Jika peningkatan sokongan tidak berlaku di kalangan kedua-dua masyarakat berkenaan, sudah pasti BN akan kecundang di Hulu Selangor.

Adalah sesuatu yang malang, apabila dalam keadaan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membela nasib rakyat melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pengundi Cina masih belum mahu menyebelahi BN. Mereka masih dilihat mahu mengekalkan sokongan kepada parti-parti pembangkang yang mereka tahu tidak mampu melakukan apa-apa untuk kehidupan mereka.


Pada 2008, kita akui mereka berhak menolak BN kerana pelbagai kemelut yang berlaku ketika itu. Tetapi sekarang kepimpinan negara berada di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri sendiri sudah menunjukkan komitmennya untuk memastikan semua rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

Majoriti pengundi Cina di Hulu Selangor bukannya tidak tahu perkara ini, tetapi mereka masih mahu kekal bersama-sama pembangkang.

Justeru sudah tiba masanya BN menukar strateginya dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan hanya diberikan kepada peti undi-peti undi yang pengundi Cina benar-benar menyokong BN

Kepada kawasan-kawasan yang peti undi dilihat ketara menyokong pembangkang, biarlah mereka meminta bantuan dan peruntukan daripada pakatan berkenaan terutamanya di Selangor.

Mungkin keadaan ini kelihatan tidak adil tetapi bagaimana dengan sikap mereka yang hanya tahu meminta itu dan ini tetapi bila mengundi masih mahu menyebelahi pembangkang? Adakah itu adil kepada BN

sumber: utusan malaysia

p/s: kenapa la ada pemikiran bongok macam ni.. Depa xsedar yang depa tu pemerintah, kena bertanggungjawab jaga kebajikan rakyat. Tak kira la rakyat tu dari sebelah mana..kena bantu. Dan kena ingat, rakyat berhak memilih untuk sokong siapa.

Wahai DS Najib, INIKAH 1MALAYSIA????



Ramalan greensaff tepat, BN rampas Hulu Selangor

Pakatan Rakyat Kalah

Pada 27 Mac yang lalu, greensaff telah meramalkan bahawa PR akan kalah pada pilihanraya kali ini berdasarkan keadaan politik semasa negara. Seperti yang dijangka greensaff sebelum ini, keputusan PRK Hulu Selangor yang telah diumumkan memihak kepada BN.
(rujuk : http://greensaff.blogspot.com/2010/03/premortem-prk-hulu-selangor.html )

Terdapat beberapa faktor sebelum PRK dan semasa PRK ini berlangsung yang menyumbang kepada kekalahan PR di Hulu Selangor. Nantikan analisis postmortem PRK Hulu Selangor oleh greensaff.

p/s : kepada semua penyokong Pakatan Rakyat,diharap bersabar dan menerima keputusan ini.

BN rampas Hulu Selangor - BH

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Hulu Selangor : Promo habis-habisan

Kempen terakhir PR, BN
Oleh Shazwan Mustafa Kamal dan Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 24 April — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pusingan terakhir kempen di sini hari ini mendakwa beliau telah menawarkan calon “jenama terbaik” untuk pengundi membuat pemilihan esok.

“Kita mempunyai produk jenama yang baik iaitu P. Kamalanathan (calon BN).
“Saya sudah tengok latar belakang beliau dan saya lihat beliau seorang yang bersih dari segala masalah selain berdedikasi,” kata beliau di hadapan kira-kira 300 penduduk pada program Sarapan 1 Malaysia di Padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang dekat sini.


Najib memulakan kempen hari terakhir seawal 9 pagi. Begitu juga Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kalumpang terletak di utara bahagian Hulu Selangor, berhampiran sempadan Plaza Tol Tanjong Malim.

Daerah mengundi Kampung Gumut menyediakan kira-kira 760 undi manakala daerah mengundi Bandar Kalumpang pula 1,200 undi dan Kampung Bahru Kalumpang sekitar 1,470 undi.

Kecuali Kampung Bahru Kalumpang dua daerah mengundi itu dimenangi oleh BN pada 2008.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pilihan raya kecil ini penting untuk menentukan parti mana yang boleh membawa perubahan.

Najib di Ulu Yam Baru semalam.“Perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh BN, bukan pembangkang.


“Kita telah selesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

“Boleh dikatakan kita telah menyelesaikan keseluruhan masalah yang dialami rakyat Hulu Selangor.

“Kita bukan hanya bercakap ataupun membuat janji-janji kosong tetapi kita telah membuktikannya.

“Jadi saya harap pengundi dapat membuat keputusan tepat dengan memilih calon BN dan memberikan kemenangan kepada kita,” katanya lagi.

Presiden Umno itu mengingatkan pengundi di Parlimen Hulu Selangor supaya tidak terpengaruh dengan isu dan fitnah yang dibangkitkan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya.

“Saya mahu beritahu kepada pengundi supaya tidak terpesong dengan segala isu dan fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional.

“Mereka (pembangkang) akan mengambil kesempatan untuk melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah kepada kita yang tiada kena-mengena langsung dengan pengundi disini.

“Apa kena-mengena isu APCO Worldwide dengan pengundi di sini?

“Apa yang dituduh selama ini tiada ada asas langsung,” katanya.

Selain majlis sarapan pagi itu, Najib juga melawat Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru; Bandar Utama di Batang Kali sebelum hadiri ceramah bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung malam ini.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan peneroka-peneroka Felda bahawa setiap undi diberikan kepada Pakatan Rakyat ibarat langkah sokongan untuk membawa perubahan dan janji berbanding hanya retorik kosong BN.


“Masa depan Selangor terletak di tangan anda. Anda putuskan apa yang terbaik.

“Apabila Allahyarham Tun Razak memulakan Felda, niat adalah untuk membantu orang Melayu yang miskin dan janjinya adalah peneroka boleh merasai manfaat dan bebas daripada kemiskinan,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

“Kira-kira 30-40 tahun kemudian, plot tanah pula hilang, tujuan asal telah dilupakan oleh BN,” kata Anwar kepada kira-kira 100 orang yang hadir, kebanyakannya penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar juga cuba untuk mengetepikan kebimbangan di kalangan sesetengah orang bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan mengadakan program dan dasar bertentangan dengan kepentingan agenda Melayu kerana pemimpin DAP digambarkan sebagai rasis, sebagaimana didakwa oleh pemimpin-pemimpin Umno.

“Kesemua tanggapan bahawa Pakatan Rakyat buruk, DAP bahaya.... tak munasabah.

“Lihat di Pulau Pinang, selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengetuai kerajaan negeri, ada peningkatan dalam dana pengajian Islam daripada RM12 juta kepada RM24 juta.

“Ini semua adalah fakta, bukan sesuatu yang saya sengaja reka,” kata Anwar, bekas timbalan perdana menteri.

Dalam usaha mengatasi serangan peribadi ke atas calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim berhubung isu mengambil alkohol, Anwar menceritakan suasana di Parlimen yang berlaku kelmarin.

Anwar berucap di ceramah di Sungai Buaya, Hulu Selangor semalam.“Anda tahu Lim Kit Siang? Beliau bangun di Dewan Rakyat dan meminta Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan (Ahli Parlimen) Rembau bangun dan mengatakan bahawa mereka tidak pernah minum arak dalam hidup mereka.


“Menteri Dalam Negeri, saya tidak boleh tengok muka dia lepas itu, ketika Kit Siang bercakap, kepalanya selalu berada bawa meja (ingat dia bersembuny),” kata Anwar sambil menerima tepukan daripada mereka yang hadir.

Oleh itu katanya, pengundi mesti memberikan undi mereka kepada Zaid.

“Meskipun anda ada bendera BN di luar rumah anda, saya faham tapi jangan undi mereka (BN) tetapi undi kepada Zaid, undi untuk Pakatan,” katanya.

“Biarkan Zaid jadi orang tengah untuk membawa masalah anda kepada Menteri Besar Selangor,” kata Anwar yang berada di kawasan Hulu Bernam pagi ini.

Selepas ucapannya, Anwar juga bersarapan pagi — nasi lemak — dengan mereka yang hadir.
Sebelum itu beliau melawat sebuah pasar di Tanjung Malim, Perak di mana kebanyakan penduduk Hulu Bernam membeli barangan keperluan harian mereka.


Jadual kempen Anwar hari ini termasuklah melawat Kampung Assam Kumbang dan Taman Rasa di Kuala Kubu Baru dan lewat petang ini menuju Taman Koskan.

Pengundian diadakan esok dalam pilihan raya kecil ini, yang pertama di Selangor sejak Mac 2008.


Untungnya lompat parti; UMNO kotakan janji

Tuduhan rasuah: Dua bekas exco dibebaskan

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

16 tuduhan rasuah

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

BN dahului di kawasan Melayu - ILHAM

Pakatan Rakyat ketinggalan

Pengundi Melayu kawasan parlimen Hulu Selangor memperlihatkan kecenderungan yang lebih memihak kepada Barisan Nasional, dari isu yang menyentuh hati, saluran maklumat dan sebagainya, menurut satu soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM Centre. Malah, 37.2% daripada 261 orang responden menjangkakan kemenangan BN (berbanding 16.1% menjangkakan PR) dalam PRK Hulu Selangor ini.
Tiga isu nasional yang paling mempengaruhi undi adalah "1Malaysia" (29.1%), "Isu Ketuanan Melayu" (25.3%) dan "Isu lompat parti oleh pimpinan Pakatan Rakyat" (20.3%). Walaupun tidak diterangkan secara jelas apakah maksud tersirat di sebalik jawapan yang terpilih, namun secara kasar, ketiga-tiga isu ini dijangka lebih positif kepada BN.

Malah, isu "Anwar pengkhianat Negara" (11.5%) lebih berpengaruh, jika dibandingkan dengan isu "APCO-UMNO" yang hanya memberi pengaruh kepada 3.1% responden. Dengan kata lain, isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, seperti APCO-UMNO, enjin jet dan kapal selam (1.5%) mendapat sambutan yang dingin di kalangan responden soal selidik ini.

Lebih-lebih lagi, pengundi Melayu di kawasan luar bandar ini bergantung kepada akhbar arus perdana (73.6%) dan televisyen (82.0%) sebagai saluran maklumat. Fenomena ini mungkin membimbangkan Pakatan Rakyat, memandangkan maklumat yang diperolehi pengundi ini datang daripada media arus perdana yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional, yang sudah tentunya tidak akan memihak kepada PR.
Demikianlah keputusan soal selidik yang bertemakan "Kajian Persepsi dan Kecenderungan Pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil P.094 Hulu Selangor", disediakan oleh Panel Penyelidikan ILHAM CENTRE. Soal selidik ini dijalankan pada 19 hingga 21 April, menyasarkan 261 orang responden dari pengundi Melayu sahaja.

Serangan peribadi tidak dipersetujui

Bagaimanapun, 50.6% daripada responden tidak bersetuju dengan kempen yang berbentuk serangan peribadi dan bersifat provokatif sepanjang PRK ini. Hampir satu perempat responden mengangguk kepada bentuk kempen sedemikian, sementara satu perempat yang selebihnya tidak pasti atau tiada respon.

Zaid Ibrahim, calon PKR diasak dengan serangan peribadi sebermulanya PRK ini. Pada hari penamaan calon, media mengajukan soalan "kaki botol" kepada pemimpin Pakatan Rakyat, dan kemudian dihebohkan bahawa gambar Zaid minum arak akan didedahkan. Zaid Ibrahim mengakui bahawa dirinya pernah mengambil minuman alkohol semasa beliau muda tetapi telah bertaubat. Namun demikian, serangan diteruskan apabila disiarkan gambar yang diubahsuai, semata-mata untuk menunjukkan Zaid kaki botol.

Selain label "kaki botol", Zaid Ibrahim juga dilemparkan tuduhan "kaki judi" dan sebagainya. Bukan calon PKR sahaja, malah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga dilabelkan sebagai agen Yahudi, selain kes liwat yang belum habis dibicarakan.

ILHAM bersikap Optimis untuk PR

Sesungguhnya BN kelihatan berada di kedudukan yang selesa menurut hasil kajian tersebut, panel penyelidikan ILHAM Centre kekal optimis dengan hasil yang diperolehi. Angka 40.2% responden yang tidak pasti siapa pemenangnya dibaca maksudnya sebagai "belum dapat menyatakan pendirian", yang kemudian disusuli pula dengan ramalan pertarungan sengit yang terikat pada 50:50.

Daripada kajian tersebut, BN kini mendahului PR di kawasan luar bandar / pedalaman terutama di kawasan atau kampung majoriti Melayu dan Felda. Bagaimanapun, ILHAM Centre mencadangkan dasar kebajikan kerajaan negeri PR Selangor diteruskan, memandangkan sebanyak 34.1% melihat isu ini sebagai isu yang bakal mempengaruhi kecenderungan pengundian.

Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.
Perkembangan terkini menyaksikan PR ketinggalan dalam kawasan Melayu, apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang menyasarkan sokongan 85% pengundi Cina, hari ini.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu. Analisis ini berdasarkan hasil soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM centre.

Mengapa undi BN lari di Hulu Selangor pada pilhanraya lepas?

PR perlu tahu ini..

Berikut adalah keputusan pilhanraya lepas. Jelas menunjukkan undi BN turun,dan majoriti pula menjunam...

Manakala undi PR naik mendadak.


Satu punca sebenar perlu dikaji jentera PR untuk memastikan undi yang mereka dapat pada PRU lepas kekal pada PRK kali ini.


Bolehkah BN Raih Kemenangan Di Hulu Selangor?

Reaksi pengundi masih belum menentu
Oleh Alan Ting

HULU SELANGOR, 21 April (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini dijangka menjadi satu lagi ujian getir kepada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang selepas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada Mei 2009.

Taruhannya memang amat besar bagi kedua-dua pihak.Bagi BN, ia akan menjadi ujian mengenai penerimaan dan pengiktirafan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dasar-dasar beliau selepas menjawat jawatan setahun yang lepas.

Di pihak pembangkang, ujian ini merupakan penelitian terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beberapa siri anggota berprofil tinggi keluar daripada parti itu sejak akhir-akhir ini.

Pilihan raya kecil ini dilabelkan sebagai pertandingan antara heavyweight PKR Datuk Zaid Ibrahim menentang calon lightweight daripada BN, P. Kamalanathan, yang juga Ketua Penerangan MIC.

Jika kedudukan semasa PKR di pentas kebangsaan diambil kira, maka "pada zahirnya" ramalannya mungkin cenderung untuk memihak kepada Zaid.

Bagaimanapun ramai memberi alasan bahawa penilaian seperti itu tidak kena pada tempatnya atau kurang bijak, lebih-lebih lagi berikutan apa yang dilalui PKR sejak dua bulan lepas apabila ramai anggotanya keluar parti.

Malah ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang sendiri memberi amaran kepada gabungan parti pembangkang supaya tidak terlalu yakin, dengan tegas mengingatkan mereka supaya tidak mengetepikan hakikat daripada pilihan raya umum 2008.

Sambil menegaskan bahawa pilihan raya kecil 25 April ini bukanlah "kemenangan yang pasti" bagi pakatan pembangkang, beliau menarik perhatian bahawa BN kehilangan kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya dengan majoriti tipis 198 untuk namun telah menyapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen berkenaan dengan majoriti besar.

BN menang di Hulu Bernam dengan majoriti 3,548 undi, Batang Kali 2,179 undi dan Kuala Kubu Baru 448 undi.

Dalam hubungan itu, Lim tertanya-tanya apakah yang menyebabkan majoriti terkumpul 6,175 undi bagi BN di ketiga-tiga DUN itu membawa kekalahan dengan kelebihan 198 undi kepada calon BN bagi kerusi Parlimen, Datuk G. Palanivel.

Tokoh veteran DAP itu berkata jelas bahawa bukanlah disebabkan 6,175 pengundi yang memberi sokongan padu kepada BN bagi kerusi DUN, tiba-tiba memutuskan untuk mengundi PKR dalam saingan kerusi Parlimen memandangkan jumlah keseluruhan undi bagi PKR iaitu 23,388 undi hanyalah 54 undi lebih daripada jumlah keseluruhan undi yang diperoleh calon pakatan pembangkang di Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu iaitu 23,334 undi.

Lim turut menolak kemungkinan kekalahan BN pada 2008 di Hulu Selangor disebabkan undi rosak memandangkan jumlahnya hanya 1,466 undi dan angka ini tidak jauh daripada jumlah keseluruhan undi rosak bagi ketiga-tiga kerusi DUN iaitu 1,271 undi.

Palanivel memperoleh 23,190 undi tetapi ini merupakan 6,320 undi kurang daripada jumlah keseluruhan undi untuk tiga calon BN bagi ketiga-tiga kerusi DUN iaitu 29,510 undi.

Lim berkata jelas bahawa lebih 6,200 pengundi dalam pilihan raya lepas yang mengundi BN di peringkat DUN tidak memberi undi mereka kepada Palanivel.Namun apa yang ketara mereka juga tidak mengundi pakatan pembangkang.

Jadi, persoalannya ialah di manakah lebih 6,200 pengundi ini menghilang?"Jika 2,000 atau 3,000 daripada pengundi ini keluar untuk mengundi BN pada 25 April ini, BN boleh menang.

Oleh itu, kesemua pemimpin serta penyokong PKR, PAS dan DAP perlu sedar bahawa pilihan raya kecil Hulu Selangor bukanlah kemenangan yang pasti (bagi pakatan rakyat)," kata Lim.

Kelihatan seolah-olah hujah veteran DAP ini menunjukkan bahawa BN kalah di Hulu Selangor pada 2008 kerana pengundi kurang senang dengan Palanivel dan bukanlah sangat atas tiket yang ditandinginya.

Beberapa ahli politik turut sependapat dengan Lim. Ada pandangan yang mengatakan BN boleh menang di Hulu Selangor jika bukan kerana perpecahan undi yang ketara dalam kalangan pengundi Melayu memandangkan BN menang di kesemua kerusi DUN dalam kawasan pilihan raya Parlimen itu.

Sumber daripada jentera pilihan raya PKR berkata apa yang diperlukan oleh PKR untuk membolehkannya mengekalkan kerusi itu ialah mengekalkan 45 peratus sokongan pengundi Melayu, 70 peratus Cina, 50 peratus India dan separuh daripada undi Orang Asli.

"Jika ini berlaku, kami boleh mengekalkan kerusi itu dengan majoriti antara 500 dan 1,000 undi," kata sumber dalaman PKR.

BN, sebaliknya, membuat perkiraan bahawa gagasan itu mempunyai peluang untuk merampas kembali kerusi itu asalkan boleh mendapat 65 peratus sokongan pengundi Melayu di samping 60 peratus India, 30 peratus Cina dan 50 peratus Orang Asli.

"Jika kami hanya dapat meraih 60 peratus sokongan Melayu sambil mendapat sokongan daripada pengundi kaum lain, masih sukar untuk kami merampas kembali kerusi itu," kata sumber dalaman BN kepada Bernama.

Analisis keputusan pilihan raya 2008 bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor menunjukkan bahawa terdapat peralihan arah kepada pembangkang di kawasan majoriti India seperti Ladang Kerling, Changkat Asa dan Sungai Choh Barat.

Kawasan majoriti Cina seperti Kampung Baru Cina Kuala Kubu Baharu, Hulu Yam Lama, Hulu Yam Baharu turut beralih arah kepada pembangkang.Berikutan persaingan yang sengit ini, Hulu Selangor akan menjadi medan ujian kepada kepimpinan MIC dan kepimpinan MCA yang baru dilantik untuk mendapatkan undi bukan Melayu.

Beberapa pemerhati politik percaya PKR memilih Zaid kerana beliau lebih diterima oleh pengundi bukan Melayu. Bagaimanapun, Zaid nampaknya menjadi "sasaran serangan" disebabkan tingkah lakunya di masa lalu.

Namun begitu, penyokong kuat pembangkang cenderung untuk melontarkan persoalan: bolehkah PKR mengulangi pencapaiannya pada 2008 kali ini? Tiada siapa yang tahu secara pasti.

Bagaimanapun, Pengarah Strategik PKR Tian Chua secara berjenaka pernah berkata "setiap kali parti mengetengahkan calon anak tempatan, kami kalah, tapi apabila kami letakkan seorang calon heavyweight, kami menang.

"Sungguhpun ramai yang mungkin menganggapkan Kamalanathan sebagai "lightweight", namun beliau berjaya memenangi dan menambat hati serta minda dengan personalitinya yang amat disenangi.

Latar belakangnya yang sederhana, tiada masalah politik dan keikhlasannya untuk berkhidmat membawa perbezaan yang sangat besar kepada pengundi di pedalaman Hulu Selangor.

Secara fizikal, Kamalanathan mungkin lebih ringan daripada Zaid namun begitu tiada siapa yang boleh menolak kemungkinan bahawa pengamal perhubungan awam ini mungkin muncul sebagai "giant-killer" Ahad ini.

-- BERNAMA

Analisis PRK(4): 3 'fix deposit' BN belum runtuh??

Belum pun mengundi,BN dahului 5000 undi!
oleh greensaff


Barisan Nasional telah mendapat 5000 undi walaupun tarikh mengundi sebenar belum tiba iaitu pada 25hb April. Meskipun pusat-pusat pengundian belum dibuka, jumlah undi ini diperoleh berdasarkan kepada analisis berikut.

1. PENGUNDI POS

Seperti yang diketahui, undi pos seringkali dimenangi BN tidak kira di kawasan DUN atau Parlimen mana sekalipun. UNDI POS seringkali memenangkan calon BN bila tibanya plihanraya. Kadang-kadang, walaupun pengundian melalui proses biasa telah dimenangi calon BUKAN BN, Namun bila dicampur dengan UNDI POS, maka calon BN AKAN MENANG.

Pakatan sudah pasti tidak akan menang di peti undi pos. Sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, undi-undi kontroversi ini telah memenangkan BN dengan jumlah undi yang besar. Jika kita masih ingat, dalam salah satu peti undi dalam UNDI POS, tiada satu pun undi yang diberikan kepada PR sewaktu plihanraya kecil tersebut.

UNDI POS boleh dianggap sebagai ’alat bantuan pernafasan’ kepada BN di setiap kali pilihanraya. Biasanya, undi yang akan diperoleh BN melalui UNDI POS ini tidak akan kurang dari 70%.

Di PRK Hulu Selangor ini, terdapat 700 UNDI POS. Jadi,paling sedikit pun BN akan dapat 490 undi di situ. Untuk mudah, anggap 500.

2. FELDA

Hulu Selangor mempunyai banyak kawasan Felda. Seperti sedia maklum, kawasan Felda merupakan fix deposit BN.

Pengundi Felda masih selesa mengundi BN kerana menganggap BN lah yang membela nasib golongan peneroka. Mentaliti ini bertapak kukuh dalam masyarakat Felda terutama golongan generasi pertama Felda.

Walaupun PAS cuba menembus dominasi ini melalui Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (ANAK), namun usaha ini dilihat masih sukar menggugat dan mencabar status BN sebagai parti dominan kawasan Felda. Tambahan pula, peranan ANAK dalam menjaga kebajikan warga felda di Hulu Selangor dilihat masih kurang. ANAk belum mendapat tempat di hati penduduk Hulu Selangor.

Kebiasaannya, fix deposit BN ini akan memberi majoriti yang besar kepada BN. Penduduk felda di Hulu Selangor berjumlah lebih kurang 6900 orang. Dijangka BN akan mendapat sekurang-kurang 4000 undi berdasarkan kempen PR yang masih gagal memujuk warga felda menyokong Zaid.

Projek perumahan oleh BN kepada warga Felda di Hulu Selangor sebanyak RM32 juta telah memberi kredit kepada BN walaupun rakyat tahu itu adalah gula-gula politik.

http://www.malaysiakini.com/news/129802 (link berita masyarakat felda masih memihak BN)

3. UNDI Orang Asal

Sebelum ini, beratus-ratus Orang Asal berarak ke Putrajaya membantah kerajaan mengambil tanah mereka. Orang Asal telah pandai berdemontrasi dan unjuk rasa untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kenyataan Syafie Apdal yang menyatakan demo itu hanyalah ”lawatan” orang Asal telah menghina mereka dan membarahkan lagi perasaan marah mereka.

Namun, bagi kes Hulu Selangor, Orang Asal telah dipujuk kembali oleh Syafie. Sewaktu melawat orang Asal di Hulu Selangor, Syafie telah menjanjikan bermacam-macam kepada mereka. Jadi, panas yang dirasai mereka sebelum ini telah sejuk kembali.


Untuk mendapat undi Orang Asal ini tidak susah, BN hanya perlu mempengaruhi Tok Batin orang Asal supaya menyokong BN, maka yang lain akan mengikut. Ini kerana orang Asal ini masih taat kepada ketua mereka iaitu Tok Batin. Untuk itu, BN bolehlah bagi macam-macam kepada Tok Batin sebagai ’hadiah’. Maka, Tok Batin akan menyokong tanpa masalah.

Taktik ini telah diamalkan BN di Sabah dan Sarawak untuk mendapat undi penduduk pedalaman sejak sekian lama. Taktik ini sangat berkesan, lebih-lebih lagi dengan kurangnya maklumat yang sampai kepada mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR hanya mampu meraih satu peratus undi orang Asli dan usaha kali ini untuk menembus kubu kuat BN di sana dikatakan agak sukar.

Di Hulu Selangor, terdapat 721 pengundi yang terdiri daripada Orang Asal. BN telah pasti mendapat sekurang-kurang 500 undi.

Kesimpulannya, mengikut perkiraan mudah; BN telah mendahului 5000 undi.

500 Undi Pos
4000 undi felda
500 undi Orang asal
================
5000 undi keseluruhan
================


Jumlah di atas belum lagi temasuk undi dari ahli-ahli UMNO, MIC , MCA dan komponen BN yang lain.

Jika jentera Pakatan Rakyat tidak berusaha keras merebut kembali undi-undi golongan tersebut, nescaya PR akan kalah dalam PRK kali ini. Diharap jentera PR kembali bangkit dan menggunakan sepenuhnya masa beberapa hari berkempen ini.


Kamalanathan bertanding, poster Palanivel naik

Siapa bertanding ni???

Kita sudah mengetahui bahawa pertandingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada pengundian 25 April ini ialah antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P. Kamalanathan selepas dua calon bebas menarik diri yang mana kedua-duanya bekas calon bebas itu ialah dari MIC dan ahli Umno.


Namun, erapakatan.com mengesan bekas calon BN yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen (AP) selama empat penggal, G. Palanivel dikesan berkempen bagi mempromsikan dirinya walaupun beliau bukanlah calon BN bagi pilihanraya kali ini.

Poster Timbalan Presiden MIC itu dikesan dalam kawasan kubu kuat BN berhampiran Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor di Hulu Yam (gambar).

Liew Chen Yang, 37, salah seorang penduduk di situ memberitahu, mungkin poster itu poster lama namun BN, dilihat sengaja enggan menurunkannya sehinggalah ke hari ini walaupun di sini merupakan kubu kuat MIC.

“Samada mereka sengaja atau tidak, kita tidak tahu tetapi yang pasti semacam ada protes dikalangan penyokong G. Palanivel di sini atas pemilihan P. Kamalanathan,” katanya.

Rekod menunjukkan kawasan itu yang menggabungkan antara Ulu Yam lama dan Ulu Yam baru terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali dengan komposisi penduduknya adalah campuran dengan majoritinya masyarakat Cina.

Tidak jauh dari poster G. Palanivel itu terdapat satu markas BN dalam tokong Cina yang bukan sahaja dipenuhi kerusi kosong malah sepanjang tinjauan erapakatan.com mendapati ia lengang dari sebarang aktiviti kecuali beberapa petugas sedang berborak di kawasan itu.

Di sini juga kira-kira lima markas PKR di wujudkan termasuklah di persimpangan jalan menuju perkampungan itu.Terdahulu, Presiden MIC, Samy Vellu hanya mencalonkan G. Palanivel sebagai calon BN dan ia dibantah keras oleh ahli perkauman Umno yang mahukan calon Umno ataupun pemimpin MIC yang akan membawa suara Umno di situ yang mengakibatkan G. Palanivel gagal bertanding.

Beliau juga enggan hadir semasa penamaan calon P. Kamalanathan malah jarang-jarang muncul di pentas kempen calon MIC itu.

Erapakatan.com sebelum ini mendedahkan G. Palanivel mula bekerja keras untuk berkempen sejak penghujung tahun lalu malah kempennya giat dijalankan pada pertengahan Januari tahun ini apabila mengetahui Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad kian tenat ketika itu.

Malah, segala kerja keras beliau telah disiapkan sebelum masuk bulan Februari lagi.Apa yang pasti, krisis dalaman BN ketika ini kian parah dengan tindakan penyokong G, Palanivel yang melakukan protes senyap dalam PRK kali ini.

Bagi Datuk Zaid Ibrahim, walaupun seterunya yang bertanding ialah dari MIC, tetapi strategi kempen menunjukkan seolah-olah beliau sedang bertenpur dengan presiden Umno, Najib Razak yang dilihat kempen mereka lebih kepada fitnah dan jauh sekali mengemukakan fakta dalam ceramah-ceramah mereka.

“Mereka serang, kita balas dengan fakta, tetapi Umno bila diserang, mereka membisu, malah gagal menjawab isu yang kita ketengahkan,” katanya.

Antara isu yang berlegar di Hulu Selangor ialah isu kaitan Umno dengan sebuah perunding Israel, isu kehilangan enjit jet, rasuah pimpinan Umno yang tiada berkesudahan sehingga kini selain isu janji pembangunan yang ditabur dalam PRK Bagan Pinang dan sehingga kini gagal diselesaikan.

Malah, sepanjang PRK ini, beberapa pimpinan Umno sesuka hati mengumumkan projek tertentu untuk merampas undi rakyat di kawasan itu.Parlimen Hulu Selangor sebelum ini dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sehingga hari kelima kempen PRK ini berlangsung, poster G. Palanivel itu masih gah tergantung bersebkahan dengan bendera rasmi Parti Keadilan Rakyat. -erapakatan

Lekup Hulu Selangor

SOSIAL

KALKIAN ada pun calon sekutu parti Jantan dalam undian di Hulu Selangor lalu dibangkit oleh parti seterunya, sebagai orang kuat bersosial dan kaki minum.

Jika yang mentakwil itu suku sakat Jantan yang terkeliru, ‘ala kulihal' jugalah.

Akan tetapi tukang bangkit itu puak-puak seteru parti Jantan yang sosial dan minum itu darah daging mereka itu.

Apalah kurangnya memanda dan juak-juaknya.

Calon sekutu parti Jantan itu tiada dilapor dia meraba. Akan puak memanda dilapor meraba dia.

Gerangan apa meraba? Gara-gara sosiallah.

Jantan rekod.

BERUBAH

Berkata Tok Ketua parti Jantan:

Calon sekutu parti Jantan itu sudah berubah sejak balik dari Mekah.

Menengok Jantan akan gambar isterinya.

Bertudung ia macam Muslimat parti Jantan juga.

Akan puak memanda, bila ke Mekah saja memanda maka ke Mekah jualah isteri masing-masing.

Keluar dari Mekah bergerbanglah kepala mereka itu.

Tiada sempat tiba ke 1Malaysia, di tanahair baginda Rasul lagi terdedah mereka itu.

Akan isteri calon yang parti Jantan sokong, lingkup ia.

Jantan kesan ke Mekah.

TANYA

Maka berkata lagi Tok Ketua parti Jantan:

Tiada adil baca saja blog tentang status sosial calon parti sekutu Jantan.

Kena tanya dan tengok dia.

Tok Ketua parti Jantan tentu sudah tanya dan tiada sekadar tengok, bahkan sudah berkawan.

Bila Tok Ketua parti Jantan kata calon itu sudah berubah, tentulah sesudah ditanya dan ditengok.

Jantan percaya ketua. Jika tak percaya ketua, nak percaya siapa lagi?

Jantan tolak seteru.

SETERU

Ada pun status sosial calon sekutu parti Jantan dulu itu, kalau ya pun semasa bersama parti seteru dulu.

Dalam parti seteru apa yang tiada?

Bukan sekadar makan dan minum, yang mencekik todi dan samsu pun ada.

Dikatakan membunuh, didakwa membunuh dan dipenjara membunuh pun ada.

Kalau sama parti kerbau, tak main lumpur pun terpalit lumpur juga.

Kalau sudah bersama parti orang sembahyang, yang tak sembahyang pun belajar sembahyang juga.

Jantan tengok kawan.

ABU SOFIAN

Lalu ada yang tikai parti Jantan gerangan apa sokong orang yang saman kes parti Jantan ngenai hudud.

Pada Jantan, itu semasa sebelah seteru dulu. Tapi sekarang sudah sekutu parti Jantan.

Teringat Jantan akan Abu Sofian. Tiada yang lebih memusuhi Nabi SAW selainnya.

Itu semasa jahiliyah. Apabila sudah dia sebelah baginda, ketika pembebasan Mekah bersabda baginda bermaksud:

"Siapa berlindung di rumah Abu Sofian dijamin selamat."

Indahnya Islam!

Jantan cintai keindahan.

TAUBAT

Bertanya orang akan Tok Ketua parti Jantan tentang status sosial calon yang disokong.

Berkata Tok Ketua parti Jantan, dia sudah berubah.

Jantan fikir, berubah itu taubatlah.

Teringat Jantan akan kes kemarau teruk 70 ribu Bani Israil hadapi di zaman Nabi Musa.

Minta Bani Israil akan Nabi Musa berdoa diturunkan hujan. Berdoa baginda bersama 70 ribu Bani Israil. Tiada makbul doa itu. Bertanya Nabi gerangan apa doa tiada makbul?

Memberitahu Allah pada Nabi, tiada diturun hujan justeru seorang dari 70,000 itu 40 tahun bergelumang maksiat. Minta Nabi agar si maksiat itu keluar agar turun hujan. Tiada muncul si maksiat akan tetapi memohon taubat ia seikhlasnya.

Belum habis doa taubatnya mencurah hujan selebatnya. Bertanya Nabi akan Allah gerangan apa hujan turun sedang si maksiat tidak keluar. Memberitahu Allah pada Nabi:

Justeru maksiatnya tiada diturunkan hujan. Justeru taubatnya diturunkan hujan.

Jantan insaf.

TURKI

Teringat Jantan akan penjual arak sokong parti Islam di Turki. Ditanya dia tiada takutkah kalau Islam menang dia nanti tiada boleh jual arak?

Jawabnya, kerana tidak guna Islam, jadikan dia jual arak. Kalau guna Islam tentu dia tidak jual arak.

Jantan Allahu Akbar.

Lagi Penipuan BN - wanita yang keluar PKR tiada jawatan

Penafian dari PKR Bagan Serai.

Sejak PRK Hulu Selangor ini bemula, bermacam2 penipuan UMNO/BN dibongkar.

1. Muhyiddin mnyatakan calon BN akan dipilih dari kalangan anak tempatan,tapi akhirnya menjadikan Kamalanthan sbg calon yang sebenarnya org luar Hulu selangor.


2. Blogger UMNO menyebarkan gambar Zaid (calon PKR) yang sedang minum arak dan juga sedang memegang sebotol wine. Tetapi, fitnah itu terjawab bila dapat dibuktikan bahawa gambar itu sebenarnya gambar superimpose.


3. sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan kepada media bahawa kerajaan menggunakan khidmat APCO untuk membantu NAjib untuk berjumpa Obama. Namun hari ini (20/4) Nazri menyatakan bahawa pertemuan Najib-Obama itu tiada kaitan dengan APCO (ejen yahudi).
ikuti link di bawah:
http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/60617

4. hari ini 2 'orang kuat Wanita PKR Perak' didakwa keluar parti. Namun, PKR Bagan Serai menafikan wanita yang keluar tersebut mempunyai jawatan dalam Cabang tersebut.

ini adalah penafian PKR Bagan serai:

Salah seorang yang mendakwa keluar dari PKR di Perak hari ini iaitu Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai sebenarnya tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai. Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

"Hanya dia sendiri yang cakap dia ini Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai.Hairan macamana dia ini letak jawatan sedangkan tiada apa -apa jawatan yang pernah di sandang oleh perempuan ini?" Jelasnya.

baca berita di bawah:

Lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpaling tadah dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti itu dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Kali ini giliran pemimpin wanita Perak yang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.

Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik.

Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir.Majlis pengumuman itu turut disertai oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

http://www.malaysiakini.com/news/129699





Siapa Zaid Ibrahim sewaktu jadi pelajar?

Nukilan kenangan Hishamuddin Rais
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.

Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.Ceritanya bagini:Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.

Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.

Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.

Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.

Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan.

Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.

Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.

Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.

Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.

Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.

Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.

Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.

Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.

Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.

Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim.

Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu.

Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.

Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.

Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.

Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.

Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.

Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.

Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.

Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.

Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.


http://www.malaysiakini.com/columns/129575


Patut la Hisyamuddin tak bagi kaitkan UMNO dengan arak

SEBAB DIA PUN DUA KALI LIMA

HULU SELANGOR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.
(petikan dari Berita Harian)

HISYAMUDDIN

Dan patutla Khairy terasa bila Saifuddin Nasution bangkitan isu arak pemimpin UMNO di parlimen.
Walaupun Saifuddin tidak menyebut nama peminum arak UMNO, tapi Khairy marah2. Kemudian, Khairy terkedu bila Saifuddin cakap.. “Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah."
KHAIRY
Najib
pak lah "al-Imam hadhari"

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno."

"Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok."

"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut."

"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah."

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?
Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu."

"Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?"

"Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

Laluan PR di Hulu Selangor sukar

Kit Siang: Pakatan tak boleh terlampau yakin kekal di Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU, 18 April — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak terlampau yakin boleh mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor sambil memberi amaran agar sama sekali tidak mengetepikan hakikat pilihan raya umum 2008.
Sambil merujuk kepada perbezaan 198 undi dua tahun lalu, Lim juga memberi amaran Pakatan Rakyat belum pasti akan menang pilihan raya kecil Ahad ini.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang (5 dari kiri) bersama ahli-ahli dan penyokong Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor hari ini. - Gambar oleh Jack Ooi“Kita tidak boleh (terlalu) selesa,” kata beliau sambil menambah, Pakatan Rakyat seharusnya menganggap pilihan raya ini sebagai “satu ujian besar dan krisis.”


“Saya percaya bahawa Datuk Zaid Ibrahim boleh dipilih sebagai Ahli Parlimen baru Hulu Selangor tetapi perlu kerja keras, dengan setiap undi perlu diambilm kira,” kata Lim pada majlis pelancaran kempen melawat pengundi SuperSunday18 di sini pagi ini.

Dalam analisis terperincinya, Lim menjelaskan, Barisan Nasional (BN) tewas kerusi Parlimen dengan perbezaan undi tipis tetapi menguasai ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti keseluruhan 6,175 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru masing-masing dengan majoriti 3,548, 2,179, dan 448 undi.

Justeru, Lim persoal mengapa majoriti 6,175 undi BN membabitkan ketiga-tiga DUN itu terbalik berbanding kelebihan 198 undi diperoleh oleh Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.

“Undi peringkat Parlimen bagi PKR (23,388) hanya lebih 54 undi berbanding yang diperoleh calon-calon Pakatan Rakyat bagi tiga kawasan DUN (23,334),” katanya.

Beliau berkata ketika pilihan raya umum Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel memperoleh 23,190 undi, di mana kurang 6,320 undi berbanding keseluruhan 29,510 undi yang diperoleh ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari BN.

“Jelas lebih 6,200 pengundi memberikan undi kepada BN di peringkat Dewan Undangan Negeri, dan tidak mengundi untuk Palanivel. Apa yang signifikan ialah lebih 6,200 undi tidak pergi kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ke mana perginya lebih 6,200 undi ini?” kata beliau.

“Jika 2,000 atau 3,000 pengundi keluar mengundi untuk BN pads 25 April ini, BN boleh menang,” katanya.

Oleh itu kata Lim, kesemua pemimpin PKR, PAS dan DAP, dan mereka yang berkempen untuk Pakatan Rakyat harus sedar bahawa pihaknya boleh pasti akan mencapai kemenangan muktamad Ahad ini.

Dalam analisis itu Lim menambah, BN hanya tewas di Hulu Selangor dua tahun lalu kerana pengundi tidak gembira dengan calon yang diturunkan, bukannya tiket yang dia tanding.