Analisis PRK Hulu Selangor (2) : UMNO dan sindrom 'eligerephobia'

'Eligerephobia' UMNO hilang di Hulu Selangor??
oleh greensaff
Memahami 'Eligerephobia'....

Eligerephobia merupakan sejenis penyakit baru yang ditemui. Sindrom ini menyebabkan pengidapnya takut untuk menyertai pilihanraya. [note : perkataan election (pilihanraya) berasal dari perkataan Latin, eligere yang bermaksud 'to choose']. Malah penghidap sindrom ini juga akan takut bila mendengar perkataan 'pilihanraya'.

Dalam bahasa Melayu, ia boleh ditakrifkan sebagai 'fobia pilihanraya'. Atau dengan bahasa mudah, sawan pilihanraya.

UMNO juga merupakan pengidap sindrom ini. Malah, UMNO merupakan pengidap eligerephobia yang pertama di dunia. Apa tidaknya, ketika menguasai kerajaan pusat serta seluruh jentera kerajaan, media, kewangan dan pasukan keselamatan, UMNO takut untuk menyertai pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil.

Secara tidak sedar, selepas kalah teruk PRU12 2008, UMNO seakan-akan sawan apabila mendengar perkataan 'pilihanraya'. Lebih-lebih lagi apabila kalah berturut-turut kepada Pakatan Rakyat pada piliharaya kecil Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Permatang Pasir.
Derita yang dialami UMNO itu lebih teruk apabila mereka ditewaskan di Perlimen Kuala Terengganu,kerusi yang asalnya milik mereka. Rentetan daripada itu, UMNO awal-awal lagi menyatakan untuk tidak bertanding di DUN Penanti apabila kerusi itu kosong. Kali pertama dalam sejarah dunia bila parti yang mempunyai majoriti di Parlimen menolak untuk bertanding pilihanraya.

Begitu juga keadaannya di Perak. Desakan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN amat ditakuti. UMNO sedaya upaya mempertahankan tindakan rampasan kuasa di Perak, bagi mengelakkan Pakatan Rakyat membubarkan DUN Perak seterusnya memberi laluan kepada pilihanraya semula.

Tapi sebaliknya berlaku kepada UMNO apabila mendengar kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong. Adakah ini bermaksud fobia UMNO itu sudah hilang?

Eligerephobia UMNO hilang???

Bukan sebab itu. UMNO nampak berani kali ini kerana mereka dapat menjangka laluan mereka untuk menang agak mudah di Hulu Selangor. Tidak sesukar di Permatang Pauh, Bukit Gantang mahupun ketika ingin mempertahankan Kuala Terengganu. Ini kerana ketiga-tiga kerusi DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN.

Bukti yang menunjukkan bahawa sindrom ini masih lagi dihidapi UMNO ialah mereka tidak mahu pilihanraya kecil berlaku di DUN Titi Tinggi, Perlis. Simptom eligerephobia UMNO itu juga dapat dilihat bila mereka cuba sedaya upaya menidakkan pilihanraya DUN Kota Siputeh, Kedah. Mereka juga enggan membubarkan DUN Perak walaupun berdegar-degar mengatakan rakyat Perak menyokong rampasan kuasa yang dilakukan.
UMNO berani di Hulu Selangor kerana dalam keadaan sekarang, keadaan mereka lebih kepada posisi offensif, berbeza dengan PR yang dalam keadaan defensif sekarang ini kerana terpaksa mempertahankan kerusi milik mereka. Sebab itu meraka berani untuk bertanding, malah berusaha merebut kerusi itu daripada MIC.

Tetapi, andaikata semua DUN di Parlimen tersebut dimenangi PR, lebih-lebih lagi jika PR menang dengan majoriti besar. Sudah pasti UMNO akan membiarkan MIC bertanding di situ. Membiarkan rakan mereka dalam BN itu dilanyak hidup-hidup oleh PR. Mereka akan menjadikan parti komponen ketiga terbesar BN itu sebagai kambing hitam.

Mengapa UMNO nak bertanding???

Seperti diketahui umum, UMNO sangat-sangat ingin bertanding di kawasan tersebut. Gian UMNO seakan tidak dapat ditahan. Dikhabarkan, ketika Allahyarham Datuk Zainal Abidin sedang sakit lagi, kerja-kerja turun padang telah dilakukan.

Ini menunjukkan semangatnya UMNO untuk menawan kerusi tersebut. Mereka betul-betul ingin menjayakan kempen rampas Selangor. Sebaik-sahaja berita kematian wakil rakyat tersebut, gendang perang segera dipalu. Desakan supaya kerusi itu diserah kepada UMNO dibuat serta-merta.

Kenapa UMNO nak sangat?? Confirm menang?

Sebabnya senang sahaja. Seperti disebutkan sebelum ini, UMNO berasa mereka boleh menang. Lebih-lebih lagi ketika ini PR diuji dengan insiden lompat parti oleh beberapa MP mereka. UMNO percaya yang mereka dapat menewaskan PR dengan mudah jika isu ini diguna dalam kempen BN nanti.
Selain itu, UMNO masih belum habis merayakan kemenangan sulung mereka dalam pilihanraya kecil semenanjung di DUN Bagan Pinang pada Oktober tahun lepas. Dengan kemenangan di DUN itu sahaja, mereka berasa seluruh rakyat Malaysia telah menerima mereka. Walaupun sudah 5 bulan berlalu, deti-detik manis kejayaan mereka masih lagi dirasai dan dikenang. Sehinggakan mereka lupa bahawa undi tentera yang memenangkan mereka.

Jika UMNO menang di P94 Hulu Selangor, mereka akan bising seluruh Malaysia dengan mengatakan PR akan menghadapi kehancuran. Mereka akan kata BN sudah diterima rakyat. Kekalahn PR akan dikatakan kerana tidak membela rakyat. Semua media talibarut akan mencanang berita-berita seperti ini sampailah pilihanraya seterusnya.

Kesimpulannya, UMNO lebih suka jika yang menang di Hulu Selangor adalah mereka dan bukannya MIC. Walaupun sama-sama dalam BN, mereka tidak berapa senang jika MIC yang mendapat gelaran pemenang. Ini kerana, bila menang, senang untuk mereka menjaja nama UMNO di seluruh negara untuk menghadapi PRU13 nanti.


p/s : UMNO perlu berhadapan dengan MIC sebelum mereka dapat bertanding di Hulu Selangor. Bolehkah mereka mendapatkan kerusi tersebut??

ikuti analisis seterusnya...


Tiada ulasan: