Analisis PRK(4): 3 'fix deposit' BN belum runtuh??

Belum pun mengundi,BN dahului 5000 undi!
oleh greensaff


Barisan Nasional telah mendapat 5000 undi walaupun tarikh mengundi sebenar belum tiba iaitu pada 25hb April. Meskipun pusat-pusat pengundian belum dibuka, jumlah undi ini diperoleh berdasarkan kepada analisis berikut.

1. PENGUNDI POS

Seperti yang diketahui, undi pos seringkali dimenangi BN tidak kira di kawasan DUN atau Parlimen mana sekalipun. UNDI POS seringkali memenangkan calon BN bila tibanya plihanraya. Kadang-kadang, walaupun pengundian melalui proses biasa telah dimenangi calon BUKAN BN, Namun bila dicampur dengan UNDI POS, maka calon BN AKAN MENANG.

Pakatan sudah pasti tidak akan menang di peti undi pos. Sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, undi-undi kontroversi ini telah memenangkan BN dengan jumlah undi yang besar. Jika kita masih ingat, dalam salah satu peti undi dalam UNDI POS, tiada satu pun undi yang diberikan kepada PR sewaktu plihanraya kecil tersebut.

UNDI POS boleh dianggap sebagai ’alat bantuan pernafasan’ kepada BN di setiap kali pilihanraya. Biasanya, undi yang akan diperoleh BN melalui UNDI POS ini tidak akan kurang dari 70%.

Di PRK Hulu Selangor ini, terdapat 700 UNDI POS. Jadi,paling sedikit pun BN akan dapat 490 undi di situ. Untuk mudah, anggap 500.

2. FELDA

Hulu Selangor mempunyai banyak kawasan Felda. Seperti sedia maklum, kawasan Felda merupakan fix deposit BN.

Pengundi Felda masih selesa mengundi BN kerana menganggap BN lah yang membela nasib golongan peneroka. Mentaliti ini bertapak kukuh dalam masyarakat Felda terutama golongan generasi pertama Felda.

Walaupun PAS cuba menembus dominasi ini melalui Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (ANAK), namun usaha ini dilihat masih sukar menggugat dan mencabar status BN sebagai parti dominan kawasan Felda. Tambahan pula, peranan ANAK dalam menjaga kebajikan warga felda di Hulu Selangor dilihat masih kurang. ANAk belum mendapat tempat di hati penduduk Hulu Selangor.

Kebiasaannya, fix deposit BN ini akan memberi majoriti yang besar kepada BN. Penduduk felda di Hulu Selangor berjumlah lebih kurang 6900 orang. Dijangka BN akan mendapat sekurang-kurang 4000 undi berdasarkan kempen PR yang masih gagal memujuk warga felda menyokong Zaid.

Projek perumahan oleh BN kepada warga Felda di Hulu Selangor sebanyak RM32 juta telah memberi kredit kepada BN walaupun rakyat tahu itu adalah gula-gula politik.

http://www.malaysiakini.com/news/129802 (link berita masyarakat felda masih memihak BN)

3. UNDI Orang Asal

Sebelum ini, beratus-ratus Orang Asal berarak ke Putrajaya membantah kerajaan mengambil tanah mereka. Orang Asal telah pandai berdemontrasi dan unjuk rasa untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kenyataan Syafie Apdal yang menyatakan demo itu hanyalah ”lawatan” orang Asal telah menghina mereka dan membarahkan lagi perasaan marah mereka.

Namun, bagi kes Hulu Selangor, Orang Asal telah dipujuk kembali oleh Syafie. Sewaktu melawat orang Asal di Hulu Selangor, Syafie telah menjanjikan bermacam-macam kepada mereka. Jadi, panas yang dirasai mereka sebelum ini telah sejuk kembali.


Untuk mendapat undi Orang Asal ini tidak susah, BN hanya perlu mempengaruhi Tok Batin orang Asal supaya menyokong BN, maka yang lain akan mengikut. Ini kerana orang Asal ini masih taat kepada ketua mereka iaitu Tok Batin. Untuk itu, BN bolehlah bagi macam-macam kepada Tok Batin sebagai ’hadiah’. Maka, Tok Batin akan menyokong tanpa masalah.

Taktik ini telah diamalkan BN di Sabah dan Sarawak untuk mendapat undi penduduk pedalaman sejak sekian lama. Taktik ini sangat berkesan, lebih-lebih lagi dengan kurangnya maklumat yang sampai kepada mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR hanya mampu meraih satu peratus undi orang Asli dan usaha kali ini untuk menembus kubu kuat BN di sana dikatakan agak sukar.

Di Hulu Selangor, terdapat 721 pengundi yang terdiri daripada Orang Asal. BN telah pasti mendapat sekurang-kurang 500 undi.

Kesimpulannya, mengikut perkiraan mudah; BN telah mendahului 5000 undi.

500 Undi Pos
4000 undi felda
500 undi Orang asal
================
5000 undi keseluruhan
================


Jumlah di atas belum lagi temasuk undi dari ahli-ahli UMNO, MIC , MCA dan komponen BN yang lain.

Jika jentera Pakatan Rakyat tidak berusaha keras merebut kembali undi-undi golongan tersebut, nescaya PR akan kalah dalam PRK kali ini. Diharap jentera PR kembali bangkit dan menggunakan sepenuhnya masa beberapa hari berkempen ini.


Tiada ulasan: