Angkuhnya Shahrizat

Dakwa Pakatan Rakyat dibarisi pemimpin ‘banner’

SEREMBAN – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil menyifatkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) adalah pemimpin ‘banner’ (kain rentang) dan kewujudan mereka di Selangor cumalah gimik semata-mata.

Beliau berkata, pemimpin PR itu tidak mampu mengurus dan membangunkan Kerajaan Negeri dengan baik, sepertimana Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Pemimpin PR yang ada di Selangor itu hanyalah gimik sahaja, tiada kerja-kerja pembangunan mampu mereka lakukan.

“Semua kerja-kerja menstabilkan dan membangunkan Kerajaan Negeri itu dilakukan BN. Kalau tidak ada BN, lingkuplah Selangor,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja Ke Negeri Sembilan di Bilik Gerakan Wisma Negeri, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, semalam dia mengatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang hanya menilai warga emas hanya RM10.

Ini kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) menganugerahkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang.

p/s: shahrizat lupa yang BN bagi hanya RM100 bg tempoh LIMA tahun.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shahrizat tewas dalam PRU12. Tetapi egonya masih tebal, terpaksalah dia melalut macam2. Tetapi hakikatnya semua mereka sedang kecut dalam perut sekarang. Mereka memang sedar, macam dalam ungkapan senikata My Way, 'the end is near'
Teori RAHMAN mungkin menepati ntelahan. Najib adalah yang penghabisan.