Perihal PPSMI: Satu Pemahaman Bersama

KRONOLOGI PPSMI


1993 Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri) membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.


1995 Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.


1996 Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut


2002 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.


Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.


2004 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


2005 Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan


Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi


Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua


2008 Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.


PERSOALAN YANG TIMBUL


1. Dasar PPSMI dilaksanakan tanpa sebarang kajian dan ad hoc, sedangkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dirangka pada tahun 1979 mengambil masa selama lapan tahun, baru dilaksanakan pada tahun 1988.


2. Adakah PPSMI dikatakan sangat bagus untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?


3. Pengunaan bahasa Melayu sejak 1972 sehingga 2002 sebagai bahasa pengantar pendidikan menghasilkan ribuan ahli akademik dan profesional khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Jadi, mengapa perlu tukarkannya?


4. Dwibahasa dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. PPSMI dikatakan sebagai wadah memperkasakan bahasa Inggeris tetapi soalannya pula turut disediakan dalam bahasa Melayu. Mengapa pula begitu?


5. Benarkah anak-anak Malaysia lebih senang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris daripada belajar dalam bahasa Melayu?


6. Benarkah prestasi mereka lebih baik jika diajar dalam bahasa Inggeris berbanding jika diajar dalam bahasa Melayu?


7. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dengan hanya mengajar “sejemput mata pelajaran”?


8. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dan berdaulat di negaranya walaupun ribuan mata pelajaran sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris?


9. Benarkah jati diri kita tetap kukuh walaupun bahasa Melayu dihadkan penggunaannya dalam penyampaian ilmu?




Tiada ulasan: