7 MAC : Sejarah Terukir

SETAHUN BERLALU. Begitu cepat rasanya.

Tanggal 7 Mac 2009 merupakan tarikh keramat bagiku dan seluruh pejuang bahasa di negara ini. Aku berasama berpuluh-puluh ribu orang telah turun turun ke jalan raya untuk membela bahasa tercinta daripada pupus di dunia ini.

Perhimpunan raksasa ini bertujuan membantah dasar kerajaan yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik di sekolah. Dasar PPSMI ini dibantah segenap masyarakat. Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah menganjurkan himpunan ini.

MATLAMAT KAMI : MANSUHKAN PPSMI

Perjalanan dari Ipoh menaiki kereta api mencecah 4 jam.,walaupun pada kebiasaannya lebih cepat dari itu. Aku,bersama 3 rakan bertolak awal sehari..berbekalkan satu beg galas setiap seorang yang berisi beberapa helai pakaian. Sesampai di kuala lumpur,menumpang tidur di bilik kawan lama..satu sekolah dulu.

Keesokannya..pukul 11 pagi,keluar dari bilik kawanku tadu utk menuju ke stesen LRT Universiti. Hajat utk berhimpun di stesen Masjid Jamek sblm ke Masjid Negara tidak kesampaian kerana stesen itu telah pun ditutup sementara oleh pihak berkuasa.

Sesampai di Masjid Negara,orang telahpun selesai solat Zohor. Kami bertiga tanpa membuang masa terus ke tempat wudhu dan bersegera menunaikan solat jama' n qasar.

Pastu apa jadi??? ikuti gambar di bawah..xlarat den nak nulis...a picture has thousands story..

Berkumpul di Masjid Negara

berjalan menuju ke Istana Negara..kami ingin Tuanku campur tangan dan mendengar isi hati kami

rombongan rakyat diketuai oleh Sasterawan Negara...A.Samad Said
(turut kelihatan Presiden n Timb. Presiden PAS mengiringi Pak Samad)
puluhan ribu rakyat turut membantah..x pernah aku tengok manusia seramai ni atas jalan raya
bermacam ragam manusia...bermacam sepanduk..tapi hanya SATU tujuan..MANSUH PPSMI.
(rela berjalan berkilo-kilo meter)
beberapa ratus meter sebelum sampai ke Istana negara,polis buat kacau..
Padahal kami datang dengan perkenan Tuanku DYMM YDP Agong.
Gas pemedih mata telah dilepaskan bertubi-tubi..
Apa salah kami?? Perlukah menghalang rakyat berjumpa rajanya??

Orang ramai mula lari menyelamatkan diri.
Mereka naik ke bukit ini...(tempat aku duduk ni)

polis berjaya memecahkan kumpulan besar kami..
(rambar ni menunjukan sebahagian yang di hadapan..beribu-ribu lagi terkandas di belakang..xnampak dalam gambar)
orang ramai mengerumuni seorang lelaki tua yang pengsan dek penangan 'tear gas'..utk memberi bantuan kecemasan..
kesian pak cik tu..
berundur ke Masjid negara seketika

tetapi polis menghalang kami masuk kembali ke dalam masjid

(tear gas dilepaskan di hadapan pintu masjid)

"Samseng kepala merah" berkawal di pintu masjid
Peristiwa perarakan keranda utk membela bangsa berulang
Kira-kira pukul 4 petang..setalah bertungkus-lumus bertempur dengan polis..kami masuk ke msjid utk melepaskan lelah. Kemudian..kelihatan Pak Samad masuk utk menunaikan Solat Asar.


sempat bergambar kenang-kenangan dengan Pejuang Bangsa dan Bahasa

Pak Samad ditemuramah wartawan di dalam masjid

(selepas berakhir penyerahan memorandum)

Alhadulillah.. Dengan usaha kami memaksa kerajaan..akhirnya mereka akur utk memansuhkan PPSMI.

Aku tidak rela Bahasa Melayu menerima nasib seperti tulisan Jawi....dek kerakusan pemerintah menggadainya atas nama kemajuan.

LASTLY..aku bangga kerana dapat bersama-sama melakar sejarah. Dan aku harap..nanti besok aku dapat menceritakan kepada anak cucuku tentang sejarah pembelaan bahasa oleh kami.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat syeikh..mane gambar ana??? ade ade ngn abg syukri aritue.,.enta cepat sangat..ana di belakang enta..huu...memang menarik mase kiter bersama mase tue..huhuh..dapat menyaksikan rakyat bermati-matian mempertahankan bahasa melayu...Takbir!!!

Unknown berkata...

Allahu Akbar!!!