Interfaih Understanding Dialogue (InFUD) : Satu sejarah baru

Malam 1 mac baru2 ini adalah malam yang penuh bersejarah bagi mahasiswa UTP...kerana sejarah baru telah diukir apabila satu forum antara agama telah berjaya diadakan. Selain kerana pertama kali diadakan di universiti ini..forum ini adalah sebuah kolaborasi terbesar kelab2 di UTP tang diketuai oleh Rakan Masjid,yang mana Sdr Hafizi telah menjadi Projek Manager. Dewan Canselor yang cukup gah itu telah menghimpunkan beberapa tokoh 'interfaith comparison' dari 4 agama utama di Malaysia.

Antara tokoh yang hadir ialah Shah Kirit bin Kalkulal Govindji (Islam), Ir. Kiang Keng Kong (Buddhist), Dr William Lau (Christian) dan Dr. M. Bala Tharmalingam (Hindu) dan telah dimoderator oleh ustaz Rahmat bin Abu Seman.

Aura keempat2 tokoh ini berjaya menarik ribuan mahasiswa dan staf-staf UTP ke dewan tersebut..ditambah dengan kehadiran penduduk sekitar. Sejak pukul 8 malam..gerombolan manusia telah berpusu-pusu ke Kompleks Chanselor ini.

Panel Hindu sedang memberi Ucapan

Tajuk "Concept Of God According to my Religious Scripture" telah menjadi pilihan utk dibncangkan pada forum ini. Tajuk ini juga sangat menarik perhatian hadirin kerana pelbagai topik dapat dikupas dan memberi input yang baru mengenai sesuatu agama.

antara ribuan hadirin hadir

Pelbagai lapisan masyarakat kampus telah hadir..dari pelbagai kaum,agama dan negara. Pelajar2 antarabangsa juga tidak melepaskan peluang untuk mendengar forum yang jarang2 diadakan ini selain kerana forum ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara.

pandangan atas


penonton berbaris panjang utk tanya soalan
Selesai sahaja panel2 memberikan gambaran sebenar terhadap agama masing2,para hadirin telah dibenarkan utk bertanya soalan kepada ahli panel.
Sesi ini begitu menarik kerana pelbagai persoalan yang diajukan oleh penonton yang hadir. Ramai yang ingin bertanya sehinggakan mereka terpaksa beratur panjang sebelum mendapat peluang berada di mikrofon. hal ini juga menyebabkan moderator tidak dapat melayan semua penyoal atas faktor masa yang tidak mencukupi.

dewan penuh

Parapanelis telah memberikan jawapan yang cukup mantap utk setiap persoalan. Namun,yang paling mencuri tumpuan adalah Panelis Islam iaitu Bro Shah Kirit kerana dalil2 dan analogi yang digunakan cukup untuk mengkagumkan penonton. Hujah2 yang lancar telah diberikan itu telah mendapat pujian daripada panelis kristian..yang menganggap bahwa kepetahan dan kecekapan Bro Shah dalam berhujah adalah satu anugerah Tuhan.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.40 malam setelah selesai upacara penyampaian hadiah oleh Rektor Universiti, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim. Sejurus selepas itu..para penonton bersurai..dan ramai yang berharap agar forum sedemikian dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Wallahua'lam.
Gambar: kredit utk zamankini.blogspot




Tiada ulasan: