Pembinaan Jundi



10 Muwasafat Tarbiyah


1. Salimul Aqidah (aqidah yang sejahtera)

a. Tidak menjampi kecuali dengan Quran Ma’tsur
b. Tidak berhubung dengan jin
c. Tidak meminta bantuan perlindungan kepada jin
d. Tidak menenung nasib
e. Tidak mengusap kubur
f. Tidak memninta bantuan dari si mati
g. Tidak bersumpah dengan selain Allah
h. Tidak mempercayai adanya sial
i. Mengikhlaskan amal untuk Allah
j. Mengimani rukun iman
k. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya
l. Mensyukuri nikmat Allah
m. Sentiasa sedar syaitan adalah musuh
n. Menerima dan tunduk patuh secara penuh kepada Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah

2. Shahihul Ibadah (ibadah yang betul)

a. Tidak menolak untuk adzan
b. Bersuci dengan sempurna
c. Bersemangat untuk bersolat jemaah
d. Sangat suka berjemaah di masjid
e. Memperbaiki mutu solat
f. Qiyamulail seminggu sekali
g. Menunaikan zakat
h. Berpuasa wajib
i. Berpuasa sunat sehari dalam seminggu
j. Niat melaksanakan haji
k. Komitmen dengan adab tilawah
l. Khusyuk dalam membaca Al-Quran
m. Hafal satu juz Al-Quran
n. Berdoa pada waktu-waktu utama
o. Menutup hari dengan bertaubat dan beristigfar
p. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
q. Menjauhi dosa besar
r. Membaca Al-Mathurat pada pagi dan petang hari
s. Mengingat Allah dalam setiap keadaan
t. Memenuhi nadzar
u. Menahan anggota tubuh dari segala yang haram
v. Beriktikaf pada bulan Ramadhan jika mungkin
w. Bersiwak
x. Sentiasa bersuci sedaya mungkin

3. Mantiqul Khuluq (akhlak yang mantap)

a. Tidak takabbur
b. Mempunyai pendirian
c. Tidak dusta
d. Tidak mencaci maki
e. Tidak mengadu domba
f. Tidak mengumbat
g. Tidak mengejek
h. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
i. Tidak menjadikan orang buruk sebagai sahabat
j. Menyayangi orang yang lebih muda
k. Menghormati orang yang lebih tua
l. Memenuhi janji
m. Menundukkan pandangan
n. Menyimpan rahsia
o. Menutupi aib orang lain
p. Memiliki ghirah (rasa cemburu) pada keluarganya
q. Memiliki ghirah (rasa cemburu) pada agamanya

4. Qaadirun ‘alal kasbi (mampu berdikari)

a. Menjauhi sumber penghasilan haram
b. Menjauhi riba
c. Menjauhi judi
d. Menjauhi rasuah dan penipuan
e. Membayar zakat
f. Membuat simpanan walaupun sedikit
g. Tidak menangguh-nangguh tugasan yang diamanahkan
h. Memelihara harta awam
i. Memelihara harta peribadi

5. Mutsaqqaful Fikri (Luas pengetahuan)

a. Mampu membaca dan menulis dengan baik
b. Membaca satu juz tafsir Al-Quran
c. Memperhatikan hukum-hukum tajwid
d. Menghafal separuh hadith Ar-ba’in (1-20)
e. Mengahafal 20 hadith daripada Riyaduh Solihin
f. Mengkaji marhalah makkiyah dan mengusai karakteristiknya
g. Mengenal 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
h. Mengetahui hokum Thaharoh berseta dalil
i. Mengetahui hukum solat berserta dalil
j. Mengetahui hokum puasa berserta dalil
k. Membaca sesuatu yang diluar kepakaran selama 4 jam seminggu
l. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
m. Menyedari adanya peperangan zionisme terhadap islam
n. Mengetahui pertubuhan dan fahaman yang menyeleweng
o. Mempunyai perancangan masa depan
p. Mendengar dengan baik
q. Mampu memberikan pandangan
r. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
s. Tidak menerima syubhat yang dilemparkan ke atas kita

6. Qawwiyul Jismi (Tubuh badan yang kuat)

a. Bersih badan
b. Bersih pakaian
c. Bersih tempat tinggal
d. Komitmen adab makan dan minum sesuai dengan sunnah
e. Tidak berjaga malam berlebihan
f. Komitmen bersenam 2 jam seminggu
g. Bangun sebelum fajar
h. Mematuhi kaedah bekerja dari aspek kesihatan
i. Tidak mrokok
j. Menjauhi tempat-tempat kotor
k. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7. Mujaahidun Linafsihi (bermujahadah)

a. Menjauhi segala yang haram
b. Menjauhi tempat lalai yang diharamkan
c. Menjauhi tempat maksiat

8. Munazhzhom fi Syu’unihi (berdisplin)

a. Penampilan yang elok
b. Menjaga masa dalam mesyuarat
c. Tidak menjalin hubungan dengan pihak menentang islam

9. Harishun ‘ala Waqtihi (menepati waktu)

a. Bangun awal
b. Mengisi masa dengan aktiviti berguna

10. Nafi’un li Ghoirihi (bermanfaat)

a. Melaksanakan hak kedua ibu bapa
b. Menyerati majlis-majlis kegembiraan
c. Membantu orang yang memrlukan
d. Member petunjuk orang yang sesat
e. Menikahi pasangan yang sesuai

Tiada ulasan: