Husam Musa simpan surat judi Vincent Tan

Vincent Tan Mohon Lesen Judi dari Kerajaan Kelantan

KOTA BAHRU, 27 MEI: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus mencontohi Kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

Tidak seperti kerajaan Umno BN, kerajaan Pas Kelantan yang didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyatakan Vincent Tan datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak mentah-mentah.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya yang memperoleh lesen judi bola yang diluluskan kerajaan Umno BN baru-baru, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan."

Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini."

Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangnya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi


-tvselangor-

UKM, tarik balik dakwaan!

28 NGO gesa lepaskan dakwaan terhadap 4 mahasiswa

Kenyataan Bersama: Kami menyeru Prof. Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (NC UKM) supaya menarik balik dakwaan AUKU terhadap empat pelajar jurusan sains politik UKM

Empat pelajar yang didakwa di bawah AUKU ialah Ismail Aminuddin, Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai. Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Mengikut maklumat yang didapati, empat pelajar jurusan sains politik UKM didakwa atas tuduhan "sokongan" kepada Pakatan Rakyat ketika PRK Hulu Selangor yang lalu. Pelajar-pelajar dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 2 Jun dan 3 Jun ini. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Kami berpendapat bahawa tindakan pendakwaan pihak UKM tersebut adalah tidak munasabah dan telah mencabuli hak asasi dan kebebasan pelajar-palajar.

Pelajar-pelajar universiti bukan sahaja harus mempunyai hak mengundi dan juga harus mempunyai hak dalam politik praktis serta hak dalam penggubalan dasar polisi Negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Tindakan pihak UKM turut akan mengancam peranan pelajar sebagai tulang belakang kemajuan dan pembangunan negara. Pihak universiti tidak harus menyekat pemikiran dan kebebasan pelajar. Ini juga bercanggah dengan Piagam Hak-hak Asasi Manusia Sedunia (UDHR).

Akhir sekali, kami menyeru pihak masyarakat memberi perhatian kepada dakwaan tersebut dan memberi tekanan kepada pihak UKM supaya menggugurkan dakwaan AUKU terhadap empat pelajar. Kami juga menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi agar mengarahkan pihak UKM gugurkan dakwaan AUKU serta mansuhkan AUKU yang masih menindas pelajar walaupun AUKU telah dipinda baru-baru ini.

Dipelopori oleh Ng Chong Soon, Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH)

Pertubuhan yang menyokong kenyataan bersama:
1.Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
2.Persatuan Hokkien Ulu Langat
3.Persatuan Sentul Chung Mun Alumni Kuala Lumpur
4.Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng K.L
5.Young Malaysia Movement ( YMM )
6.Center for Orang Asli Concerns
7.Jaringan Rakyat Tertindas ( jerit )
8.Centre for Independent Journalism (CIJ)
9.Civil Society Committe of LLG Cultural Devolopment Centre
10.Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
11.Student Progressive Front University Utara Malaysia (SPF UUM)
12.Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM)
13.Student Progressive Front New Era College (SPF NEC)
14.Gerakan Maju Mahasiswa University Putra Malaysia (GMM UPM)
15.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
16.KLSCAH-CRC (KLSCAH, Civil Rights Committee)
17.S.E.R.U (Student Reserve Unit)
18.Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
19.Pengerak Belia zon 23,Mpsj
20.PeBT Zon 17 MPAJ
21.Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L
22.The Selangor Yan Keng Benevolent Dramatic Assn.
23.Persatuan Peniaga Ubat Cina W/P & Selangor
24.Persatuan Siswazah Lihua K.L & Selangor
25.Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L
26.Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
27.Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
28.Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)

Perjuangkan Islam, bukan bangsa

Nasrudin Hassan at-Tantawi

Ironisnya situasi pasca PRU ke 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu ketuanan Melayu. Kononnya Melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis. Keputusan pilihanraya umum yang lalu antaranya dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini kian tercabar.

Kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat [termasuk Perak sebelum ianya dirampas oleh Umno] dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa Melayu .

Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian, sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha Umno dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU ke 12 lalu. Menyembunyikan kegagalan mereka (sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka) lalu menganggap Melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta, gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan. Pada mereka apabila Umno kalah maka Melayu kalah. Walhal Umno tidak lagi dilihat mewakili orang Melayu sebaliknya perjuangan Umno lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya pernah diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah.

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU ke 12 lalu dengan menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa Melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi Melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi Umno tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu .

Selain daripada Umno adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini, Umno lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

1-Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya, generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

2-Umno mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah , Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

3-Samalah sebagaimana Umno "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa Melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu dan enggan juga membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

4-Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah Umno terhadap bangsa Melayu .

5-Bertambah parah apabila Umno kelihatan nekad membantai dan membelasah orang Melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang Melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

6-Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang Melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

7-Tiada siapa yang dapat memaafkan Umno apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin Melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang Umno dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin Melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

8-Pemimpin Umno mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa Melayu terus melarat sehingga masih ada kampung Melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

9-Bila Umno menjaga Melayu? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti Melayu . Mereka dera Kelantan lebih 20 tahun hanya kerana semata-mata Kelantan menolak kepimpinan Umno. Sedang mereka tidak peduli nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua.

Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang Melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura.Melayu mana yang Umno jaga?

Melayu mana yang Umno peduli?Apalagi Melayu yang tinggal pada Umno melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu umat Islam biarpun Umno melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

10-Paling ringan "azab" yang bakal Umno terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bila Umno pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda?

Entahlah, saya pun sudah naik jelak setiap kali mendengar Umno cuba bercakap soal Melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati. Umno menikam Melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal Melayu.

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis Umno ini tetapi saya yakin tidak pada kali ini. Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas. Ini adalah zaman dimana masyarakat mula akses maklumat ketiga atau maklumat alternatif untuk mengimbangi apa yang mereka dengar dari radia dan apa yang mereka lihat dari televisyen .

Pada saya Umno hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk Umno bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha, Umno terlebih dahulu perlu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal Melayu .

Tegakkan ketuanan Islam

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain.

Justeru itu, Ketuanan Islam wajar diperjuangkan. Islam selamat maka bangsa akan selamat.

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya, tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' (dari Jabir bin Abdullah rha.) Nabi saw. pernah bersabda :

Maksudnya: Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.
Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama, Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal (berinteraksi dan bekerjasama) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan-tuhan mereka .

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah, perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang-kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita. Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka. Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India.

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya. Lantaran itu Islam andai diberi peluang, mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat. Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam, sebagai contoh saya perlihatkan :

Pertama : Kenyataan Saidina Abu Bakar As- Siddiq pada hari beliau dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

Sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu. Justeru itu, jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat. Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua : Dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam (zimmi) maka ia telah menyakiti diriku.


**Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Rasuah terang-terangan di Sibu

Najib janjikan dana saat akhir pikat pengundi Sibu

SIBU, 15 Mei — Datuk Seri Najib Razak membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu berakhir malam ini dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini.

Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.

Pengumuman itu dibuat ketika tinggal tiga jam sebelum kempen yang memperlihatkan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, berakhir.

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.
“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.
Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.
“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Najib (gambar) dikatakan memutuskan untuk membuat kemunculan malam terakhir ini ekoran laporan mengatakan DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, memperlihatkan kemajuan dalam memperoleh sokongan walaupun BN disebut-sebut mempunyai berpeluang cerah untuk mengekalkan kerusi ini.

Pada pilihan raya umum 2008 DAP menerima lebih 60 peratus undi masyarakat Cina.
Masyarakat Cina merangkumi 67 peratus daripada 54,659 pengundi di Sibu.

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.

Persinggahan ini melibatkan kawasan padat penduduk di Sibu dengan menawarkan 15,000 pengundi.

Najib juga mempertahankan janji-janjinya memberikan dana dan bantuan ketika pilihan raya kecil.

“Saya datang beberapa hari yang lalu dan saya merasakan macam sambutan Tahun Baru Cina sebab saya memberikan angpau,” katanya lagi.

“Tetapi ia bukan kerana pilihan raya kecil (semata-mata) tetapi kerana kami mendengar (rintihan) anda,” katanya.

Awal minggu Najib menyerahkan peruntukan kewangan RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di sini.

Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu BN menjanjikan sejumlah wang yang banyak dan bantuan kewangan tetapi hanya memperoleh undi kurang 30 peratus daripada masyarakat Cina.

Najib mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri pertama melawat Rejang Park di sini, kawasan yang sekian lama dianggap kubu kuat parti DAP.

Beliau memberitahu penduduk, yang hadir untuk mendengar ceramah menjelang
pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu esok, bahawa kerajaan di bawah kepimpinannya amat mempercayai konsep dalam Gagasan 1 Malaysia.

“Di bawah 1 Malaysia, kami mahu bekerjsama rapat dan sebab itu saya datang ke Rejang Park kerana saya adalah perdana menteri untuk semua masyarakat,” katanya.

Walaupun penduduk di situ menyokong pembangkang, Najib berkata beliau mahu mereka hanya mendengar satu kisahnya iaitu 1 Malaysia.

p/s: SPR terus membutakan mata, menulikan telinga dengan politik rasuah ini

PRK Sibu : kajian Zentrum

BN diramal menang

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu esok akan dipengaruhi sebahagian besar dengan peratusan golongan muda yang bakal keluar mengundi.

Golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun mewakili 42 peratus pengundi di Sibu dan kemenangan kepada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat terletak kepada keupayaan mereka untuk menarik golongan ini menyokong mereka.

Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Abu Hassan Abdullah menjangkakan persaingan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Sibu.

Beliau berkata kerusi Sibu milik BN untuk dipertahankan, tetapi percaturan ini boleh berubah sekiranya BN tidak berhati-hati kerana ia berada hanya 4 peratus di hadapan Pakatan.

Menurut kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik Zentrum, keputusan lewat malam semalam menunjukkan BN mendahului dengan 52.2 peratus berbanding Pakatan/DAP yang mendapat sokongan 47.6 peratus.

Calon Bebas pula hanya mendapat kepercayaan 0.2 peratus.Abu Hassan berkata Pakatan masih di belakang di semua tiga kerusi DUN iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka, yang terletak di kawasan parlimen Sibu.

“Keputusan pilihanraya esok banyak bergantung pada golongan muda membuang undi. Mereka dilihat sebagai pro-Pakatan, menurut kajian kami,” katanya kepada Malaysiakini.

“Kajian kami menunjukkan kebanyakkan golongan muda antara 21 hingga 40 di Sibu serta di pelusuk Malaysia adalah pro-Pakatan. Tetapi kajian ini tidak bermakna sekiranya, mereka tidak mengamalkan hak mereka untuk membuang undi.”

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir kempen, menggambarkan pertempuran sengit untuk memenangi hati pengundi khasnya golongan pemuda di sana.

Menurut pensyarah dari Universiti Malaya itu lagi, majoriti golongan berusia, khususnya di kawasan pendalaman dan hulu Sibu masih berpihak kepada BN, dan keputusan esok banyak bergantung kepada peratusan golongan muda mengundi.BN dan Pakatan, katanya harus mencari jalan untuk memastikan pe4nyokong masing-masing keluar mengundi.

Menurut Abu Hassan, trend yang sama dijangka pada pilihan raya umum ke 13 nanti dan kejayaan terletak kepada keupayaan BN dan Pakatan menarik golongan muda.

Beliau juga berkata semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, golongan muda mewakili 47 peratus daripada jumlah pengundi.Walaupun demikian, katanya hanya 18 peratus daripada golongan itu yang keluar mengundi pada hari tersebut, manakala hampir 30 peratus lagi tidak mengundi walaupun layak.

Dakwanya majoriti golongan tersebut merupakan penyokong Pakatan tetapi mereka tidak keluar.

“Perkara ini agak pelik walaupun mereka berkata mereka menyokong Pakatan dalam kajian kami.

“Saya rasa ada antara alasan diberikan adalah golongan muda yang mempunyai persepsi tidak hendak bersusah payah beratur berjam-jam menunggu giliran untuk mengundi. Ini harus dikaji oleh pemimpin politik,” katanya.

Zentrum merakamkan maklum balas responden melalui audio visual, untuk mengkaji sentimen mereka dalam apa yang mereka namakan kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik.

Abu Hassan juga menolak kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kononnya kejayan BN merampas Hulu Selangor sebagai bukti yang melambangkan golongan muda telah kembali ke pangkuan BN.

Sebalikny a, menurut beliau kejayaan itu kerana golongan muda tidak mengundi.Menurut Abu Hassan jika trend yang sama berulang di Sibu, maka BN akan menang.“Sekiranya, kehadiran golongan muda keluar mengundi bertambah, maka DAP berpeluang merampas Sibu dengan majoriti tipis iaitu dengan undi kurang 1,000 ke bawah,” katanya.

malaysiakini


[lari sekejap dari politik] Islam lebih mudah dari naik basikal

TARIKAT ATAU TASAUF??

Dari hujung pagar masjid, aku terlihat seorang pakcik sedang duduk termenung sambil memerhatikan jemaah masjid yang sedang bersiap siap mengambil wudhu kerana waktu magrib sudah hampir tiba.

Lalu aku seorang yang ‘baik ada makna’ terus menghampiri pakcik tu dan menegur sambil berbudi bahasa..

Dalam asyik aku berborak akan perihal peribadi yang membuka kepada ta'aruf(pengenalan), maka pakcik ni tiba tiba membuka ilmu di dada...

“Orang islam sekarang ramai yang solat tapi tak sah”, katanya.

“Kenapa pulak?” Tanya aku sambil menambah gulung pada ikatan kain pelikat di pinggang.

Sebab mereka mengucap kalimah syahadat tapi tak tahu hakikat.

Kalimah syahadat itu ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, setiap huruf ada maarifat dan hakikat, ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah, tak tahu ini, syahadat tak sah, bila syahadat tak sah, semua ibadat menjadi sia sia, dan ramai tak tahu ilmu tasauf serta belajar tariqat..

“Siapa yang ajar pakcik?"Tanya aku

Tok guru Pakcik, iaitu syekh (aku lupa nama guru pakcik tu), dia adalah seorang wali yang susur galurnya datang dari Rasullullah..

Aku pun buat-buat terkejut:

Wah! ini sudah bahaya, apa kata malam ni lepas solat magrib, saya kumpulkan semua ahli surau agar mereka dapat betulkan syahadah, ini tak boleh main main.., sia sia semua amal, pakcik jangan bimbang, ustaz yang mengajar malam ni saya kenal, saya akan suruh ustaz tu juga belajar dengan pakcik malam ni..

“Err, pakcik tak boleh ajar ilmu ni secara beramai ramai, sebab ada benda rahsia yang pakcik tak boleh bagitahu...”

Eh, apa pulak? Jika pakcik tak ajar kami mengucap Kalaimah syahadat yang ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, yang ada maarifat dan hakikat, yang ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah.., nanti kami semua sesat, pakcik wajib ajar kami, jika tak, kami semua masuk neraka, apa pakcik nak jawab dengan Allah?

Pakcik tu tersenyum tawar, dan nampaknya pakcik tu bersetuju..

Lepas solat magrib, aku cari pakcik tu dalam saf solat,.

Tapi takde, pakcik tu tak solat pun kat situ.

Ok, mungkin pakcik tu sakit perut nak berak, tapi sampai isyak,. Pakcik tu pun takde..Ok, mungkin pakcik tu masih sakit perut terberak berak..Dan beraklah kau pakcik, sampai subuh!

********
Moral of the story:

Ugama ni tak de lah complicated sangat, sampai susah nak belajar, nak kena ada ilmu syariat, makrifat, tarikat, hakikat, dulu kononnya baru sah solat.., nak kena ada hakikat tasauf dan zikir tariqak dulu, atau nak kena tahu sifat 20 dan menafsir kearah 99 nama Allah, lalu mengkaji dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan lepas belajar semua tu barulah ibadat di terima kononnya.., siapa ajar kau?

Atau nak kena suci hati dulu melalui zikir beribu ribu di dalam kelambu atau tanah kubur sehingga mencapai darjah nafsu ketujuh di tunduk, baru boleh jadi mukmin.., siapa ajar kau?

Dulu masa orang kafir masuk islam, ada Nabi ajar mereka sifat 20 dan 99 nama Allah baru ajar solat?

Atau ajar dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan kenal syariat, makrifat, tarikat, hakikat, kemudian baru ajar solat..

Atau Nabi ajar “Awaluddin makrifatullah” yang mana selagi tak ‘kenal’ Allah secara zat maka ibadat tak sah?

Takdepun!,Nabi ajar kalimah tayyobah secara jelas, iaitu tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Setuju: islam,

Tak setuju: kafir..

Mudah sahaja..

Lepas tu Nabi terus ajar sahabat tentang dakwah dan solat.., simple..Kenapa simple?

Ok, aku bagi contoh:

Kalau aku cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”

Ayat aku di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,:
“dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Tiz Zaqyah? Atau ada tak Puteri Sarah Liyana?..”

Aku jawab balik.. “Takde..”

Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?

Aku jawab takde..

Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”

aku cakap: Argh., dah!, cukup!…salah aku juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..

Jadi, apakah kalimah yang lengkap?

Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.

Jadi aku patut cakap macam nih:
“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”

Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya aku dalam keretamayat tu..

Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab aku dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah aku nak terangkan-STOP)

NAFI: TIADA SESIAPA

ISBAB: SELAIN HAMKA.

Jadi.., dulu-dulu kita tahu bahawa para ambia dan para Nabi Dakwah ummat pada zaman itu adalah dengan menggunakan lafaz..“Allah Maha Besar”

Tapi orang kapir masih pertikaikan, “latta dan uzza pun besar jugak..”(nama tuhan berhala)

Maka Allah s.b.w telah turunkan kalimah yang paling agung (tiada lafaz yang lebih agung) iaitu:“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”

Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..

Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..Kenapa?

Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:
NAFI: TIADA TUHAN
.ISBAB: SELAIN ALLAH.

LA ILA HA ILLALLAH!TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!TIADA YANG BERKUASA SELAIN ALLAH!

TIADA YANG BAGI MANFAAT DAN MUDARAT SELAIN ALLAH!

Simple!

Tapi pakcik buat ugama jadi complicated,. , kena belajar ilmu hakikat tasauf dulu, tarikat maarifat dulu, baru sah ibadat, tapi bila suruh terangkan, tak boleh pulak, sebab rahsia..., kena berzikir dulu baru faham sifat 20..

Dah ramai aku jumpa orang yang macam pakcik di atas, dan pakcik di atas tu adalah yang terkini aku jumpa.., minggu lepas kat sebuah surau di kuantan, pakai kopiah panjang, tak suka bercakap dengan orang, tapi jika tegur maka akan bercakap dengan ayat yang banyak lapis, macam ayat sastera yang mereka selitkan unsur hakikat maarifat..

Bila aku usul baru aku perasan satu ‘permainan’..

Ceritanya macam ni, Pakcik nak kenal Allah, nak masuk shurga dengan cara yang paling cepat,. lalu jumpa satu tok guru yang Pakcik diyakinkan bahawa susur galurnya adalah dari Nabi Muhammad SAW, dan dengan sedikit magic, seperti keluar air dari tangan, dapat pegang api, dan dapat bercakap dengan jin, pakcikpun percaya bahawa itu adalah wali keramat yang seangkatan dengan Tok Kenali di kelantan,tok ku paloh di terengganu,tok said linggi di negeri sembilan,sheikh matnor di selangor,habib noh di singapura dan setujulah pakcik untuk taat setia kepada wali tersebut.

Lalu tok guru itu bagi pakcik amal satu jenis zikir, dan pakcikpun berzikirlah siang malam dengan zikir tersebut..

Bila berjumpa tok guru itu, maka tok guru itu akan Tanya apa mimpi pakcik selepas zikir tersebut dan pakcikpun ceritalah mimpi pakcik..

Lalu tok guru itu akan tafsir mimpi pakcik dan tahulah pakcik bahawa tahap demi tahap telah di capai kononnya.., sebab tok guru itu akan reletekan mimpi pakcik dengan sifat 20 dan makrifat serta hakikat..

Di sinilah aku cakap ianya menjadi macam satu ‘game’, yang mana , akhirnya pakcik menang, iaitu apabila sampai satu tahap, tok guru akan bagitahu melalui tafsir mimpi bahawa pakcik telah mencapai darjah ehsan atau darjat kamil yang mana segala amal pakcik telah diterima oleh Allah..

Dan tentu pakcik rasa seronok dan rasa bagus semacam, sebab zikir telah mencapai ‘tahap’.., dan masa inilah bila aku ajak pakcik solat di masjid, pakcik akan padang aku sebelah mata sebab aku menurut tok guru pakcik, belum sampai darjat maqam nafsu ketujuh ditunduk, walaupun kami solat jemaah 5 waktu, baca Al quran dan puasa, tapi pakcik yakin aku dan penduduk kampong beribadat sia sia sebab tak ada tok guru yang mengiktiraf martabat aku dan penduduk kampong, sebab tu lah pakcik solat dirumah dan berzikir dalam kelambu perasan bagus...

Dan tak lupa, ilmu yang tok guru pakcik ajar bab ismul azam, sifat 20, roh laduni, roh kuddus, maarifat hakikat, yang bunyi pelik pelik buat pakcik perasan bagus masuk shurga walaupun dengar azan tapi selamba solat dirumah.., siap lengah lengah pulak..., tak tahu aku nak cakap apa..

Dan jika aku suruh pakcik ajar, maka Pakcik cakap kena cari tok guru sendiri, ilmu yang diberi adalah rahsia macam Nabi khidir dan Nabi musa.., tak boleh ajar secara umum..., kena belajar jam 3 pagi rumah tok guru atas kain kuning bersama tujuh bertih dan ntah apa apa ntah!

Pulak?

Kenapa jadikan islam complicated sampai macam tu sekali..?

Kenapa buat ugama jadi complicated, jadi rumit dan susah nak di amalkan, kenapa nak kena masuk tarikat, berzikir beribu ribu dulu baru belajar bab solat?

Aku rasa masalah orang ‘tarikat’ yang mengutamakan ‘zikir’ dari segala ibadat yang lain adalah kerana salah faham..

Ada pembaca blog ini yang hantar aku satu buku menceritakan betapa pentingnya berzikir, betapa afdalnya berzikir dan betapa tingginya darjat berzikir..

Betul, aku akui, banyak hadith dan ayat Al quran menceritakan kelebihan bab berzikir..

Tapi zikir yang dimaksudkan dalam hadith dan Al quran itu bukanlah 'tasbihat' semata mata, korang tafsir zikir itu adalah pegang tasbih dan ucap kalimah banyak kali, padahal zikir adalah perkara yang membawa hubungan pada Allah ta’ala..

Baca Al quran juga termasuk dalam zikir, berdoa juga termasuk dalam zikir, duduk dalam majlis ilmu juga adalah berzikir, fikir risau atas ummat juga berzikir dan ganjaranya besar sekali yang mana sedetik fikir risau atas ummat, ganjarannya lebih besar dari 80 tahun ibadat sunnat..

Sebab tu tolong jangan sempitkan pengertian zikir dan fadhailnya hanya kepada tasbihat semata mata..

Ada riwayat dari Buznama menceritakan di zaman Nabi Musa a.s, ada seorang ahli ‘zikir’ yang beribadat dalam gua siang dan malam selama bepuluh puluh tahun..

Apabila ia mendapat tahu bahawa Nabi Musa dapat berdialog dengan Allah secara langsung, terus dia mintak Nabi Musa Tanya pada Allah yang dia ni jika jadi mayat kelak, masuk shurga tingkat berapa?

al maklumlah, si abid ini memang hebat zikirnya, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan akar kayu telah melilit badannya kerana telah lama berzikir, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?

Tapi pakcik tahu apa jawapan Nabi Musa alaihisalam? Usahkan shurga tingkat berapa? Nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada..

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?

"Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga?, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..?" Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa a.s untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli syurga, Alhamdulillah…

Aku tak kata korang bertasbih itu salah, tapi jika korang bertasbih sahaja dan meninggalkan kewajipan yang lain, itu yang sesat!,

jadi.., kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?

Jadi.., pakcik, kita sekarang duduk zaman kerosakkan ummat, dan kita bukan ummat Nabi Musa atau nabi khidir yang mana nak kena berzikir siang malam, kita ummat Nabi Muhammad saw, ikutlah sunnah Nabi, solat berjemaah, dan ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam supaya bertakwa.., waktu yang Allah haramkan solat sunnat selaps solat, iaitu lepas subuh dan lepas asar, eloklan bertasbih.., memuji Allah.., dan sampai masa kita berjihad, maka berjihadlah dengan masa, harta dan nyawa...

Dan tolong jangan buat islam itu jadi terlalu rumit dan complicated, jangan jadi macam Bani Isarel yang buat amalan ugama jadi complicated, (rujuk Al quran surah Al baqarah)

Tolong! Satu lagi golongan yang buat ugama jadi susah adalah puak puak yang menafsir Al quran pakai kepala otak, tak ikut asbabbun nuzul, menolak tafsir dari hadith tapi pakai ilmu ‘laduni’, dan beranggapan bahawa Malaysia ni macam zaman jahailiayah, jadi syariat madinah tak perlu amal, nak kena tunggu Malaysia jadi ‘madinah’ dulu, baru boleh amal ugama.., kemudian, perempuan haidpun suruh baca Al quran, dan takde galakkan solat berjemaah, lepas tu cas pulak pelajar dengan wang ringgit sebagai Baroah,paksa dan desak pelajar sebab tahu pelajar ‘kurang’ dalam bab ugama, senang percaya maka kena tipulah hidup hidup.., kasihan..,

kenapa jadikan ugama terlalu complicated?

Kenapa ada duit baru boleh belajar ugama?

Bukankah Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, sebab Allah menjadikan manusia ni macam macam, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang slow.., ada yang senang kena tipu, ada yang kejam, ada yang mudah kasihan sampai diri tergadai, ada yang kaya raya, ada yang papa kedana, dan macam macam..Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang Bandar, orang slow, orang pandai.., semua!

Jadi.., Nabi telah ajar ugama yang mana semua orang boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena “kenal” Allah secara zat atau bersebati dengan sifat 20, atau zikir 13 ribu baru dapat amal ugama, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, ajar bersuci, tahu apa itu najis, tahu hadas besar dan kecil, terus boleh belajar 6 rukun wudhu dan 13 rukun solat.., dan jika mati hari ini, insyAllah korang terus masuk shurga..,

Zaman Nabi ada orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?

Islam itu mudah.., kerana semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau slow, semua boleh amal ugama!

gambar hiasan

Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!

Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu Nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?

Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu?

Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..Akhir sekali, cuba baca ayat Al quran ini dan jangan tafsir "mengingati Allah' dalam ayat di bawah adalah 'tarikat tasbihat' semata mata, tapi takutlah Allah dalam bab api neraka!

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi peluang untuk kita bertaubat dan terlibat dalam perkara yang membantu ugama.Amin...

P/s1: Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!
Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau bodoh, semua boleh amal ugama! Sebab tu aku kata islam itu lebih mudah dari naik basikal.


ps2: pakcik.., tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat, err, pakcik pandai tak naik basikal?

(copy and paste from keretamayat blog)

Bila Menteri tak tahu agama, yang HARAM diHALALkan

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram."

Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

p/s: memalukan orang negeri sendiri jer...

Kelantan Negeri Tadahan Wahyu; Serambi Mekah.

Noh Omar hina rakyat Kelantan, mana Presiden PERKASA??

Antara PERKASA, PERKASAM, dan PERKAKAS

Jika sebelum ini, Presiden PERKASA yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan 'sukarelanya' meminta maaf kepada Sultan Selangor di atas 'kesalahan' MB Kelantan berceramah di masjid Selangor. Dia kononnya mewakili rakyat Kelantan atas kapasitinya sebagai rakyat Kelantan.

Ibrahim juga sebelum ini lantang 'mempertahankan' hak-hak Melayu, selari dengan prinsip perjuangan NGO yang dikepalainya, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Namun, bila kenyataan pemimpin UMNO yang menghina rakyat Kelantan dilakukan, tiada apa-apa reaksi dari 'jaguh' pembela Melayu masa kini, iaitu Presiden PERKASA. Kenyataan tersebut memang mengguris hati kebanyakan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Jadi, sebagai rakyat Kelantan, Ibrahim patut menyuruh pemimpin UMNO tersebut menarik balik kenyataannya.

Jika tidak, laungan PERKASA yang ingin membela Melayu dilihat hanya retorik semata-mata. Ini kerana kalau rakyat negeri tempat kelahirannya pun tidak dibela, apatah lagi untuk membela bangsa Melayu di Malaysia. Malah, rakyat akan melihat PERKASA hanyalah PERKAKAS UMNO semata-mata.


Di bawah adalah laporan yang dipetik dari
Harakahdaily:

Kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi amaran kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘jangan bawa perangai Kelantan ke Selangor’ sebagai biadap.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, juga turut menyifatkan ungkapan itu seperti menghina rakyat di negeri ini keseluruhannya apabila Noh dengan angkuh turut menyifatkan Nik Aziz tidak menghormati undang-undang dan sultan sebagai ’perangai orang Kelantan’.

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Fadzli Shaari, berkata Noh sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah Sultan Selangor.

“Bahkan kali pertama Menteri Besar menjawab soalan wartawan di sidang media ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tanpa merujuk kepada titah Sultan Selangor.

“Berkali-kali Tuan Guru menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan juga politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang,” ujarnya.

Jelasnya, bagi Tuan Guru, perbuatan itu secara tidak langsung akan memisahkan terus Islam dengan politik sebagai mana ajaran sekular.

Beliau menambah, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani perlu sedar pihak yang menggunakan masjid untuk tujuan politik di Selangor ialah Umno.

“Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung.
Adakah perbuatan Umno ini halal pula di sisi mereka?” soalnya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh, “janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor” menghina sunnah Rasulullah s.a.w.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan, tegasnya menuntut supaya Noh menarik balik kenyataannya.

p/s: jangan jadi perkasam.


al-Kisah Tok Bijan dengan Tok Bama

"Tok Bama yang mahu jumpa saya" - Tok Bijan

gambar hiasan

Tadi Tok Bijan penghulu kampong Manggaliar marah-marah. Ini gara-gara tuduhan penduduk kampung yang tidak puas hati dengan beliau. Penduduk kampong yang diketuai oleh Pak Desai itu mendakwa dia menjadi orang suruhan Tok Bama, orang kaya kampong Amasterika.

Tok Bama memang terkenal dengan kekayaan beliau. Semua orang ingin berdamping dengannya disebabkan ingin mendapat tempias kekayaan itu, walaupun Tok Bama adalah seorang yang kulitnya tidak berapa cerah.

Seluruh negeri tau akan kekayaan beliau. Semua orang gerun dengannya, termasuk ketua-ketua kampung dalam negeri itu. Ini termasuklah ketua Kampung Manggaliar, Tok Bijan. Ini kerana sesiapa yang tidak ikut arahan tok Bama, atau cuba-cuba untuk lawan cakap Tok Bama, akan terima padahnya.

Tok Bijan ni miskin, ada kereta tapi tak ada enjin, ada perahu tapi tak boleh terapung, ada kolam, tapi penuh dengan katak. Dia jadi penghulu pun sebab ayahnya dulu tok ketua kampung Manggaliar. Kalau nak diikutkan, mahu saja penduduk Manggaliar lantik Pak Desai jadi Tok ketua, sebab dia lebih cerdik.

Walaupun begitu, Tok Bijan tetap ingin jadi Tok Ketua walaupun penduduk tak suka. Dia ingin sangat jadi glamer. Kalau boleh, biar Satu Manggaliar kenalnya. Malangnya, Tok Bijan tidaklah glamer dan kaya seperti Tok Bama. Jadi, Tok Bijan mencari jalan bagaimana untuk jadi macam Tok Bama itu.

Dalam usaha mencari idea itu, Tok Bijan teringat seorang yang otak agak bergeliga. Kebetulan, Tok Bijan mengenali seorang gengster yang agak bijak...tapi dalam bab menipu dan memukul orang.

Tok Bijan tidak peduli semua itu, asalkan dia bijak. Tok Bijan tidak percaya penduduk kampungny, lagipun penduduk kampung tak sukakannya. Maka, Tok Bijan pun panggillah gengster tadi, namanya Mat Serael. Dan satu pertemuan sulit dirancang.

Semasa bertemu, ditanya kepada Mat Serael berkenaan masalah nak jadi glamer tu. Maka, Tok Bijan dinasihatkan untuk jumpa Tok Bama, minta sedikit bantuan Tok Bama untuk jadi kaya dan jadi glamer.

Tapi Tok Bijan musykil, ”Nak jumpa Tok Bama bukannya mudah. Lagipun, Tok Bama mana kenal aku yang miskin ni.” kata Tok Bijan.

Namun Mat Serael kata tiada masalah. Sebab dia tu anak buah Tok Bama.

“Tak dak masalah punyer, saya memang kenal sangat Tok Bama” balas Mat Serael. “Lagipun, Tok Bama baik dengan saya..” tambahnya.

Bila mendengar penjelasan Mat Serael tadi, maka berbungalah hati Tok Bijan, dapatlah dia jadi kaya lepas ni.

“Tapi ada satu syarat...” tiba-tiba Mat Serael gengster itu bersuara ketika Tok Bijan mengelamun.

“Syarat??? Syarat apanya????”. Tok Bijan tertanya-tanya.

”Aduh Tok Bijan ni..nak jumpa Tok Bama bukan mudah. Kalau saya tak tolong, susah nak jumpa. Jadi kenalah bagi upah sikit..” kata Mat Serael.

”Adehh..upah??? Berapa kau nak???” tanya Tok Bijan.

”Bagi saya RM77. Semua ditanggung beres.” jelas Mat Serael.

Tok Bijan menghitung-hitung duit dalam dompetnya. Ada la sikit untuk belanja anaknya bersekolah.

”Hmmm..duit tak banyak ni. Lepas ni anak aku nak belanja sekolah macam mana. Ahhh..tak apalah, asalkan glamer. Bagi je RM77 ni kat Mat Serael, pasni aku jadi glamer lepas jumpa Tok Bama. Anak-anak aku makan ubi kayu la bawa bekal pegi sekolah untuk sementara ni..aku boleh jual lagi enjin kereta kalau duit tak ada nanti.” bisik hati Tok Bijan.

Selepas duit diberi, Mat Serael segera membawa Tok Bijan ke rumah yang berwarna putih kepunyaan Tok Bama. Tersenyum lebar Tok Bijan, sebab dapat jumpa Tok Bama. Penghulu kampung lain tidak dapat berbuat demikian.

Ketika sidang bersama Tok Bama berlangsung, di kampung Manggaliar heboh tentang perjumpaan Tok Bijan dengan Tok Bama. Semua orang kampung gembira dan bangga. Dan budak suruhan Tok Bijan, iaitu Mat Ayie, ketika menyebar berita itu kepada orang kampung dengan bangganya mengatakan dia yang tolong memberikan RM77 kepada Mat Serael, sebagai wakil Tok Bijan.

Kebanggan Mat Ayie menumpang glamer Tok Bijan tiba-tiba bertukar menjadi cemas. Ini disebabkan Pak Desai mengecam tindakan berkawan dengan gengster Mat Serael. Pak Desai juga membantah tindakan Tok Bijan yang membelanjakan duit sebanyak itu.

”Duit itu sepatutnya digunakan untuk belanja anak sekolah beliau, lagipun rasanya Tok Bijan masih belum bayar yuran sekolah anaknya.” kata Pak Desai.

Orang-orang kampung bersetuju dengan Pak Desai. Tambahan pula, pada pandangan orang kampunng, tak patut Tok Bijan menggunakan khidmat nasihat si gengster Mat Serael. Telah ramai saudara-mara mereka di kampung sebelah, kampung Palastenun tersiksa akibat selalu dibuli oleh Mat Serael. Penduduk kampung juga mengecam sikap Tok Bama tidak marah dengan tindakan Mat Serael itu.

Maka, dengan kelam-kabut Mat Ayie pun menukar kenyataannya. Dia cakap, bukan Mat Serael yang bawa Tok Bijan pergi jumpa Tok Bama, tapi Tok Bijan dipelawa untuk jumpa Tok Bama. Sikit punya kelentong Mat Ayie, takut dimarahi Tok Bijan bila balik nanti.

Setelah beberapa lama berada di kampung Amasterika, Tok Bijan pun pulang ke kampung dengan gembiranya. Gembira sebab dapat jumpa Tok Bama. Namun, kepulangan itu disambut dingin penduduk kampung.

Tok Bijan heran, lalu bertanya kepada Mat Ayie.

”Kenapa semua tak nampak gembira saya balik” tanya Tok Bijan.

”Errr..begini Tok..bukan dorang tak suka Tok pergi jumpa Tok Bama, tapi dorang marah sebab Tok kawan dengan gengster kampunbg sebelah tu..Mat Serael. Lagipun, Pak Desai cakap Tok pergi melutut kepada Tok Bama..” jelas Mat Ayie.

Punyalah berang Tok Bijan bila dengar penjelasan itu.

Maka, dengan marahnya, Tok Bijan segera menyuruh Mat Ayie memanggil semua orang kampung. Beduk pun diketuk memanggil orang kampung datang. Maka, Tok Bijan pun menjelaskan perkara yang kononnya benar kepada penduduk kampung.

"Salam Satu Manggaliar. Wahai penduduk-pendudukku sekalian,..” Tok Bijan memulakan ucapan.

Dia pun menceritakan pengalamannnya berjumpa dengan Tok Bama. Setelah beberapa ketika...Tok Bijan masuk kepada agenda sebenarnya.

”Saya tidak tunduk kepada Tok Bama sepertimana didakwa oleh Pak Desai!!!” bergegar pentas dek ucapan Tok Bijan.

"Hakikatnya, Tok Bama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Bijan (M.E.Bi) yang saya rangka untuk memajukan kampung kita," katanya.

Menurut Tok Bijan beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari negeri itu yang diberikan peluang tersebut.

Maka penduduk yang mendengarnya mengangguk-angguk, percaya apa yang dikatakan Tok Bijan.

Begitulah nasib penduduk kampung Manggaliar, 50 tahun ditipu Tok Bijan dan konco-konconya. Kecuali mereka yang cerdik macam Pak Desai dan pengikut-pengkutnya.

Rakan Aminulrasyid pertikai versi polis

TERKINI

SHAH ALAM, 3 Mei — Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar (gambar, kiri) yang menemaninya pada hari kejadian.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.

Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.

“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pula terus bergerak,” katanya.

Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.

Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 itu berkata, sebelum insiden tersebut dia dan Aminulrasyid hendak berjumpa dengan seorang rakan di Seksyen 7 di sini kerana tayar motosikalnya pancit.

“Dalam perjalanan ke sana, kereta yang dipandu Amunulrasyid tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkannya menjadi panik lalu melarikan diri.

“Namun begitu ketika hendak keluar dari restoran Ali Corner, kami dikejar oleh beberapa motosikal kemungkinan besar rakan kepada pemandu kereta tadi.

“Ketika hendak melepasi Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah seorang penunggang tersebut ingin memintas kami tetap terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkannya terjatuh,” katanya ketika sidang media di pekarangan rumah Allahyarham Aminulrasyid.

“Aminulrasyid bertambah panik dan memandu dengan laju lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar kami.

“Kami dikejar sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan sebaik sahaja memasuki simpang Jalan Tarian, saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang.
“Walaupun dipandu terhoyong-hayang tetapi Amirulrasyid masih dapat mengawal pemanduan sebelum tembakan terakhir meragut nyawanya lalu terbabas melanggar tembok rumah dan berhenti,” katanya.

Azamuddin dikatakan telah membuat laporan polis kira-kira 9.40 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mokthar berkata, Azamuddin masih lagi dalam keadaan trauma dan kini masih menerima rawatan ekoran kejadian tersebut.

“Azamuddin masih lagi trauma dan walaupun dia pergi ke sekolah seperti biasa tetapi rawatan tetap diberikan memandangkan tahun ini dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

“Mungkin dia perlu masa lama untuk sembuh kerana saya pasti kejadian yang pasti akan dia ingat selama-lamanya,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, peguam N. Surendran dan juga ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid.

'Hebatnya' Perdana Menteri kita

Obama yang mahu berjumpa saya - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu hari ini bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Saya tidak tunduk kepada beliau sepertimana didakwa oleh parti pembangkang."

Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," katanya.

Menurut Najib beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu.Najib menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu, lapor Bernama.
Beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan penyokong pembangkang yang menurut beliau akan berkampung di situ untuk mereka-reka cerita danmemutarbelitkan fakta menjelang pilihan raya kecil ini.

Perdana Menteri berkata rakyat sepatutnya memberi tumpuan untuk membina masa depan mereka.

"Lagipun, kita semua tahu apa yang mampu dilakukan BN, telah lakukan dan akan lakukan untuk semua," katanya.

Di majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi 10 surau dan RM40,000 masing-masing bagi lapan sekolah agama Islam di situ.

Bukti PAS hina Sultan?

Kita lihat pula sejarah UMNO "mendaulatkan" Sultan..

1 MEI — Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah.

Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama
Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?


2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.

Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

keratan akhbar tahun 1995


* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

Annuar Musa tabal raja baru

* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.


* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.