Orang Islam Boleh Laksana Hudud - Naib Presiden DAP

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giaw

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa. -SH

Ulasan GB

Satu kenyataan terbaik daripada pemimpin DAP yang tidak beragama Islam.

Kita berharap ia dapat menjernih kekeruhan yang ada dan mententeramkan sdra Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang vokal menentang hudud.

Nothing to be afraid of because hudud is only for muslims unless the non-muslims themselves agree to be abided by the Islamic law.

Dan kita berharap mereka yang bukan-Islam di dalam Pakatan Rakyat akan belajar memahami sedikit demi sedikit hudud yang diperjuangkan PAS kerana yang bukan Islam juga sepatutnya menyokong hudud supaya semua pemimpin UMNO BN yang korup dan rasuah tidak akan terlepas daripada dihukum dengan dipotong tangannya sekalipun kebanyakan mereka berjaya meloloskan diri di celah-celah rekahan undang-undang sekular. (p/s itu sebab mengapa UMNO cukup takut dengan hudud!).

Oh ya, tentang kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai", saya memandang ia kenyataan dari seorang "budak" yang tidak faham agamanya sendiri.

Kepada Nik Nazmi, saya nasihatkan hampirkan dirimu dengan membaca Al-Quran dan menuntut lebih dalam lagi di bidang agama. Perkataan anda bukan sahaja menguntungkan UMNO, tetapi boleh menjejaskan pengucapan dua kalimah syahadat anda sendiri. Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Itu baru ungkapan yang contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad. Dan Nik Nazmi pula menyatakan "mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai" seolah-olah merendahkan usaha perjuangan Islam yang diarahkan oleh Allah dan RasulNya. Setentunya kesalahannya itu lebih besar lagi.


daripada :

http://greenboc.blogspot.com/2010/08/orang-islam-boleh-laksana-hudud-naib.html

Tiada ulasan: