SENGIT!!
SHAH ALAM - Peluang Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hujung bulan ini diakui amat sengit dan terbuka kepada kedua-dua pihak.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Mohammad Agus Yussof berkata, kedudukan BN dan PR sekarang benar-benar seimbang dan masih terlalu awal untuk membuat andaian siapa yang akan memenangi pilihan raya kecil ini.
Menurutnya, kelebihan PR memilih Datuk Zaid Ibrahim adalah kerana beliau mempunyai sokongan yang tinggi di kalangan bukan Melayu tetapi sokongan dari Melayu kemungkinan akan berkurangan kerana sejarah yang dimiliki Zaid.
“Zaid dikenali sebagai pemimpin peringkat nasional dan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu selain gerak kerja juga amat penting, di sini kita akan melihat pengundi memihak kepada siapa."
“BN sudah memulakan gerak kerja dengan penuh konsisten, PR pula tidak seberapa, mungkin mereka buat dengan senyap-senyap,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.
Selain itu, Agus juga menjelaskan formula yang paling senang dan ringkas untuk memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor adalah dengan melihat kepada peratusan yang keluar mengundi.
“Oleh itu, pasukan gerak kerja BN hendaklah bekerja keras, kerana semakin ramai yang keluar mengundi maka peluang BN untuk menang adalah lebih cerah,” katanya.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa calon BN pada pilihan raya kecil ini sudah pasti adalah anak tempatan dan calonnya dijangka diketahui esok manakala Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili PR.
sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan