Hentikan sistem Pilihan Raya Kecil- Tuan Ibrahim
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat sistem Pilihan Raya Kecil (PRK) di negara ini wajar dihentikan dan diganti dengan pemilihan terus wakil dari parti yang telah menang pada Puilihan Raya Umum (PRU).
Memberi pandangan melalui blognya, beliau berkata proses PRK yang diamal pada waktu ini sangat bercelaru sehingga menimbulkan kecaman dan kritikan pelbagai pihak."Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya?
Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil.
"Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini," tulisnya.
Selain pelanggaran peraturan, pilihan raya kecil juga ujarnya merupakan medan berleluasanya amalan rasuah apabila pelbagai janji ditabur dan jutaan peruntukan diluluskan.Kesannya menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
"Rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat," tulisnya lanjut.
Selain itu, cadangan lantikan terus dari parti yang menang juga jelasnya mampu menyelesaikan permasalahan wakil rakyat lompat parti kerana kaedah itu memberi lebih kuasa dan hak kepada parti yang telah menang pada PRU.
"Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU.
Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil," jelasnya lagi.
Sehubungan itu, kewajaran mengadakan PRK tegasnya perlu dinilai semula atau negara beralih memikirkan kaedah baru yang mampu memnyelesaikan permasalahan tersebut.
1 ulasan:
"Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini,"
tak habis-habis dari dulu sampai sekarang mempersoalkan sistem pilihan raya negara..
jika sistem ini tidak adil..penuh rasuah..dan kerajaan BN terlibat kenapa pakatan rakyat dapat menakluki 5 negeri dan menidakkan kuasa 2/3 BN di parlimen semasa PRU yang lalu???
pakatan rakyat sudah kehabisan modal..sudah tiada isu...!!!
Catat Ulasan